Followers

#Throwback Gyza Pyramid Complex Cairo

Thursday, August 29, 2019

Tarikh:: 14-05-2019


Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba
tak sabar nak pergi lawatan hari ni
ke mana tujuan nya tu?

Jeng... jeng.. jeng...!!

Hari ni kami akan ke Gyza Pyramid Complex..!!!

Mana mungkin kalau datang ke Kaherah ni
kita tak pergi melawat piramid kan??

The Great Pyramid of Giza adalah merupakan salah satu
daripada 7 keajaiban dunia

Hati melonjak riang bila nampak piramid dari jauh


Perasan tak puncak piramid belakang Cik Darling tu macam flat?
katanya runtuh disebabkan pernah berlakunya gempa bumi


Suasana di kaunter jualan tiket masuk ke Gyza Pyramid Complex



Harga tiket seperti di dalam gambar
kami beli tiket yang Area sahaja EGP160
maksudnya tiket kami tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam piramid



Kalau nak masuk ke dalam Piramid harga tiket berbeza
mengikut piramid yang kita pilih iaitu
Piramid Khufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure

Piramid Khufu adalah piramid yang mula-mula kami nampak
Ya Allah! Tak tergambar perasaan
happy sangat tau bila nampak piramid ni depan mata
sebelum ni hanya melihat dalam kaca television atau internet saja


Piramid Khufu atau Pyramid Cheops atau lebih dikenali sebagai
The Great Pyramid of Giza merupakan piramid paling tua
ketinggiannya mencecah 146.5 meter
ia merupakan binaan tertinggi buatan manusia di dalam dunia


Orang pertama yang membina piramid Giza ialah Khufu atau Cheops
iaitu firaun kedua dari dinasti ke-4
beliau merupakan anak kepada Firaun Sneferu dan Ratu Hetepheres

Difahamkan sebanyak 2,300,000 batu  kapur dan granit diperlukan
dalam pemibinaan piramid ini dan anggaran berat sebiji batu ialah 2.5 tan




Menggigihkan diri untuk panjat naik ke atas piramid ni
walau pun berpuasa dalam cuaca panas dengan suhu 38 degree
teruja punya pasal dah tak fikir langsung pasal puasa 😅

Nak memanjat ni kena berhati-hati takut terjatuh
sebab tak ada pemegang kat tepi.. gayat tau..!!!
tambahan pula dengan pengunjung yang ramai
masing-masing bersesak untuk naik ke atas



Bongkah batunya nampak macam kecil je kan?
tapi sebenarnya setinggi bahu juga la


Dari sudut penjuru piramid.. tinggikan piramid ni?
sayup je nampak puncak kat atas sana
thank you to ustaz yang tolong ambilkan gambar kami sekeluarga



Boleh juga menggunakan unta untuk berjalan dalam kawasan kompleks ini
tapi Cik Darling tak pasti pula berapa harga untuk naik unta ni


Sempat juga masuk ke bilik salah satu isteri Firaun
yang ini percuma.. tak perlu bayaran tambahan
kena turun nun ke bawah tanah sana
menggunakan tangga kayu yang disediakan ini



Keadaan di bawah di dalam salah satu bilik isteri Firaun




Piramid Khafre merupakan piramid Mesir Kuno yang kedua terbesar
di Gyza Pyramid Complex ini
merupakan makam Firaun Kafra dari dinasti ke-4


Dah puas bergambar di Piramid Khufu kami di bawa menaiki van semula
kata ustaz dia nak bawa kami ke satu tempat yang mana di situ
kita boleh mengambil gambar berlatarbelakangkan ketiga-tiga piramid


Nah..!! Jelas ketiga-tiga piramid di situ
yang sebelah kiri tu Piramid Khufu
yang tengah Piramid Khafre
dan yang sebelah kanan tu Piramid Menkaure


Apa tunggu lagi...!! klik lah butang camera sepuas-puas nya 😁😁






Pose wajib kalau bergambar kat sini 😆😆


Barangan cenderahati juga ada dijual di sini
boleh lah beli sebagai tanda kenangan untuk dibawa balik ke Malaysia
tapi Cik Darling tak beli pun 😁😁


Sayonara piramid.. panjang umur Cik Darling datang lagi ya


Naik van jom kita ke Sphinx pula..!!
yang ni yang Cik Darling tunggu tau
masa ni dah mula dah terasa penat
tekak kering dan kaki pun dah mula terasa sakit

Dari tempat parking nampak Sphinx tu sayup je
cuaca dah semakin panas.. kaki dah tak larat nak menapak ni yang sebenarnya


Kakak-kakak dan abang-abang Cik Darling dah tak nak pergi dekat dah
masing-masing dah keletihan.. dahaga katanya
yang masih bersemangat, Cik Darling dan anak-anak sedara perempuan

Jadi, mereka cuma berehat di bawah pokok
sementara kami berempat bersama dengan ustaz terus menapak
turun bukit dan memanjat tangga menuju ke Sphinx


Sphinx ini melambangkan watak yang gagah bagai singa
tetapi lembut seperti manusia



Perasan tak hidung Sphinx tu macam patah?

Ada 3 riwayat mengenai hidung patung firaun yang patah itu:

Pertama - patah terkena pahat oleh orang yang menggali sewaktu
hendak mengeluarkan patung tersebut

Kedua - patah terkena panah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi

Ketiga - patah disebabkan penyakit resdung

Kalau korang nak tau kan sebenarnya dari Malaysia lagi 
Cik Darling dah bagitau kat anak sedara


"Nanti kat piramid, acu nak ambil gambar macam ni"

Sambil tunjuk sekeping gambar yang Cik Darling dapat dari Mr. Google


Sebab tu lah semangat masih membara walaupun diri keletihan

and... i made it...!!!!


Puas hati...!!

Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata bila tengok hasilnya

berpuluh keping gambar diambil nak dapatkan hasil macam tu
thank you so much to my anak-anak sedara
yang gigih nak merealisasikan impian Cik Darling
i love you so much girls..!!!!


Okay tamat lawatan kami di Gyza Pyramid Complex
keluar dari kompleks dengan hati yang gembira dan puas
walaupun "bahang" keletihan berpuasa tu dah makin ketara terasa



To be continue...




Photobucket

Food Walk:: MyKori Dessert Cafe

Wednesday, August 28, 2019

Pernah makan kat MyKori?

Cik Darling baru first time makan kat sini 😅
tu pun sebab anak-anak sedara ajak
makan masa Cik Darling balik ke Kedah hari tu
orang Kedah kalau nak cuba MyKori ni boleh lah ke Sungai Petani

MyKori ni dessert yang berasal dari negara Jepun
so, boleh feeling ala-ala kat Jepun bila makan ni 😆😆

Cik Darling pergi dengan family
seronok pergi beramai-ramai ni sebab boleh order berlainan jenis
jadi, dapatlah rasa macam-macam perisa


Family kakak yang sulong terasing meja
sebab dah tak muat nak sambung meja lagi
nanti tutup laluan pula


Emm.. disebabkan baru first time nak mencuba
nak mengorder pun tak berapa la nak pandai
tanya pendapat anak-anak sedara yang lebih advance daripada ceq

So, ni antara yang Cik Darling dan family order

Mont Fuji Kakigori - antara best seller kat MyKori
yang putih atas tu charcoal cream
rasa dia tak manis sangat.. ada masam-masam macam yogurt
korek-korek kat dalam dia ada buah mangga dan strawberry


Honeydew Kakigori - ini yang Cik Darling order
oh my! sedap..!!! Cik Darling suka..!! 😍😍
ais yang rasa susu itu dimakan dengan buah frozen.. perfect!
bila korek kat dalam ada nata de coco


Sepatutnya ais ni dihidangkan dalam mangkuk kulit buah honeydew
tapi disebabkan mangkuk kulit buah tu dah habis
jadi, dia hidangkan dalam mangkuk kaca
dapatlah diskaun 10% sebab guna mangkuk kaca

Mont Mauve Kakigori - dia campuran buah berry
yang suka masam-masam buah berry tu boleh la cuba
atas dia ada whipped cream
yang ni pun antara best seller kat MyKori


Milo Kakigori - sesuai untuk penggemar milo


Mango Yogurt Kakigori - rasa mangga yang sebenar
signature kakigori juga yang ni


Chocoreo Kakigori - recommended untuk penggemar oreo
menggunakan biskut oreo, oreo crumbs dan sos coklat


Thai Tea Kakigori - ais krim berperisa teh susu
topping atasnya ada whipped cream



Apa benda kakigori tu?

Kakigori tu maksudnya ialah pencuci mulut
ais nya yang dikisar sama macam ABC
kira ni macam ABC Jepun lah
sangat sesuai lah dimakan waktu cuaca panas melenting 😁

Selain daripada ais kisar tu, ada juga makanan lain
antara snek Jepun yang kami cuba

Adzuki Red Bean Taiyakie - rasa tepung luar yang crispy
kat dalam dia ada inti pes kacang merah


Chicken Slice And Cheese Taiyakie - kalau tadi inti kacang merah
ini di dalamnya ada chicken slice dan cheese


Chocolate Honey Smore's Toast - Oh my! yang ni sedap..!!
bread toast di atasnya ada fluffy marshmallow
boleh pilih 2 jenis ais krim untuk topping
finishing dengan sos coklat dan madu




Kalau kawan-kawan peminat bingsu (dessert dari Korea)
Cik Darling pasti korang mesti akan jatuh cinta dengan MyKori juga
kalau nak try boleh lah buka website MyKori [sini]
untuk tengok outlet yang terdekat dengan tempat korang 😊









Photobucket

#Throwback City Of The Dead Di Perkampungan Imam Syafie Cairo

Tuesday, August 27, 2019

Tarikh:: 13-05-2019


Usai solat di Masjid Amr Ibn Al As [sini]
kami dibawa ke Perkampungan Imam Syafie
di perkampungan ini terletaknya makam Imam Syafie
seorang ulam tersohor pengasas kepada Mazhab Syafie 
yang menjadi ikutan jutaan umat Islam
termasuklah umat Islam di Malaysia

Imam Syafie atau nama asalnya Muhammad Ibn Idris Al Shafi'i
dilahirkan di Ghiza Palestin dan meninggal dunia di Kaherah
maka, sesiapa sahaja yang datang ke bumi Kaherah ini
pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menziarahi
makam sang pencinta ilmu ini

Eh..! Ini bukan rumah orang tau


Kalau korang nak tahu.. ini adalah KUBUR
kawasan ini dipanggil City Of The Dead


Orang Mesir dulu membina bangunan seperti ini untuk dijadikan kuburan mereka
di dalam satu kawasan berpagar tu menempatkan kubur untuk satu keluarga
selain kubur di dalamnya juga ada dibina ruang untuk ahli keluarga duduk berehat
ketika mereka datang melawat pusara keluarga mereka yang telah meninggal


Di fahamkan ini adalah bangunan perkuburan untuk ahli keluarga Imam Syafie


Suasana sekitar Perkampungan Imam Syafie




Masjid Imam Syafie terletak di Jalan Al-Kadereya
walaupun masjid ini menempatkan makam orang penting dalam sejarah Islam
tapi sayangnya kawasan ini tidak terjaga 😢
kawasannya kotor dan berbau
di luar masjid ramai peminta sedekah yang akan ikut kita untuk minta duit
menakutkan..!!




Imam Syafie dikebumikan di dalam masjid ini
masjid yang menjadi tempat beliau mengajar pengajian agama semasa hayat beliau

Sayang seribu kali sayang
hajat kami nak masuk menziarahi makan beliau tidak kesampaian
masjid ini ditutup kerana proses pembaikan
hanya mampu lihat dari luar pagar je... tak ada rezeki masuk ke dalam 😢😢😢






Perasan tak kat atas kubah tu ada replika kapal?
satu-satunya kubah masjid yang ada replika kapal
biasanya kan replika bulan dan bintang


Replika kapal tu sebenarnya membawa maksud kembara ilmu Imam Syafie
beliau merantau ke seluruh pelusuk dunia untuk menuntut ilmu
ilmunya seluas lautan itu tiada tandingan

Tidak lama kami di sini, sebab tak dapat masuk ke dalam
meninggalkan Masjid Imam Al Syafie dengan 1001 macam perasaan
semoga ada rezeki untuk Cik Darling kembali ke sini lagi
nak lihat sendiri makam beliau di dalam masjid tersebut


Sebelum pulang ke homestay, kami minta ustaz singgah sebentar di pasar
nak beli buah-buahan untuk dimakan waktu malam
yang sebenarnyakan sebab geram tengok buah tembikai kat sini
buah dia besar-besar..!!!! pastu rasanya MasyaAllah manis sangat

Kami turun berempat je.. yang lain-lain tunggu dalam van
keadaan pasar yang terletak tak jauh dari homestay kami tinggal







Haa..!! besar kan??


Puas hati dapat makan buah tembikai besar ni 😆😆

Selesai beli buah, kami terus balik ke homestay
memandangkan dah dekat waktu berbuka
kami naik kejap tinggalkan barang kemudian jalan kaki ke GH Corner
Alhamdulillah hari ni lift dah dibaiki.. dah boleh guna macam biasa

Lagi sekali malam ni kami berbuka di GH Corner
sebab apa?? sebab nak minum air banyak-banyak 
buffetkan boleh refill air berkali-kali 😆😆😆😆


Memang betul.. Cik Darling minum lebih 7 gelas rasanya malam tu
makan sikit je... kenyang dengan air




Sebelum balik bergambar kenangan dengan pengurus GH Corner
kiranya ni malam last la makan kat sini
esok plan nya nak berbuka kat tempat lain


Emmm.... kita tengok nanti kami berbuka kat mana




To be continue...








Photobucket