Monday, December 30, 2019

Bercuti Dua Hari Satu Malam Di Pulau Pinang

Edit Posted by with 2 comments
Sebagai penutup tahun 2019, Cik Pya bercuti ke Pulau Pinang
dengan dua kakak dan dua anak sedara pada 24 dan 25/12/2019.

Hari Pertama - 24/12/2019

Tempat pertama yang kami pergi ialah ke Pulau Jerejak.
RM20 harga tiket bot pergi balik ke pulau.




Antara tarikan yang ada di Pulau Jerejak..








Tiket yang dibeli tadi tu kita dapat free air.
Boleh redeem kat cafe di sini.




Balik dari Pulau Jerejak kami ke Masjid Terapung untuk solat.
Masjid ni terletak di Tanjung Bunga.


Masa kami sampai sini air tengah surut.
Jadi tak nampak lah macam terapung sebab nampak darat 😅




Kemudian kami ke Restoran Nasi Kandar Hameediyah untuk makan tengahari.


Kena beratur tapi tak lah panjang sangat macam Nasi Kandar Deen Maju.


Lauk pilihan Cik Pya ayam madu, telur sotong dan peria goreng.



Tempat lawatan terkahir kami untuk hari pertama ialah ke Padang Kota.
Hajat asal nak ke Esplanade untuk makan mee sotong.
Tapi memandangkan kami masih kenyang jadi, kami cuma bergambar
sahaja di Padang Kota.



Maghrib juga lah kami check in hotel.
Hotel yang kami pilih ialah Hotel OYO Esq di Batu Ferringhi.


Lepas Isyak malam tu kami keluar berjalan-jalan di pasar malam.



Abang dan kakak ipar Cik Pya datang jumpa kami
dan belanja kami dinner malam tu.




Dalam ramai-ramai orang di pasar malam tu
boleh pula terjumpa dengan Ain dan family dia.


Penat berjalan, kami terus balik ke hotel.
Kakak dah mengadu penat dan sakit kaki sebab banyak berjalan.
Semua nyenyak tidur sebab keletihan 😴



Hari Kedua - 25/12/2019

Memulakan hari kedua selepas check out dari Hotel OYO
ialah dengan bersarapan di kedai roti canai Transfer Road.




Hari kedua ni hari makan-makan la konon nya 😁
Sebab lepas makan roti canai, kami ke Teochew Chendul pula.





Dah makan cendol, kami ke Dim Sum Valet
yang terletak di lorong yang sama dengan Teochew Chendul.



Kemudian ke Chew Jetty. Panaih lit lit oiii...
berpeluh basah habis baju.
Muka Cik Pya pun dah macam udang kena bakar 😅






Dari Chew Jetty kami ke Relau. Tujuan ke sana
nak cari gerai apam balik viral. Tapi tak ada rezeki kami.
Gerai tu tutup pula.

Jadi kami terus saja ke airport. Solat di surau airport.
Kemudian lepak di Mc Donalds sehingga pukul 5 petang.
Lepas diaorang balik, Cik Pya terus masuk ke tempat menunggu.
Flight Cik Pya ke Kuala Lumput pukul 7 malam.

Tamat sudah percutian hujung tahun Cik Pya.
Alhamdulillah walau pun singkat tapi tetap happy 😊



2 comments:

  1. Alhamdulillah. Boleh mai lagi ke penang. Banyak lagi tu tempat yg best belum di pi 😁

    ReplyDelete
  2. Umi Nazrah:

    Yup.. banyak lagi makanan yang belum di hunting.. hehehhe

    ReplyDelete