Katanya doktor nak jumpa.
"Eh..! Bukan next appointment tahun depan ke?"
"Ye.. tapi ni doktor nak jumpa"
"Jumaat pagi puan datang hospital untuk ambil darah. Hari Isnin pukul 2 petang
saya set untuk jumpa doktor."
So, pagi Jumaat pukul 8 pagi CP dah sampai ke Hospital Serdang.
Terus ke kaunter no 8.. ambil nombor tunggu giliran untuk buat pembayaran.
Bila nombor dipanggil, CP pergi ke kaunter.. pastu abang kaunter cakap...
"Okay, hari ni tak payah bayar apa-apa. Terus pergi klinik"
Sampai Klinik Nefro, letak buku appointment.. ambil nombor.
Kena tunggu sehinggalah nama dipanggil.
Kebetulan ramai pula orang hari Jumaat tu.
Pukul 8.35 CP tunggu, pukul 10.15 macam tu baru nama dipanggil.
Ambil botol, kena beratur tunggu masuk toilet untuk ambil air kencing.
Dah kencing, tunggu pula untuk diambil darah.
Masa tiba giliran CP, CP bagitau doktor (kebetulan doktor yang ambil darah CP)
kena ambil tangan sebelah kiri.. last time pun ambil kat sebelah tu juga.
Maklumlah urat CP ni kan susah nak cari.. tenggelam dalam lelemaks π
"Takpe.. kita cuba sebelah kanan ni dulu. Saya nampak jelas urat kat sini"
Sekali bila dah cucuk... nah..!!! terbukti urat tu kecil walaupun nampak macam besar.
Tak keluar darah pun...
Doktor cucuk sebelah kiri...
"Eh! Ye lah.. besar urat sebelah sini."
Kan dah cakap awal-awal.. tak nak percaya.
Tak pasal-pasal kiri kanan kena cucuk π’
Dalam 10.45 macam tu baru selesai semua nye.
Daripada hari Jumaat hingga pagi ni, hati dup dap dup dap.. berdebar.
So, petang ni pukul 2 nak jumpa doktor.
Harap buah pinggang CP ni tak ada masalah.
Oh ya.. ni follow up untuk post-covid.
I is nervous sebenar nya ni π
Doakan CP ya π
Take care ya CP!
ReplyDeleteThanks Syaz
DeleteSemoga yang baik - baik aje Acu...Acu kuat...insyaallah...
ReplyDeleteAmeen. InsyaAllah. Thanks Along
Delete