Followers

Mood Menulis Ke Laut

Tuesday, March 31, 2020

Lama Cik Pya tak bersiaran kat sini.
Banyak benda nak diceritakan tapi nak kena ambil mood dulu.
Mood menulis asyik ke laut sejak kena kawalan pergerakan ni.
Agak nye dia kawal sekali dengan mood menulis kot 😅
Nanti mood dah okay Cik Pya kembali menulis ye.

Untuk kawan-kawan, stay at home.
Stay safe. Jangan keluar rumah kalau tak ada sebab.
Take care semua. Kita jaga kita





Food Walk:: Dolly Dim Sum Lagi

Friday, March 20, 2020

Hari tu Cik Pya keluar lunch dengan Dr. Tim.
Saje Cik Pya belanja dia lunch. Tanda terima kasih atas
segala bantuan dan tunjuk ajar dia kepada Cik Pya 😊

Cik Pya minta dia yang pilih mana tempat yang dia nak makan.
Dia pilih Dolly Dim Sum. Kata nya dah lama dia tak makan dim sum.
Kami makan di Dolly Dim Sum IOI City Mall.

Let's check it out apa yang dia order...

Three Color Parcels


Szechuan Dumpling


Sweet Sour Beancurd Roll


Dolly Mozza Roll


Chewy Meat Croquette


Thai Style Fried Rice


Untuk minuman Cik Pya try Sweet Potato Milkshake.
Sedap la air ni.. boleh order lagi nanti.


Dr. Tim order air ice lemon tea.


Thank you Dr. Tim for everything 💜




Untuk Renungan Bersama

Monday, March 16, 2020

Cik Pya tertarik dengan artikel yang dapat daripada forward message di whatsapp..

Cik Pya share kat sini ye


One time...
Satu negara dengan angkuhnya mengatakan
mereka new kuasa besar dunia.
Now... the economy become ill.

One time...
They said Everybody can fly.
Now... Everybody doubt to fly.

One time...
Ada segelintir ambil mudah hal umrah.
Now... suddenly Tanah Haram is temporary barred.

One time...
Ada memandang sinis lelaki dan perempuan bukan mahram
bersalam kerana dikatakan kolot.
Now... mostly people afraid to shake hand each other.

One time...
Ada memandang ringan solat Jumaat.
Now... ada negara batalkan solat Jumaat due to potential
exposure on 'religious gathering'.

One time...
Ada memandang sinis si pemakai niqab.
Now... people agitated looking for mask. Covered same part area.

One time...
People bangga up gambar balik dari bercuti oversea.
Now... become skeptical or worstly paranoid.
Takut kena kecam not self kuarantin and become potential
as a silent carrier.

One time...
Some ignore on wudhu for perform solat.
Now... we were advise to wash our hand thoroughly and oftenly.

Allah send unseen little tiny things for us to think..!!
And remember Him...



Renung-renungkan dan selamat beramal




Terkejut Ceq..

Friday, March 13, 2020

Malam Jumaat dah hampir tengah malam dah.
Tiba-tiba bunyi mesej masuk...


Berderau darah ceq tengok nama yang appear kat screen.
Rupanya anak bongsu arwah yang hantar.

Kusss semangat ceq... 😅



Kau Pergi Jua..

Thursday, March 12, 2020

Pagi Rabu 11-03-2020 kami adakan bacaan yassin untuk Kak Mide.
Dianjurkan oleh kelab rekreasi ofis Cik Pya.





Memohon dipermudahkan segala urusan untuk Kak Mide.
Sepatutnye Rabu tu hari pertama dia start kimo darah.

Dr. Tim (bertudung pink) sebak ketika menceritakan kepada kami
keadaan kesihatan Kak Mide 😢


Nasi lemak telur dadar juadah yang disediakan oleh jabatan.


Majlis bersurai dalam pukul 11 lebih.
Kemudian sambung kerja macam biasa.


Assalamualaikum
Sahabat kita Midah kembali menemui peciptanya
sebentar tadi pukul 5.55 ptg.


Mesej yang Cik Pya terima pukul 6.13 petang.
Dihantar oleh Dr. Tim..

Innalillahiwainnailaihirajiuun...

Speechless 😭😭😭😭😭


Ye.. Kak Mide telah kembali ke rahmatullah petang Rabu 13-03-2020.
Beliau meninggal di Hospital Ampang.

Jenazah dibawa pulang ke Sg Ramal Kajang malam tu juga.
Cik Pya balik kerja pukul 8.30 malam terus singgah surau Taman Sungai Ramal.
Cik Pya tunggu hingga jenazah sampai.

Dalam pukul 8.53 malam jenazah sampai.
Cik Pya sarung telekung yang ada dalam kereta.
(sebab baju kerja pendek sikit so, rasa macam kurang sesuai 😁)
Terus ke bilik pengurusan mayat surau tersebut.

Masuk dalam tu, sempat bacakan yassin satu round.
Sebaik habis baca yassin, diaorang buka balutan kain kapan.
Cik Pya minta izin nak cium arwah.


Allah.. sebaknya Allah saja yang tahu.
Tak tergambar dengan perasaan.
Muka arwah putih bersih. Macam tidur dalam senyuman.

Cik Pya kat surau tu sampai pukul 11 malam.
Minta izin balik awal sebab badan dah melekit dah.
Ye lah mandi pagi tadi sebelum pergi kerja je kan 😅

Hari ni pukul 8.15 pagi Cik Pya dah berada di surau bersama
dengan kawan-kawan pejabat.

Ramai yang datang ziarah pagi ni.



Yang solatkan untuk arwah pun ramai.
Alhamdulillah.. rezeki arwah..
Iwan.. anak ketiga arwah yang jadi imam masa solat jenazah tadi


Alhamdulillah Cik Pya pun dapat join solat jenazah.
Hadiah terakhir yang Cik Pya mampu beri untuk arwah.


Cuma Cik Pya tak iring hingga ke kubur.
Sebab ada tuntutan kerja yang urgent nak kena selesai pagi ni.
Gambar yang Cik Pya dapat dari office-mate.



Antara amalan arwah yang Cik Pya ingat ketika hidup:
- solat tahajud setiap malam.
- solat dhuha lebih daripada 2 rakaat.
- solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
- baca yassin setiap hari

Akak,
Saya akan sentiasa rindukan akak.
Semoga akak tenang di sana.
Semoga roh akak ditempatkan di kalangan orang beriman.
Al Fatihah...


Gambar semasa jamuan raya office tahun lepas




WW#111 Hand Sanitizer

Wednesday, March 11, 2020

Sejak negara dilanda virus Covid-19 ni
benda alah ni dah jadi satu keperluan.

Brand yang selalu Cik Pya guna


Nak try brand baru.. Melilea order dari Shopee.. RM4/ botol untuk 30ml.


Dua jenis bau yang Cik Pya beli.. Strawberry


Dan juga Peppermint..


Tetapi yang paling penting selain hand sanitizer ni ialah cuci tangan dengan kerap.
Semoga kita semua dilindungi daripada virus Covid-19... aamiin..



Mohon Doa Daripada Semua

Tuesday, March 10, 2020

"Mohon doa untuk Kak Mide kau.
Semoga yang terbaik dan dipermudahkan untuk dia.
Sekarang dia bla.. bla.. bla.."

Allah.. tak sanggup nak tulis habis mesej panjang lebar
yang Cik Pya terima daripada Dr Tim mengenai kesihatan Kak Mide.

Jadi nya, hari Ahad tu sebelum keluar dating [sini]
Cik Pya ke Hospital Putrajaya dulu dengan Kak Ju.
Kak Ju ni salah seorang pegawai di ofis Cik Pya.

Cik Pya ambil Kak Ju kat rumah.
Asalnya nak terus ke hospital tapi risau pula takut tak ada parking.
Maklum le.. hujung minggu kan. Mesti ramai pelawat kan..
dan mesti tak ada parking kosong kan..

Jadi, Cik Pya parking kereta kat ofis pastu ambil grab ke hospital.
Sekali kan, tengok parking hospital.. KOSONG..!! 😅
Emm.. takpe lah.. rezeki untuk abang grab lah.


Masuk je kat lobi utama hospital tu kan.. Mak oi..!! Lengang..!!
Ada 3-4 orang je kat lobi tu.
Kaunter pertanyaan kosong. Tak ada petugas.
Tak tahu lah kot masa tu staf keluar rehat sebab tu kosong.

Gambar diambil selepas ziarah Kak Mide

Kami terus ke wad ICU yang terletak di tingkat satu.
Jumpa 2 orang staf ofis yang sedia menanti untuk masuk.


Wad ICU kan tak boleh masuk beramai-ramai kan
so, diaorang tengah tunggu giliran sebab kat dalam tu
dah ada saudara Kak Mide.

Lepas 2 orang staf tu keluar baru Cik Pya dan Kak Ju masuk.
Belum pun sampai ke katil Kak Mide, air mata dah berderai.
Tengok Kak Mide terbaring kaku tak bergerak.. Allah..!!
Tak tau nak cerita macam mana perasaan yang Cik Pya rasa 😢

Assalamualaikum Kak Mide.

Ni Pya datang dengan Kak Ju nak ziarah akak.

Akak, saya tahu akak kuat. Akak kena lawan.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk akak.

Akak, saya mohon maaf atas semua salah silap saya pada akak.

Minta halalkan semua makan minum selama kita kenal.

Saya maafkan semua salah silap akak pada saya.

Saya halalkan semua makan minum dan pemberian saya pada akak.

Semoga akak terus kuat...


Tak boleh nak cakap banyak dan tak boleh nak tunggu lama.
Tak sanggup nak tengok keadaan Kak Mide macam tu.
Air mata tak henti mengalir. Hingga ke saat ni pun,
bila teringat mesti automatik air mata akan turun 😢

Siapa Kak Mide ni?

Kak Mide ni salah seorang pegawai di ofis Cik Pya.
Tapi pada Cik Pya, dia bukan setakat pegawai je.
Dia teman travel dan Cik Pya dah anggap dia macam kakak sendiri dah.

Seorang kakak yang banyak beri Cik Pya nasihat dan tunjuk ajar.
Selalu nasihatkan Cik Pya pasal agama.
Seorang kakak yang sangat ceria.
Ada saja cerita lucu yang akan keluar daripada mulut dia.

Kami mula travel bersama masa tahun 2005 ke Perth Australia.
Tapi masa ni Cik Pya belum kenal rapat lagi sebab kami berlainan pejabat.



Kami mula rapat masa ke Phuket tahun 2007.
Sebab dalam trip tu cuma kami berdua je perempuan yang joined.
Bila dah jadi roommate, barulah saling kenal mengenali.. cewaahh!!



Haa.. start daripada tu, merata la juga tempat yang kami travel sama.
Ke Jakarta, Bandung, Turkey, Eastern Europe, Taipei, Vietnam (untuk pertama kali).






Yang terakhir kami travel sama ke Bukittinggi Indonesia tahun 2017.



Hujung tahun lepas Kak Mide dah mula sakit.
Dia ada masalah dengan kulit dia.
So, Cik Pya memang dah lama tak jumpa dia.
Last Cik Pya jumpa dia bulan November 2019.
Masa tu ada event Sambutan Maulidur Rasul kat ofis.
21 November 2019.. tu lah last day Cik Pya jumpa dia.
Masih boleh bergelak ketawa.. bersembang macam-macam hal.

Kemudian Cik Pya dah tak jumpa dia sehinggalah Ahad lepas
Cik Pya jumpa dia dalam keadaan terbujur kaku.
Dia ditidurkan oleh doktor untuk sementara waktu.

Suami Mide dah dimaklumkan oleh doktor Putrajaya
yang Mide dah disahkan Lymphoma Cancer stage 3-4.

Mesej yang dihantar oleh Dr Tim hari Jumaat lepas (06-03-2020)
ke group Whatsapp ofis.

Dikesempatan ini, Cik Pya mohon jasa baik kawan-kawan semua
untuk mendoakan yang terbaik untuk Kak Mide.
Mungkin ada di antara doa kawan-kawan yang diangkat tanpa hijab.
Thank you in advance 😘



Happy International Women's Day

Monday, March 9, 2020

Eh belum terlambat lagi kan nak wish.
Selamat Hari Wanita kepada semua pembaca wanita blog Cik Pya 😘

Semalam Cik Pya keluar dating dengan Ain dan Diva kat MyTown.
Sempena Hari Wanita semalam kan banyak promo.
Jadi, kami pun tak nak lepaskan peluang le 😁

Memula kami makan kat Burger King.
Promo kat situ semalam dapat diskaun 50%.
Dengan syarat, yang order tu adalah wanita.
Kalau lelaki tak dapat 50%..

Tapi kalau perempuan macam Sajat tu dapat tak ek..

#jangankecam.. tanya je 😅


Kami order set Double Mushroom Swiss.
Large set kau.. hahahahaha


Cik Pya makan berdua je dulu dengan Ain.
Diva datang lambat sebab ada urusan lain.


Sementara tunggu datang, kami jalan-jalan dulu dalam MyTown tu.
Masuk Bath & Body Works beli hand sanitizer.
Kemudian masuk Charles & Keith sebab ada sale.
Kot-kot le ada yang berkenan ke kan.. tapi takde pun...
So, selamat duitttttt ceq.. hehehehe

Dah tak tau nak ke mana, kami terus ke MyKori.
Eh..! MyKori pun ada promo tau semalam.
Buy 1 free 1 gitu..


Kami tunggu Diva sampai dulu baru kami order.
Kang nanti cair pula kalau Diva lambat.
Sekali kan, masa Ain nak order.. staf tu cakap promo tu dah habis..!!
Sebab yang promo tu cuma Mount Mauve Kakigori then free Pink Kiss Kakigori.
Aduiiiiiii.. kecewa betul 😭😭😭

So, Ain pun order lah Chocolate Banofee Kakigori.


Cara nak makan dia, tuangkan dulu chocolate sauce kat atas ais tu camni
Abaikan suara latar yang riuh rendah tu.
Tu bising dari meja sebelah kami.


Kejadian selepas dituang chocolate sauce 😋


Dan juga Red Bean Taiyaki.


Order satu tapi makan bertiga 😁


Lama kami berborak. Sekali kan, terpandanglah kat meja sebelah.
Eh..! Macam mana dia boleh dapat yang set promo tu?
Tengok meja kat depan pun ada yang makan set tu gak.
Tadi kata habis, macam mana orang lain boleh dapat?

Tak puas hati, terus tanya salah sorang staf kat situ.
Rupanya, tadi tu bahan-bahan dia dah habis. Ni baru sampai.
So, dah ada balik semula la set promo tu.
Tak tunggu lama terus kami order yang set promo tu pula.

Tadaaaaaaaaa....


Rezeki kami, dapat juga merasa.. hehehehe

Sama seperti Chocolate Bonafee tadi, nak makan Pink Kiss
ni pun kena tuang chocolate sauce dulu..


Nyum.. nyum...

Lama juga lah kami lepak kat MyKori.
Dalam pukul 9 baru kami gerak balik 😉