Sunday, May 31, 2020

Selepas Hampir Tiga Bulan Tak jumpa

Edit Posted by with No comments
Akhir nyaaaaaaaaaaa.....

Dapat juga dating dengan diaorang ni.
Lama gile kami tak jumpa. Last jumpa Februari hari tu.
Semalam petang kami dating di Secret Recipe Bandar Sri Pemaisuri.


Duduk jarak-jarak yaaa.... social distancing gitu 😁


Asalnya berjanji nak makan kek je.
Tapi sudahnye kek tak makan, lain yang kami makan.
Sebab masing-masing belum lunch lagi masa jumpa semalam.





Lepas habis makan kat situ, kami ke Sunway Velocity.
Niat asal nye nak ke Bath & Body Works sebab ada sale.
Sekali bila tengok orang beratur gitu terus masuk ke Victoria's Secret.


Sebelum masuk ke kedai, seperti biasa lah kena check suhu dan isi form.
Kat sini scan bar code yang dipamerkan dan isi maklumat online.


Kat VS pun ada sale juga tapi tak semua barang lah.



Cik Pya dan Ain kongsi beli ni sebab buy 2 free 2 kan..



Kemudian kami masuk ke kedai Charles & Keith pula.
Sini pun ada sale juga... up to 50% discount..
Tapi kami tak beli apa pun. Tak ada yang berkenan di hati.


Penat window shopping kami beli ais krim.
Kat Gelato ada 30% setiap 30 haribulan.



Sebelum balik kami singgah di Starbuck.
Nak try air baru yang tengah promo sekarang ni.


Oh! ya.. promosi kat Starbuck ni, beli 2 air baru boleh dapat tag ni free.


Okay dah.. jom balik.
Thank you kawan-kawan.
Hilang juga rindu walaupun tak dapat lepak lama.
Cuma sayang nya Abe Lan tak dapat join kami sebab dia kerja.



Saturday, May 30, 2020

The Way I Bagi Duit Raya

Edit Posted by with 2 comments
Kalau tahun-tahun sebelum ni, Cik Pya bagi duit raya ala-ala cabutan bertuah.
Ada beberapa cara cabutan yang Cik Pya buat 😁

Cara Satu:




Cara Dua:




Cara Tiga:




Happening kan?
Semua orang happy termasuk lah orang yang tak berapa bertuah 😁

Tapi tahun 2020 ni disebabkan tak boleh berkumpul so, kita guna lah cara moden.


Cik Pya transfer pada wakil setiap keluarga.
Semoga ianya dapat menggembirakan hati anak-anak sedara
dan cucu-cucu sedara Cik Pya 😊




Wednesday, May 27, 2020

WW#117 Cov-Eid Raya 2020

Edit Posted by with 6 comments
Raya tahun ni memang berbeza dengan raya tahun-tahun sebelum ni.
Pertama kali tak dapat pulang beraya di kampung.

Hanya video call dan gambar menjadi pengubat rindu.

Ni team raya di kampung..


Ni team tak balik raya di Sungai Petani.
Walaupun berada di Kedah, tapi Ngah tak balik ke kampung
kerana Ngah tergolong dalam golongan berisiko.
Ngah ada penyakit darah tinggi dan kencing manis.


Ni team tak balik raya di Penang..


Ni team tak balik raya di Selangor...


Semoga Raya Haji nanti kehidupan kita kembali normal.
Dapat pulang ke kampung beraya dengan semua adik beradik seperti
tahun-tahun sebelum ni...

Sama-sama kita doakan ya...



Monday, May 25, 2020

Raya Kedua Cara PKPB

Edit Posted by with No comments
Kalau semalam [sini] kami berkunjung ke rumah family yang lain,
hari ni abang jemput diaorang pula datang beraya ke rumah abang.

Kakak ipar masak kan bihun soto.



Hari ni cuma anak-anak sedara Cik Pya datang beraya ke rumah abang.
Riuh rendah dengan suara anak-anak kecil diaorang.







Oppsss!! Abaikan keadaan persekitaran rumah tu ya 😁

Dah dekat Maghrib baru balik.
Cik Pya ikut Amzar balik. Minta tolong dia hantar Cik Pya balik Kajang.

Raya cara PKPB ni hanya beraya dengan family terdekat je.
Nak pergi beraya ke rumah kawan-kawan pun fikir banyak kali.
Risau... 😢

Alhamdulillah Cik Pya dah selamat sampai di rumah Kajang.
So, now dah back to hidup solo semula.
No more suara riuh rendah suara abang dan anak-anak sedara lagi.
Kembali sunyi semula 😢
Menghitung hari untuk masuk ke ofis semula minggu depan.




Sunday, May 24, 2020

Dari PJ Ke Cheras Ke KJ

Edit Posted by with No comments
Selamat Hari Raya guysss....!!!!

Memulakan pagi raya ni dengan mandi sunat Aidilfitri.
Sebelum solat sunat, kami bersarapan dahulu.


Dalam 9.30 pagi baru kami solat sunat Aidilfitri.


Dalam pukul 11 kami siap-siap untuk keluar beraya.
Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah kakak Cik Pya
di Bandar Tun Hussien Onn Cheras.

Tahun ni kakak tidak menerima tetamu luar melainkan family terdekat sahaja.
Sebab kakak pernah terkena virus Covid-19 jadi, kakak mengambil langkah
berjaga-jaga. Risau terkena balik jangkitan tu.

Meriah makanan kat rumah kakak.
Menu feveret kat sini Mee Nyonya 😋



Chocolate cake sedap ni anak sedara Cik Pya yang buat.


Dan juga swiss roll yang sedap ni.


Selain kami, tetamu lain ialah family Habib; anak sedara Cik Pya.
Semasa di rumah kakak, sempat juga lah kami vc dengan family di kampung.
Hilang sekejap rindu dapat berbual dengan diaorang.

Bergambar kenangan sebelum bergerak ke lokasi lain.



Yeaayyy...!! Dapat duit raya..!!!


Thank you Teh yang tak pernah missed bagi duit raya setiap tahun.
And thank you Amzar bagi acu duit raya 😁

Dari Cheras kami ke Kelana Jaya pula.
Beraya di rumah Habib.

Cik Pya suka rendang ayam yang mak mertua Habib masak.
Sedap sangat makan dengan nasi impit.



Brownies Coklat ni pun sedap.


Sempat juga lah Cik Pya ber OOTD kat rumah Habib 😅


Baju Cik Pya hari ni dari Butik Mis Claire.

Hari ni mood nak ber OOTD ni ke laut sikit.
Sebab baju yang sepatut nye Cik Pya pakai untuk hari raya pertama ni
sebenarnya baju lain.. baju kebaya yang sebenarnya.
Tapi tak ada rezeki. Parcel tu masih tersangkut di Pos Laju Bangi 😭

Baju yang Cik Pya pakai hari ni sebetulnya tak ada dalam list baju raya pun 😞
Baju ni Cik Pya beli untuk dipakai bila start masuk pejabat nanti.
Emmm... sedehhhhh...!!!

Tak lama lepas tu, family Teh pula sampai.
Tadi masa kat Cheras tak habis berborak, sambung pula berborak kat sini 😅



Lama juga lah lepak kat sini. Dalam pukul 6 lebih baru kami gerak balik.

Malam nye usai solat Isyak berjemaah, sesi bermaafan sesama kami
yang berada di rumah abang ni.

Dannnnnnnn... Cik Pya dapat lagi angpau... yeeayyy..!!!

Thank you Lang sebab tahun ni bagi duit raya lebih.
And thank you Fazmil bagi acu duit raya.


Empat angpau untuk hari ni... alhamdulillah...rezeki 😁






Followers