Followers

Food Walk:: Nasi Daun Pisang

Wednesday, July 31, 2019

Korang pernah makan nasi daun pisang?

Cik Darling selalu dengar cerita daripada kawan-kawan yang pernah makan.
Kata diaorang sedap.. tengok gambar yang ditunjuk pun mengiurkan.

Jadi, hari tu Cik Darling bersama dengan dua orang kawan
Ain dan Jo.. kami ke Sri Nirwana Maju yang terletak di Jalan Telawi 3 Bangsar.

Masa mula-mula tu, jakun sekejap.. tak pandai nak order.
Al maklum lah first time datang kan? 😅

Cik Darling cakap terus terang dengan waiter tersebut.
Alhamdulillah dapat waiter yang baik.

So, taraaaaaaaa....!!!!

Ni hidangan dalam "pinggan" Cik Darling.
Meriah kau..!! 😆😆

Paling Cik Darling suka, peria goreng.. sedap..!! 😋😋


Tengok le "pinggan" masing-masing.. semua meriah



Nasi daun pisang ni best nya kena makan guna tangan.
Nikmat dia tu lain macam sikit.. hahahahaha


Rasa?

Two thumbs up Cik Darling bagi.
Boleh datang lagi lepas ni.
Cuma satu masalah kat sini.. parking..!!

Tapi, kalau dah suka.. semua tu tolak tepi la kan.. 😅😅





#Throwback Welcome To Johannesburg

Tuesday, July 30, 2019

Tarikh: 11-04-2019


Seawal jam 5 pagi bas dah menunggu depan hotel.
Check out kemudian terus ke Cape Town International Airport.
Pagi ni kami akan bertolak ke Johannesburg.


Flight kami pukul 9 pagi.
Sebab awal pagi lagi so, airport masih lengang.
Tak ramai orang.



Alhamdulillah urusan check in pagi tu selesai dengan cepat
dan tak ada sebarang masalah.
Lepas check in, kami terus masuk ke dalam.


Ni tour guide yang bersama dengan kami sepanjang kami di Cape Town.
Ehem.. ehem.. orang nye masih bujang 😊


Kami ke Johannesburg ni menggunakan Bristish Airways.
Penerbangan ke Johannesburg mengambil masa dua jam.




Sarapan pagi kat dalam British Airways


Alhamdulillah pukul 11 lebih kami selamat tiba di Terminal B
O.R. Tambo International Airport.

Di sini kami berpecah kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan seramai lima belas orang terus ke Kruger National Park.
Satu kumpulan lagi seramai empat orang stay di Johannesburg.
Cik Darling termasuk dalam group yang empat orang ni.
So, terpisah lah dengan Dr. Tim 😊

Van telah sedia menanti untuk bawa kami berempat ke tempat penginapan.


Di Johannesburg kami tinggal di Westpoint Executive Suites
yang terletak di Sandton.
Service apartment 2 bilik lengkap dengan dapur.
So, boleh lah main masak-masak kat sini.
Tapi sorry Cik Darling lupa nak ambil gambar rumah ni.

Permandangan dari tingkap bilik Cik Darling


Tenghari tu kami lunch kat apartment je.
Masak bekalan yang di bawa dari Malaysia.


Kak Ina jadi chef untuk hari ni.
Masak nasi, sambal telur dan sambal sardin.
Telur tu saki baki yang dibeli semasa di Cape Town.
Kami rebus dan bawa ke sini.



Petang tu masa tengah berehat kat bilik tiba-tiba

"I nak pergi jalan-jalan ke Mandela Square. Tak jauh dari sini. You all nak ikut tak?"


Mr. Krish message ajak Cik Darling dan Kak Ina keluar.
Kami berdua onnnzz saja lah.. tak kan nak rehat je kan 😁

Seperti biasa, naik uber je untuk ke Mandela Square.
Tak jauh pun dalam 10 ke 15 minit je dari apartment kami.






Hard Rock Cafe Johannesburg pun ada di Mandela Square ni.


Shopping sikit kat sini kebetulan kat butik Ferrari ni ada sale.


Kemudian cari supermarket sebab nak beli groceries.
Kat Mandela square ni ada Woolworths.. macam-macam ada kat sini.


Kami beli telur, sayur, roti, cheese dan juga sabun basuh baju.
Sebab kat apartment kami stay tu ada mesin basuh.
Boleh le basuh kain baju yang dah pakai.

Habis shopping kami ambil keputusan untuk dinner kat sini je.
Nak mudah, senang dan cepat.. pilihan kami Mc Donald.



Done aktiviti hari pertama di Johannesburg.
Malam tu kami berehat kat bilik sambil-sambil
deal dengan tour agent kat sini untuk aktiviti esok.

Ke mana arah tuju?



To be continue...



#Throwback Pulau Robben - Tempat Tahanan Nelson Mandela

Monday, July 29, 2019

Tarikh: 10-04-2019

Seperti biasa, awal pagi kami dah keluar dari hotel.
Bas sedia menanti jam 7 pagi.
Ke Pulau Robben kita hari ni 😊


Pulau Robben berada di Teluk Table di sebelah barat
persisir Bloubergstrand, Cape Town.
Pulau ini terkenal sebagai tempat pengasingan tahanan politik.
Termasuklah Presiden Nelson Mandela yang ditahan selama 18 tahun
di pulau ini daripada keseluruhan 27 tahun masa hukumannya.

Pulau Robben ditutup sebagai penjara pada tahun 1996.
Pada tahun 1997 ia diubah menjadi muzium dan dibuka kepada umum.
Diiktiraf sebagai warisan dunia oleh badan PBB UNESCO pada tahun 1999

Untuk ke pulau tersebut, perlu menaiki feri dari
Gateway Nelson Mandela di V.A Waterfront.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.





Kalau korang jenis yang mabuk laut, Cik Darling nasihatkan
makan ubat mabuk sebelum menaiki feri.
Ombak dia boleh tahan kuat juga.
Kalau tak tahan, memang boleh muntah.

Sampai di pulau, bas telah sedia menanti.
Pelancong dibawa mengelilingi pulau tersebut dengan bas
selama lebih kurang satu jam.


Antara kemudahan awam yang terdapat di pulau ini ialah
masjid, gereja, sekolah dan klinik.






Kata tour guide, semasa hari Valentine
ramai pasangan datang ke gereja di sini untuk berkahwin.

Bas akan berhenti lebih kurang 20 minit untuk pelancong turun bergambar
dan menikmati keindahan pantai pulau ini.




Di sini juga terdapat rumah api yang terletak di titik tertinggi pulau.
Ia dibina sebagai pengganti kepada unggun api untuk menghadapi
ancaman maritim yang belayar berhampiran pulau.


Setelah habis mengelilingi pulau, bas akan berhenti dan
akan tinggalkan pelancong di penjara yang pernah dihuni oleh Nelson Mandela.




Ada tour guide lain pula yang akan mengiringi kita dan bercerita
mengenai sejarah penjara tersebut sambil membawa kita ke setiap
unit penjara sehinggalah ke blok yang menempatkan sel Nelson Mandela.






Ini dinamakan Taman Nelson Mandela.
Kerana setiap minggu beliau dibenarkan berjalan di sini sambil berkebun.
Taman ini terletak di belakang sel beliau.
Dan di sini juga secara sembunyi-sembunyi beliau mulai menulis
buku autobiografinya yang terkenal iaitu Long Walk To Freedom.


18 tahun Nelson Mandela dipenjara di sel yang kecil ini.
Di dalamnya hanya terdapat alas tilam, selimut, alas kepala,
pinggan, cawan, meja kecil dan tong merah.
Tong merah tersebut merupakan "tandas" untuk beliau.



Oh ya! Peraturan di sini pelancong dibenarkan untuk mengambil gambar.
Tetapi tidak dibenarkan untuk merakam video

Meh Cik Darling kenalkan tour guide yang mengiringi kami
sepanjang tour di Pulau Robben.

Ini tour guide yang bercerita mengenai Pulau Robben ketika di dalam bas
Namanya Ilyas. Beragama Islam dan merupakan salah seorang penduduk di pulau ini.


Ini pula tour guide yang bercerita mengenai sejarah penjara.
Uncle Jawa.. juga merupakan penduduk tempatan di sini.


Pakcik ni pula salah seorang bekas banduan dari penjara ini.
Dipenjarakan sebab pernah bom kan bangunan apa entah.. lupa dah 😅


Selesai sudah tour di Pulau Robben.
Feri untuk pulang ke tanah besar sudah siap sedia menunggu.
Dari penjara kita akan jalan kaki je ke terminal feri.


Keseluruhan tour  di sini mengambil masa lebih kurang hampir 4 jam.
Termasuk dengan perjalanan feri pergi dan balik.

Sampai di tanah besar, bas dah sedia menunggu.
Kami dibawa ke V.W Waterfront.
Sekali lagi ke sana ek.. tak jemu-jemu 😅😅

Tempat pertama yang dituju sebaik sampai Waterfront
semestinya lah kedai makan.
Maklumlah waktu tu dah masa untuk lunch.

Hari ni Cik Darling lunch Fish n Chips.
Ini salah satu yang korang mesti makan kalau ke sini
selain daripada ayam Nando's.



Untuk makluman korang, portion Fish n Chips ni besar.
So, korang boleh lah share berdua.
Orang Malaysia kan tak makan banyak 😁


Dr. Tim order pizza.. chicken pizza kalau tak salah.


Sebenarnya hari ni hari terakhir kami di Cape Town.
Esok kami akan bertolak ke Johannesburg.
Jadi, hari terakhir digunakan untuk membeli souvenir di bumi Cape Town ni

Kat Waterfront ni banyak kedai souvenir.
Cuma seperti biasa lah kena pandai cari kedai yang menawarkan harga murah.
Sebab kat sini tak boleh tawar menawar.

Dari Waterfront ni kami balik ke hotel naik Uber.
Bas tak tunggu tadi selepas hantar kami

NKenalkan.. ini Syahid. Driver bas yang membawa kami sepanjang kami
di bumi Cape Town. Beliau juga seorang muslim.


Sampai hotel, rehat sekejap je.
Kemudian kami turun dan jalan-jalan di kedai souvenir belakang hotel.
Kalau korang nak tau, barang-barang souvenir ni boleh tahan
mahal juga la harga nya. Memang bargain skill kena tinggi
kalau nak beli barang di sini.

Malam tu tiada aktiviti luar sebab semua sibuk packing bag.
Esok awal-awal pagi kami dah nak kena gerak ke airport.
Flight kami ke Johannesburg pukul 9 pagi esok.

Selesai sudah episod Cape Town.
Nanti kita sambung pula dengan episod di Johannesburg.

Erk.. harap korang tak jemu baca ye 😉😉



To be continue...