Thursday, April 30, 2020

Menu Berbuka Hari Keenam Puasa

Edit Posted by with 4 comments
Hari ni merupakan hari kedua MCO fasa ke-4.
Bermakna sudah 44 hari kita berkurung di rumah.
Dan sudah 33 hari Cik Pya tingal di rumah abang.

Fuuhh!! Dah lebih sebulan Cik Pya tinggalkan rumah.
Tak pernah tinggal rumah lama-lama macam ni.
Kalau travel pun paling lama 2 minggu je tinggalkan rumah.

Tak rindu rumah Kajang ke?

Gile tak rindu... rindu nak mati ni dengan bau rumah sendiri.
Rindu nak tidur atas katil sendiri.
Kekadang terdetik juga nak balik sana.
Tapi takut nak menghadap roadblock.

Harap nye selepas habis fasa 4 ni (12/05/2020)
dah tak ada sambungan lagi dah lepas tu.
Tapi macam sambung lagi je kan??

In case bersambung lagi, Cik Pya mungkin stay sini sampai raya.
Lepas raya tu, kalau sambung pun rasa nye Cik Pya nak balik Kajang.
Balik berkurung kat rumah sendiri pula.
Lama-lama kat rumah orang (walaupun abang sendiri) tetap ada rasa segan.

Okay lah.. lupakan lah rasa rindu tu dulu.
Ni menu kami semasa berbuka semalam.
Semalam cuma buah kuih & bakar roti je.
Selebihnye leftover sahur dan leftover berbuka hari Selasa.


Buat kuih Cek Mek Molek.
Dulu-dulu arwah GulaHati pernah buat jual kuih ni.
Kuih yang mudah sangat nak buat.


Goreng popia bergedil.
Habiskan stok frozen. Nak kosongkan fridge.
Kalau sebelum ni goreng dengan telur, this time tukar sikit.
Goreng bersalutkan tepung bistari.
So, rasa lebih crunchy dan pedas-pedas manja gitu..


Buat roti bakar kosong untuk dimakan bersama dengan coklat sos.
Ni pun sebab nak habiskan stok roti sebelum roti expired.



Menu hari ni apa pula ya??

Emmm... belum ada idea lagi untuk menu hari ni 😉




4 comments:

  1. Saya membayangkan sedapnya goreng popia bergedil dicocol sambal pedas-pedas manja ...
    Sepertinya nikmat sangat

    Salam dari Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Emang ia dicocol dengan sambal pedas-pedas manja gitu.. hehehe

      Mekasih ya sudi singgah ke blog saya 🌹

      Delete
  2. Replies
    1. Berbuka di rumah abang meriah lah.
      Berbuka kat rumah sendiri menu nye ala2 sendu je hahahaha

      Delete