hari ni katanya nak bawa kami ke Serikin
kata orang Serikin antara tempat yang wajib pergi kalau kita ke Sarawak
Perjalanan dari Kuching ke Serikin mengambil masa
lebih kurang 45 minit ke satu jam bergantung pada kenderaan di jalan
kalau ikut belakang bas atau lori maka lagi lama lah masa perjalanan tu
Alhamdulillah kami sampai di Serikin lebih kurang jam 8 pagi
orang masih belum ramai.. parking kereta pun masih banyak yang kosong
Kedai pertama yang kami tuju sebaik sampai ialah kedai makan.. hehehe
semua orang belum sarapan lagi so, kena isi "minyak" dulu sebelum start tawaf
Mee kolok jadi sajian pilihan kami.. ada mee kolok special dan ada mee kolok biasa
Macam-macam ada di sini
kebanyakan peniaga di sini adalah di kalangan orang Indonesia
harga yang ditawarkan agak murah berbanding di Kuching
seperti biasa skill tawar menawar amat diperlukan jika bershopping di sini
Cik Darling banyak borong kain batik/ songket Indonesia
untuk dijual kepada kawan-kawan di pejabat
Lebih kurang empat jam kami habis kan masa di sini
dalam pukul 12 tengahari kami beransur pulang
masa ni cuaca panas terik.. berpeluh ketiak!
Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah bergambar di Tasik Biru
tasik yang terkenal dengan warna air nya yang biru
tapi dalam gambar ni tak nampak biru la pula
simpan barang yang kami beli tadi
solat dan rehat sekejap
kemudian kami keluar semula untuk ke UNIMAS
...to be continue...
0 xoxo:
Post a Comment