Kan katanya ni restoran nasi kandar tertua di Penang.
Jadi, kesempatan diambil semasa pergi bercuti ke Penang
hujung tahun lepas [sini].
Restoran Hameediyah terletak di Campbell Street.
Tak susah pun nak cari restoran ni. Tepi jalan je.
Cuma parking la agak susah kalau nak parking dekat dengan restoran.
Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Tapi hari Jumaat dia tutup kejap antara pukul 1 hingga 3 petang.
Senarai menu yang ada di sini..
Selain menu yang disenaraikan dalam gambar di atas,
ada menu special yang ditukar setiap hari.
Ini menu special semasa Cik Pya pergi hari tu..
Tapi harga untuk menu-menu special tu kan.... Masya-Allah..!
Ceq mampu tengok je la.. hahahaha
Deretan lauk pauk yang menanti untuk dipilih.
Untuk penggemar kari kepala ikan.. besar gile kepala ikan nye..!
Kalau nak pilih tu, pilih lah ikut kemampuan nak bayar ye 😁
Sotong goreng apollo.. besar kan?
Yang dalam pinggan tu harga seekor RM60 😁
Udang dan ketam menanti untuk dipilih.
Besar-besar udang nye.. Cik Pya tak sure berapa harga.
Ni pinggan kami berlima...
Cik Pya masih setia dengan ayam madu dan telur sotong.
Selalu Cik Pya ambil sayur kobis kalau makan nasi kandar
tapi kali ni Cik Pya pilih peria goreng.
Harga sepinggan nasi kandar Cik Pya ni RM26.40.
Ni nasi briyani suku je tau.. bukan penuh 😅
Selain daripada nasi kandar, kat sini juga ada dijual murtabak.
Kalau tengok tagline "Best Murtabah In Penang"
Disebabkan tagline tu, maka kami pun order lah satu.
Bungkus bawa balik. Kami order murtabak ayam cheese.
Tapi sorry.. Cik Pya lupa ambil gambar 😅
Semua muka happy sebab tercapai hajat nak makan kat sini 😋
Kalau tanya pendapat Cik Pya tentang nasi kandar di sini..
emmm.. Cik Pya lagi suka Nasi Kandar Pokok Ketapang di Butterworth.
Tapi selera tekak masing-masing tak sama kan 😊
Pergh menu special tu memang mampu telan air liur ja. Haha
ReplyDeleteUmi ::
ReplyDeleteKan?? mampu tengok je lah hahaha