Hari terakhir kami di bumi Kenyalang ni
jam 8 pagi kami dah check out dari Medeka Palace
Dari hotel, Zul bawa kami ke tugu kucing
yang terletak berhampiran dengan Hotel Riverside (kalau tak salah)
orang kata tak lengkap ke Kuching kalau tak bergambar kat tugu ni
orang kata bukan Cik Darling yang kata ya
Dan juga tugu kucing putih ni
Jom kita isi perut dulu.. yeeayy!
memenuhi keinginan Habib nak menikmati laksa Sarawak
jadi, Zul bawa kami ke Mom's Laksa
restoran yang terkenal dengan keenakan laksa nye
Cik Darling ni penggemar laksa tapi bukan lah laksa Sarawak
tekak tak boleh nak terima laksa Sarawak ni.. minta maaf lah
dah penah cuba tapi tak boleh nak telah.. huhuhu
Kenyang perut kami dibawa ke Kubah Ria
tempat yang menempatkan pasar basah
sebelum ni peniaga-peniaga ni berniaga di Pasar Satok
kami ke sini sebab kakak nak beli ikan terubuk masin
Geram tengok udang dan ikan-ikan segar kat sini
terasa nak beli bawa balik Semenanjung
Deretan ikan terubuk masin menunggu untuk dibeli pelanggan
boleh tahan banyak jugalah kakak dan anak sedara Cik Darling beli
Cik Darling tak beli ke??
Bergambar saje la.. tak berminat nak membeli sebab malas masak.. hahahaa
Jangan risau pasal packaging, pekerja kat sini akan siap pack kan dalam kotak
untuk memudahkan kita bawa naik flight nanti
Sempat juga beli gula apong.. kakak suka lepas makan ais krim gula apong [sini]
Selesai urusan ikan masin.. jom kita ke Muzium Kucing pula
saja nak menghabiskan masa sementara nak menunggu petang
ni kunjungan kedua Cik Darling ke sini.. pertama kali klik [sini]
Dari Muzium Kucing kami ke Kota Samarahan
sebelum ke UNIMAS, kami singgah ke Mira Cake House
yang terletak berdekatan dengan UNIMAS tu
Alhamdulillah banyak pilihan kek kat sini berbanding semalam [sini]
tapi tetap juga kek yang Cik Darling nak tu tak ada stok
jadi, Cik Darling terpaksa la beli perisa lain untuk kawan-kawan yang kirim
Kemudian kami ke Summer Mall
untuk beli barangan harian dan stok makanan untuk Mimi
sekali harung makan tengahari kat situ
Usai semuanya, hantar Mimi ke asrama
kemudian kami langsung ke airport
flight kami ke Semenanjung jam 4.10 petang
kami selamat sampai di KLIA lebih kurang jam 5.55 petang
Cik Darling nak ucap berbanyak-banyak terima kasih pada Zul
yang menjadi pemandu setia kami sepanjang empat hari di sana
Zul yang sentiasa ceria, selalu ketawa, selalu happy
buatkan mood kami pun sentiasa je ceria sepanjang di sana
Zul, sori ya kalau ada terasa hati, tertinggi suara, termarah,
tergurau kasar.. sori sebab asyik paksa awak habiskan makanan saya
insyaAllah kalau ada rezeki panjang umur kita akan jumpa lagi nanti
semoga kita akan terus kekal bersahabat ya
Alhamdulillah trip kali ni semuanya berjalan seperti di rancang
harap kakak-kakak dan anak-anak sedara Cik Darling berpuas hati
About Me
- Darling Pya
- A simple girl, fun-loving person, like making jokes, easily to laugh (I suppose), like to help people, share stories. Well the bottom line is, I am just a simple Malay girl.
Blog Archive
Darling's Popular Posts
-
Lupa CP nak share keputusan lepas jumpa doktor di Klinik Nefrologi pada 06-12-2021 hari tu. Appointment CP dengan doktor jam 2 petang. Sepe...
-
Kawan-kawan blogger & pembaca-pembaca yang acu sayang acu mohon bantuan kawan-kawan... andai ada diantara kawan-kawan semua yang sudi un...
-
Memandangkan tahun ni, acu nak 'fly' jauh sikit daripada biasa nak kena buat Visa la pula... So, tadi acu buat lah check list apa d...
-
Seperti yg acu bgtau dalam last entry maka semalam, seawal pukul 7.30pagi acu dah siap mandi...huh...macam nak pi keje je pastu panas kan r...
-
Menonton Majalah 3 mengenai Taman Negara di China sebentar tadi membuat kan acu mengimbas kembali kenangan semasa acu ke negara tersebut pad...
Alhamdulillah...
ReplyDeletemisi terlaksana dan semuanya nampak gembira... :)
kakcik Nur::
ReplyDeleteAlhamdulillah :)