Friday, September 9, 2016

Taman Buaya Jong

Edit Posted by with No comments
Hari ketiga kami di Sarawak
kami keluar berjalan agak lewat
jam 11 pagi baru kami keluar dari hotel

Puncanya sebab pagi tu baru kami cari kereta sewa
niat asal, kami nak pandu sendiri
tapi bila tengok di Kuching ni tak banyak signboard
terus masing-masing tak berani nak ambil risiko
takut sesatttttttttt..!!!

Jadi, masa sarapan pagi tu kat hotel
kami search kat google dan blog-blog
yang mana berkaitan dengan kereta sewa di Kuching

Cari punya cari akhirnya Alhamdulillah
kami dapat kereta sewa lengkap dengan driver
dengan harga yang murah

Dalam pukul 11 driver datang ambil
tempat pertama yang dia bawa ialah ke Taman Buaya Jong
yang terletak di Bandar Siburan


Jalan masuk ke Taman Buaya Jong


Pintu masuk Taman Buaya Jong


Bayaran masuk yang dikenakan


Pelbagai jenis buaya yang diternak di sini




Buaya ni antara yang special sebab tak ada ekor


Ini buaya jantan yang diberi nama Pak Indon
kerana berasal dari Pontianak, Kalimantan Indonesia


Ini pula Bujang Sudin juga buaya jantan
antara buaya terbesar yang dipamerkan di sini



Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melihat
tempat pembiakan buaya
induk betina biasanya akan membenamkan telurnya ke dalam tanah


Sambil melangkah, hati sentiasa berdebar
sebab meniti di atas lantai papan berjarak macam ni
terfikir macam kalau tiba-tiba papan ni patah???
di bawah nya penuh dengan buaya
dapat tak bayang kan???
uisshhh... seram nak bayang!!!



Selain buaya, ada juga haiwan lain
seperti kura-kura, burung dan ikan arapaima


Memandangkan kami sampai lewat
kami terlepas untuk melihat show
demonstrasi bagi ikan arapaima makan
dan juga bagi buaya makan

Penat berjalan, berhenti rehat sekejap
menikmati ais krim sambil menghirup udara segar kat sini



Dah.. jom balik.. kita ke tempat lain pula
oh ya! on the way nak keluar tu
seperti biasa, kita perlu melalui kedai yang menjual barangan cenderahati
macam-macam dijual di sini seperti tshirt, key chain dan fridge magnet

Lama juga kami kat Taman Buaya ni rupanya
hampir jam 3 petang baru kami bergerak ke destinasi lain



..to be continue...









Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment