Thursday, April 30, 2020

Menu Berbuka Hari Keenam Puasa

Edit Posted by with 4 comments
Hari ni merupakan hari kedua MCO fasa ke-4.
Bermakna sudah 44 hari kita berkurung di rumah.
Dan sudah 33 hari Cik Pya tingal di rumah abang.

Fuuhh!! Dah lebih sebulan Cik Pya tinggalkan rumah.
Tak pernah tinggal rumah lama-lama macam ni.
Kalau travel pun paling lama 2 minggu je tinggalkan rumah.

Tak rindu rumah Kajang ke?

Gile tak rindu... rindu nak mati ni dengan bau rumah sendiri.
Rindu nak tidur atas katil sendiri.
Kekadang terdetik juga nak balik sana.
Tapi takut nak menghadap roadblock.

Harap nye selepas habis fasa 4 ni (12/05/2020)
dah tak ada sambungan lagi dah lepas tu.
Tapi macam sambung lagi je kan??

In case bersambung lagi, Cik Pya mungkin stay sini sampai raya.
Lepas raya tu, kalau sambung pun rasa nye Cik Pya nak balik Kajang.
Balik berkurung kat rumah sendiri pula.
Lama-lama kat rumah orang (walaupun abang sendiri) tetap ada rasa segan.

Okay lah.. lupakan lah rasa rindu tu dulu.
Ni menu kami semasa berbuka semalam.
Semalam cuma buah kuih & bakar roti je.
Selebihnye leftover sahur dan leftover berbuka hari Selasa.


Buat kuih Cek Mek Molek.
Dulu-dulu arwah GulaHati pernah buat jual kuih ni.
Kuih yang mudah sangat nak buat.


Goreng popia bergedil.
Habiskan stok frozen. Nak kosongkan fridge.
Kalau sebelum ni goreng dengan telur, this time tukar sikit.
Goreng bersalutkan tepung bistari.
So, rasa lebih crunchy dan pedas-pedas manja gitu..


Buat roti bakar kosong untuk dimakan bersama dengan coklat sos.
Ni pun sebab nak habiskan stok roti sebelum roti expired.



Menu hari ni apa pula ya??

Emmm... belum ada idea lagi untuk menu hari ni 😉




Wednesday, April 29, 2020

Menu Berbuka Hari Kelima Puasa

Edit Posted by with No comments
Dah lima hari kita berpuasa.
Semalam menu berbuka kami meriah sikit 😊


Ada leftover steamboat semalam. Tapi semangkuk kecil je.

Menu utama semalam pasta goreng.
Telur hancur sebagai bahan penyeri dan penyedap pasta.



Kakak ipar masak kuih qasidah.
Pernah dengar?
Ni kuih feveret arwah GulaHati Cik Pya.
Dulu arwah suka buat kuih ni.
Al fatihah untuk mak 😢


Anak sedara Cik Pya buat popia. Intinya pisang.
Ada pisang cheese, pisang coklat, pisang peanut butter dan isi ketam.



Last sekali, wantan goreng.


Alhamdulillah.. selesai dah 5 hari kita berpuasa 😊





Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Edit Posted by with No comments
Disebabkan Ramadan tahun ni kita masih dalam PKP
jadi, banyak perkara dilakukan secara online termasuk lah bayaran zakat.

Majoriti negeri menggalakkan pembayaran zakat dilakukan secara online.
Mudah sangat bayar zakat online ni.
Ni kadar bayaran zakat fitrah untuk negeri Selangor.


Untuk negeri Selangor boleh klik [sini] untuk membuat pembayaran.

Step pertama: Isi maklumat pembayar termasuklah jenis zakat, nilai
dan jumlah tanggungan yang perlu dibayar.




Step kedua: Pilih kaedah pembayaran.
Cik Pya pilih FPX.


Step ketiga: Pilih bank.
Cik Pya menggunakan Maybank2u.


Maklumat yang telah kita isi akan dipaparkan untuk semakan
sebelum kita membuat pembayaran.
Dan di bawah sekali disertakan lafaz niat macam
yang selalu kita baca depan amil.



Selepas kita tekan button Bayar Sekarang
page terus redirect ke page bank yang telah kita pilih tadi.

Step keempat: Resit bayaran zakat.



Alhamdulillah.. selesai 😊






Tuesday, April 28, 2020

Menu Berbuka Hari Keempat Puasa

Edit Posted by with 2 comments
Hari keempat kita makan menu ala-ala sihat gitu..


Steamboat... macam-macam jenis bebola dan juga cendawan.
Boiled kan dalam periuk besar.
Kangkung celur asing.



Anak sedara Cik Pya buat sos cili pedas ala-ala Johnys.
Untuk dimakan dengan sup.



Dan juga kuah hitam ni.
Untuk dimakan macam yong tau foo tu.



Kenapa tak ada kangkung?

Oh! Sebab Cik Pya tak makan kangkung.
Sebab tu dalam mangkuk tu tak ada kangkung 😁

Menu sampingan, sardin toast.
Ni sebab nak habis kan stok roti.


Alhamdulillah.. kejap je dah habis 4 hari kita puasa.




Monday, April 27, 2020

Menu Hari Ketiga Berpuasa

Edit Posted by with 4 comments
Menu hari ketiga sedikit meriah tapi tetap makanan yang simple.
Yang mudah dimasak... yang tak menggunakan banyak bahan 😊


Let's close up sikit menu nya ya...
Kecuali bihun goreng tu.. panas kan yang leftover semalam punya [sini].

Roti yang disapu dengan garlic butter kemudian dibakar.


Dimakan dengan creamy mushroom soup.
So nyummy...!!


Bread butter pudding.. nak makan kosong gitu pun boleh 


Atau makan dengan custard sauce


Atau makan dengan chocolate sauce


Kalau tak tau nak pilih.. buat macam Cik Pya.
Makan je dengan dua-dua sauce tu.. ahaks..!! 😋


Yang ni popia bergedil. Tapi hari ni inti nya buat perangai.
Bila goreng asyik nak lari keluar je...
Tu yang rupa nye tak sejelita macam semalam [sini] 😅


Eh..! Korang try la buat popia bergedil tu.
Sedap tau.. cicah pula dengan sambal kicap. Fuuhhh!!! Mantap..!!!

Cik Pya ambil resepi ni dalam Instagram Adik Foods.
Hari tu sebelum puasa, kami buat banyak-banyak pastu frozen kan.
Senang lah.. bila-bila nak makan keluarkan dan goreng je 😊




Masak-Masak Semasa Fasa Dua MCO

Edit Posted by with 2 comments
Duduk sekali dengan kakak ipar yang pandai masak ni memang best..!
Kakak ipar yang bukan saje pandai tapi sangat rajin memasak...

Ditambah pula dengan anak sedara yang suka memasak dan
suka mencuba resepi-resepi yang orang share kat FB atau Instagram.
Memandangkan sekarang ni tercongok je kat rumah sepanjang masa
so, macam-macam menu lah yang boleh dicuba.
Ni antara menu yang dimasak sepanjang MCO fasa dua hari tu.

Puding jagung dimakan dengan kuah kastard.



Churos dimakan bersama dengan sos coklat.
Acuan churos takde so, buat lubang pada hujung plastik je 😁



Apam Puri. Di dalam nye diletakkan inti kaya dan ada juga inti kastard.


Roti prhata yang diapit dua. Di tengahnya diletakkan cheese dan tuna.


Puding Roti Marble.. warna hijau kuning sebab rindukan Kedah.


Mee Kungfu yang meriah dengan sayur.


Puff Pastry. Inti ayam dan mushroom.



Sagu Gula Melaka. Susah betul nak cari sagu.
Giant kat bawah ni asyik kehabisan stok je.


Bihun Soto dimakan bersama dengan Bergedil berlauk.



Bihun Singapore.



Ais Krim Goreng. Warna roti tu coklat sebab guna roti Gardenia wholemeal.
Bukan hangit tau.. hehehehe


Kek Batik. Dua versi kek batik. Kek Batik Coklat dan Kek Batik Horlick.
First time try buat kek batik Horlick ni. Sedap..!!



Nasi impit dan kuah kacang. Nak ambil mood Hari Raya.. konon nye lah..


Pasta Goreng.


Nanti kita tengok apa lagi menu untuk MCO fasa tiga ni ya 😁