Thursday, January 30, 2020

Terima Kasih.. Thank You.. Gracias.. Syukran.. Xie xie..

Edit Posted by with 2 comments
Jutaan terima kasih Cik Pya ucapkan pada family dan friends
yang ucap selamat dan doa sempena birthday Cik Pya 28/01/2020.

Semua kiriman samada di Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram dan Blog
Cik Pya screenshot dan simpan sebagai kenangan 😊


Sebahagian daripada mesej yang Cik Pya terima




























Again, terima kasih banyak-banyak atas ucapan dan doa.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah 😘




Tuesday, January 28, 2020

Today Is My Birthday

Edit Posted by with 6 comments
Wishing myself the happiest of birthdays. 
On this special day, I just want to thank you Allah 
for the priceless gift of life that He has given me 
and for the wonderful people He has put in my life.


Happy Birthday To Me..!!!





Friday, January 24, 2020

Food Walk:: Roti Canai Transfer Road

Edit Posted by with 6 comments
Cik Pya selalu dengar, baca dan lihat gambar yang
kawan-kawan share di media sosial tentang Roti Canai Transfer Road.
Jadi, roti canai ni salah satu kedai yang masuk dalam list
semasa Cik Pya bercuti ke Penang hujung tahun lepas [sini]

Gerainya kecil sahaja terletak di tepi jalan.
Dari jauh dah nampak orang ramai beratur.
Tempat duduk pun penuh.


Tapi rezeki kami. Tunggu tak lama.
Duduk meja panjang macam makan kat kantin sekolah dulu-dulu.


Semasa menunggu roti canai sampai, sempatlah Cik Pya ambil gambar.





Ni yang Cik Pya order.
Peha ayam tu yang menjadikan roti canai kat sini special.



Kalau tak nak ayam, boleh pilih kari daging.
Tapi masa kami sampai tu, kari daging dah habis.

Okay puas hati dah. Thanks to Mimi yang bawa Cik Pya ke sini 😘





Tuesday, January 21, 2020

Sunday Fun Day

Edit Posted by with 4 comments
Hari Ahad lepas, Cik Pya keluar rumah jam 6.45 pagi.
Jumpa Ain di Stadium Bola Sepak Cheras.
Parked kereta Cik Pya kat situ.
Naik kereta Ain.. kami ke Taman Botani Perdana KL.

Cik Pya suka morning walk kat sini.
Udara rasa nyaman je.. fresh!




Almost 3 jam kami kat sini.
Kemudian kami ke Pasar Chow Kit.
Nak beli groceries.


Dari Pasar Chow Kit, kami balik ke Bandar Pemaisuri.
Jumpa Diva. Janji nak lunch sekali.
Kebetulan Ahad tu ada launching Restoran 3 Budak Gemok.
So, makan nasi free lah kami Ahad tu 😁




Lepas makan nasi sebelum balik tu kan
Cik Pya dan Ain singgah makan rojak dan cendol pula 😆




Ya ampun.... sendat perut tau..!!
Pukul 2 petang sampai rumah.

Tau tak, sampai je rumah terus muntah.
Habis keluar semua makanan yang makan tadi.
Iskh... tu lah kan bahana makan ikut nafsu sangat 😅





Followers