Iyo lah... belum abis laeiii cito kek Bukittinggi nie
nie baru hari keduo eden kek Bukittinggi
Jom tengok apo aktiviti yang berlaku pada 08-06-2013
Aktiviti pertama kami selepas sarapan ialah bergambar di Jam Gadang
Jam Gadang atau Jam Besar yang merupakan mercu tanda Bukittinggi
antara trademark yang terkenal
orang kata kalau ke Bukittinggi mesti kena bergambar kat sini
Jam nie cuma seberang jalan je dengan hotel acu duduk
Kalau nak naik kereta kuda pusing-pusing town pun boleh
tapi kami tak naik pun.. kakak acu tak nak
Masa kami tengah seronok bergambar tetiba nampak
segerombolan anak-anak kecil nie
Bukan main riang lagi berlari ke sana ke mari
acu pula yang teruja nak join diaorang... hahahaha
Lepas bergambar kami ke Pasar Atas
letak nye berdepan dengan Jam Gadang
sorry terlupa nak ambil gambar
Saja nak jalan-jalan tengok barang-barang yang dijual
acu tak shopping sangat pun
cuma beli kain telekung sulam je sepasang
dan juga a few souvenir untuk anak-anak saudara acu yang tak datang
Habis pusing-pusing kat Pasar Atas
kami check out dah terus bertolak untuk balik ke Padang
On the way tu kami singgah di Kiniko
terkenal dengan tempat memproses kopi nya yang kaw..!!
Diberi kesempatan merasa teh daun kopi
Minum sambil bersantai main congkak
sesambil makan gorengan
Makan je tauhu terus teringat pada tauhu Semedang
acu tak jumpa lak kat sana
Yang paling best kat sini selain daripada kopi nya
ialah pisang salai.. sedap..!!
Dah kenyang makan dan minum kami terus kan lagi perjalanan
kami singgah di Istana Basa Pagaruyung
Sayang nya cuma dapat bergambar kat luar je
sebab masa nie istana tu dalam renovation
Kemudian menerukan lagi perjalanan
kami singgah bergambar kejap kat tepi Tasik Singkarak
Luas gile tasik dia..!!!
Jalan lagi... singgah makan kat tepi jalan
entah apa nama entah kedai makan tu
tak ambil gambar pun sebab orang-orang kat dalam kedai
pandang satu macam je.. erk..macam tak pernah tengok orang
takut pula nak bergambar
Sampai di Padang kami minta Ferry bawa kan kami ke Shopping Complex
apa ntah nama nya... adusss banyak beno lupa nye
tu le padah nye bila tak de gambar
Last shopping kami ialah di Toko Longkang
yang terletak di Jalan Sudirman.. hah..!! yang acu ingat
sebab nama nya Longkang..!!! hehehehee
Tapi semua nye dah tak de gambar dah
sebab masing-masing kepenatan
maklum le seharian dalam kereta
Sebelum dihantar ke hotel kami singgah beli makanan
santapan kami malam tu ialah nasi goreng, pisang keju dan jagung manis
owh ya dan juga es teler
Perut kenyang, masa untuk packing beg
sebab esok nya pagi-pagi dah kena check out
flight dari Padang pukul 8 pagi jam tempatan
Nanti kita sambung dalam entri throwback #3 pula ye :)
Kakak pulak yg rasa penat walau sekadar membaca. Tapi seronok bila tengok gambar-gambar semunya nampak nyaman sangat Acu:)
ReplyDelete