pada 06-12-2021 hari tu.
Appointment CP dengan doktor jam 2 petang.
Seperti biasa mula-mula kena ke kaunter bayaran dulu kat Kaunter 8.
Sebaik nombor giliran dipanggil, bila hulur buku appointment..
"Yang ni tak payah bayar sebab kali pertama. Next appointment baru bayar"
CP cakap ni dah kali kedua, tapi dia tetap tak nak ambil bayaran juga.
Emm.. takpelah.. rezeki CP dapat rawatan free hari tu.
Kemudian CP terus ke level 3 terus ke Klinik Nefrologi.
Huish.. tak ada orang..!!!
Hanya ada 2 pesakit je.. CP dan sorang lagi pesakit lelaki.
Seperti biasa, ambil nombor giliran kemudian tunggu dipanggil.
Sementara menunggu nak jumpa doktor, nurse panggil untuk check tekanan darah
dan juga timbang berat badan...
Nak tau tak, CP kan memang nervous sebab appointment ni kan tiba-tiba je kan
tekanan darah CP naik melampau 😅😅😅
Dia punya takut tu, Allah.. tak tau nak cakap.. kelakar lak bila ingatkan 😅
Dah selesai semua tu, terus masuk bilik doktor.
CP terus bagitau doktor yang tekanan darah CP tinggi sebab CP takut.
"Kenapa takut? Takde apa lah.. kami bukan makan orang pun"
Adoi la doktor ni.. 😅😅😅
Bila doktor bacakan result darah yang diambil Jumaat sebelum tu [sini]
Alhamdulillah... terus hilang rasa nervous tu...
"Bacaan darah merah dan normal.. ni pun dah normal.. bla.. bla.."
Alhamdulillah syukur sangat.
Dah selesai dengar penerangan daripada doktor..
"Kita ambil semula lah BP awak ni. Tinggi sangat kalau saya nak tulis yang ni"
Bila check lagi sekali tu, alhamdulillah bacaannya dah kembali biasa 😁
Doktor set next appointment 6 bulan lagi.
Kata dia, kalau sekali lagi check semua dah back to normal
insyaAllah dia akan discharge kan CP dari Klinik Nefrologi.
Doakan CP ya 😊
Alhamdulillah...harap takde pape lepas ni Acu...
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur. lega mendengar. Biasa kalau nak jumpa doktor memang nervous lain macam.
ReplyDeletealhamdulillah., semoga semuanya sihat dan selamat., aminn
ReplyDeleteI feel you... uncle pun takut! hehe
ReplyDelete