Followers

Food Walk:: Steak Hub Popular

Friday, September 16, 2016

Dalam sibuk dengan persiapan untuk Pilihanraya Kampus
sempat lagi kami semua keluar makan semalam

Ni kira sempena meraikan kejayaan kami
sebab testing aplikasi eUNDI berjaya.. hehehehe
so, bos belanja makan kat Me'nate Steak Hub di Bangi

Cik Darling minta izin bos untuk bawa Syikin sekali
memandangkan Me'nate ni tak jauh pun dari rumah
balik kejap ambil dia.. first time dia makan kat sini

Let's check it out apa yang kami makan semalam









Terima kasih banyak2 kepada yang belanja semalam
semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan puan selepas ini

Jom Balik Semenanjung

Thursday, September 15, 2016

Hari terakhir bersarapan di Hotel Dormani




Lepas sarapan terus check out
tunggu Zul datang ambil kami



Pagi ni rancangannya nak jalan-jalan di kedai-kedai souvernir
berhadapan dengan Waterfront
Cik Darling ingat nak cari tikar Sarawak
dan juga nak tambah koleksi fridge magnet kat rumah

Dalam pukul 9.30 Zul sampai kat hotel
muka ceria je semua sebab dah nak balik



Tak lama pun jalan-jalan kat Waterfront tu
sebab tikar yang di cari tak ada
Zul bawa kami ke Kampung Boyan semula
tapi melalui jalan darat
anak-anak sedara Cik Darling nak tambah kek lapis

Dari Kampung Boyan kami terus ke airport
sampai airport dalam pukul 11.30 pagi macam tu
flight kami pukul 2.35 petang
jadi, masih ada masa untuk kami berpeleseran.. hehehe

Sebelum check in, Cik Darling wrap bag dulu
sebab beg ni padat sangat maklum lah sumbat selagi boleh



Selesai urusan check in dan drop bag
kami terus je masuk.. nak rehat kat dalam je
sementara menunggu flight



Kami pilih Marrybrown untuk lepak
chit chat sementara nak tunggu flight





Okay!! Masa untuk fly




Panjang umur insyaAllah Cik Darling datang semula
jumpa Mimi sambil ambil stok kain songket untuk dijual

Untuk Zul, thank you so much for everything
kami semua enjoy dengan lawak jenaka Zul
semoga persahabatan kita ni kekal selama nya



Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA pukul 4.20 petang
Amzar; anak sedara Cik Darling dah sedia menunggu



Percutian ke Sarawak 4 hari 3 malam yang tak dirancang
dengan betul tapi kami tetap enjoy!!

Jalan-jalan Sekitar Bandar Kuching

Wednesday, September 14, 2016

Dari Bukit Siol, kami ke Waterfront pula
driver tinggalkan kami untuk jalan-jalan di sekitar Waterfront

Kami singgah hilangkan dahaga di gerai Kak Cucur
minum sambil makan cucur udang




Kemudian jalan-jalan sambil menikmati permandangan tepi sungai



Sempat lagi shopping


Okay!! Jom naik sampan!!



Naik sampan untuk pergi beli kek lapis
Mira Cake House terletak di Kampung Boyan
naik sampan tambang cuma 50 sen sehala


Eh! Hensem tak??


Ni lah driver kami.. kacak kan??
nama dia Zul.. anak jati Sarawak
orang nya sangat peramah dan manja gitu..ahak!

Lepas beli kek lapis, kami ke tugu kucing
mercu tanda bandar Kuching






Semua puas hati sebab dapat bergambar kat sini

Masa untuk makan malam!!
driver bawa kami makan seafood
di restoran yang terletak di tingkat 6 bangunan UTC Kuching

Jom tengok apa yang kami makan







Jakun kejap tengok keropok tiram ni.. hahahaha


Masa makan semua muka happy je


Thanks ya Zul bawa kami makan kat tempat ni
sedap dan harga sangat berpatutan


Sebelum balik hotel, kami ajak Zul singgah Masjid Bahagian
masjid yang cantik bercahaya di waktu malam


Sampai je hotel, mandi dan solat
kemudian packing time..!!!

Habis packing terus zzzzZZZZZZZzzzzzzzz


...to be continue...







Photobucket

Aidil Adha 2016

Tuesday, September 13, 2016

Dalam bercerita pasal Sarawak
Cik Darling selitkan sikit cerita raya semalam

Pertama kali Cik Darling beraya di perantauan
tahun ni Cik Darling tak balik ke kampung di Kedah
temankan kakak Cik Darling beraya di rumah anak dia
sebab menantu dia baru je bersalin sabtu lepas (03-09-2016)

Selepas solat sunat Aidil Adha, Cik Darling dan Syikin
terus ke Bukit Jalil.. nak beraya di rumah Abg Yeh

On the way ke sana, singgah beli lemang dan rendang




Alhamdulillah lembut dan sedap lemang nye
rendang ayam dan daging pun sedap

Seronok dapat beraya dengan cucu-cucu sedara Cik Darling





Seharian Cik Darling kat sana melayan cucu-cucu
petang dalam 6.30 Cik Darling balik ke Kajang

Tahun ni kira raya yang paling simple
tapi Alhamdulillah tetap happy bersama dengan family tersayang :)