Hari ketiga kami sekeluarga ke Serikin
Apa ada di sana?
Ada pasar hari di sempadan Malaysia Indonesia
yang dibuka setiap hari sabtu dan ahad sahaja
antara tempat mesti pergi kalau datang ke Sarawak ni
Jam 8 pagi Zul datang ambil kami kat hotel
sebelum ke Serikin, kami singgah sarapan di Restoran Nusantara
nak makan roti canai Kuching
ele.. macam le ada beza kan?? sama je kot.. hehehee
Perjalan dari Kuching ke Serikin mengambil masa lebih kurang 45 minit
kalau nak best, keluar awal pagi
sebab bila sampai kat sana cuaca belum panas
sedap la sikit nak berjalan bershopping
Masa kami sampai ni matahari dah memancar terang
orang Kedah cakap "panaih lit lit.." hehehee
menitik peluh bila berjalan
Macam-macam barangan ada di jual di sini
daripada kain baju hinggalah ke periuk belanga
harga yang ditawarkan murah dari di bandar
yang penting perlu mahir ilmu tawar menawar
Comel kan baju untuk cucu-cucu Cik Darling ni?
Dari Serikin, kami terus Kota Samarahan
nak uruskan pendaftaran asrama Mimi di UNIMAS
Selesai mendaftar dan hantar barang-barang mimi ke asrama
kami ke kedai kek lapis di Kampung Boyan
kalau dari Kuching biasa nya orang akan menyeberang menggunakan sampan
dengan bayaran yang dikenakan 50 sen sehala
tapi disebabkan kami dari Kota Samarahan
jadi kami terus ke sana dengan van
lagi pun kakak-kakak Cik Darling takut nak naik sampan tu.. hehehe
Tapi rezeki kami kurang baik hari ni
banyak kek lapis dah kehabisan stok
Cik Darling beli satu je kek lapis masam manis
officemate Cik Darling kirim
Usai di Mira Cake House, Zul bawa kami ke UTC Kuching
nak menikmati makan malam di Top Sport
food court yang teletak di atas roof top bangunan UTC tersebut
Muka masing-masing dah kelaparan
lepas penat seharian berjalan ke sana ke mari
Meh kita tengok apa yang kami makan malam tu
Perut kenyang, kaki dah tak larat nak berjalan
jom lah kita balik ke hotel.. nak packing barang sebab esok dah nak balik
Tudiaaaaaaaa... hasil berbelanja di Serikin tadi
Beg penuh dengan biskut gery je.. hahahahaaa
Habis packing terus zzzZZZZZZzzzzzzz....
..to be continue..
About Me
- Darling Pya
- A simple girl, fun-loving person, like making jokes, easily to laugh (I suppose), like to help people, share stories. Well the bottom line is, I am just a simple Malay girl.
Blog Archive
Darling's Popular Posts
-
Lupa CP nak share keputusan lepas jumpa doktor di Klinik Nefrologi pada 06-12-2021 hari tu. Appointment CP dengan doktor jam 2 petang. Sepe...
-
Memandangkan tahun ni, acu nak 'fly' jauh sikit daripada biasa nak kena buat Visa la pula... So, tadi acu buat lah check list apa d...
-
Sabtu lepas 18-12-2010 terlaksana sudah impian beberapa orang penulis blog yang nak makan ais krim sambil bermesra walau pun santai tapi t...
-
Acu kena tag daripada Bondarock semalam jom kita tengok apa yg nak kena buat:: 1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah anda gu...
-
Semalam petang acu minta excuse dari my bos cik Maziah nak balik awal sikit....awal 30minit je bukan ada hal emergency cuma sebab nak pi non...
0 xoxo:
Post a Comment