Dianjurkan oleh kelab rekreasi ofis Cik Pya.
Sepatutnye Rabu tu hari pertama dia start kimo darah.
Dr. Tim (bertudung pink) sebak ketika menceritakan kepada kami
keadaan kesihatan Kak Mide 😢
Nasi lemak telur dadar juadah yang disediakan oleh jabatan.
Majlis bersurai dalam pukul 11 lebih.
Kemudian sambung kerja macam biasa.
Assalamualaikum
Sahabat kita Midah kembali menemui peciptanya
sebentar tadi pukul 5.55 ptg.
Mesej yang Cik Pya terima pukul 6.13 petang.
Dihantar oleh Dr. Tim..
Innalillahiwainnailaihirajiuun...
Speechless 😭😭😭😭😭
Ye.. Kak Mide telah kembali ke rahmatullah petang Rabu 13-03-2020.
Beliau meninggal di Hospital Ampang.
Jenazah dibawa pulang ke Sg Ramal Kajang malam tu juga.
Cik Pya balik kerja pukul 8.30 malam terus singgah surau Taman Sungai Ramal.
Cik Pya tunggu hingga jenazah sampai.
Dalam pukul 8.53 malam jenazah sampai.
Cik Pya sarung telekung yang ada dalam kereta.
(sebab baju kerja pendek sikit so, rasa macam kurang sesuai 😁)
Terus ke bilik pengurusan mayat surau tersebut.
Masuk dalam tu, sempat bacakan yassin satu round.
Sebaik habis baca yassin, diaorang buka balutan kain kapan.
Cik Pya minta izin nak cium arwah.
Allah.. sebaknya Allah saja yang tahu.
Tak tergambar dengan perasaan.
Muka arwah putih bersih. Macam tidur dalam senyuman.
Cik Pya kat surau tu sampai pukul 11 malam.
Minta izin balik awal sebab badan dah melekit dah.
Ye lah mandi pagi tadi sebelum pergi kerja je kan 😅
Hari ni pukul 8.15 pagi Cik Pya dah berada di surau bersama
dengan kawan-kawan pejabat.
Ramai yang datang ziarah pagi ni.
Alhamdulillah.. rezeki arwah..
Iwan.. anak ketiga arwah yang jadi imam masa solat jenazah tadi
Alhamdulillah Cik Pya pun dapat join solat jenazah.
Hadiah terakhir yang Cik Pya mampu beri untuk arwah.
Cuma Cik Pya tak iring hingga ke kubur.
Sebab ada tuntutan kerja yang urgent nak kena selesai pagi ni.
Gambar yang Cik Pya dapat dari office-mate.
- solat tahajud setiap malam.
- solat dhuha lebih daripada 2 rakaat.
- solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
- baca yassin setiap hari
Akak,
Saya akan sentiasa rindukan akak.
Semoga akak tenang di sana.
Semoga roh akak ditempatkan di kalangan orang beriman.
Al Fatihah...
Gambar semasa jamuan raya office tahun lepas |
innalillah. al-fatihah
ReplyDelete