Disebabkan masa 1 Syawal hari tu kita tak dapat nak raya dengan family.
So, balik kampung hari tu kita sambut Syawal sekali lagi la 😁
Dari awal pagi orang kat rumah dah mula sibuk.
Gotong royong masak berjemaah..

Simple je kan menu kami? 😊

Meh zoom apa menu kami makan hari tu...
Nasi dagang. Abang Cik Pya beli beras ni dari Shopee.
Beras tu dah siap semua rempah ratus dan juga rempah kari.

Gulai ikan tongkol. Ni guna rempah yang datang sekali dalam
set beras yang abang beli.
Sedap uols..!!!

Gulai ayam. Ni tambahan sebab ada anak sedara Cik Pya
yang tak makan ikan tongkol.

Acar rampai. Pelengkap untuk nasi dagang.

Ni dia menu special.. ketam masak cili 😋
MasyaAllah..!! Sedap sangat.
Ketam fresh kakak Cik Pya beli dari Pasar Bisik di Kuala Muda.

Manggo cheese cake sebagai dessert kami. Sedap nya oiii..!!
Orang Sungai Petani kalau nak oder kek boleh ke IG Humaira Cake [sini].

Air Sirap sebagai penyejuk tekak 😊

Sebelum makan, kami sambut birthday abang ipar Cik Pya.
Happy Birthday Bang Mee..


Sebelah petang Kak Ma buat roti pula untuk minum petang.
Macam-macam roti ada 😊


Cakap je nak roti apa.. inshaAllah Kak Ma mesti boleh buat.
Tetiba terasa nak pindah kerja duduk kat kampung.
Mesti best.. hehehehe
Ni rupa roti yang Kak Ma buat tadi.


Feveret Cik Pya roti golok tu.. roti pintal-pintal tu.
Lembut sangat roti yang Kak Ma buat.
Malam nya kami makan kue teow goreng Iman.
Dillah; anak sedara Cik Pya beli dari Restoran Iman Char Kue Teow Alor Setar.
Dan juga Korean Cheezy Chicken yang Syikin beli daripada kawan dia.


Meriah sangat cheese nye.
Bagus meniaga macam ni.. tak kedekut.

Aiyooo... hari ni memang hari makan je.. hehehee
Hati banyak happy sebab dapat berkumpul dengan adik beradik.
Rindu terubat selepas berbulan tak jumpa.

wahh kek bapa yg besar tuuuh., ;p
ReplyDeleteWak Lat:
ReplyDeleteMenunjukan angka umur nye juga besar.. hehehe