Monday, June 1, 2020

Hari Pertama Selepas 75 Hari PKP

Edit Posted by with 4 comments
Hari ni adalah hari pertama Cik Pya masuk ke ofis
selepas 75 hari work from home.

Jalan lengang sangat tau... 10 minit je dah sampai ofis.



Bila hari pertama, ada beberapa SOP yang perlu dipatuhi.
Terasa sedikit serabut tapi ye lah.. hari pertama kan...
Benda masih belum biasa lagi.

Pertama nya, kami perlu mengisi penilaian risiko jangkitan Covid-19
menggunakan url yang telah disediakan sebelum kami tiba di ofis.

Kalau keputusan hijau macam Cik Pya punya ni,
baru dibenarkan oleh guard untuk kami masuk ke ofis.


Tapi kalau bar tu berwarna merah, kami tidak dibenarkan masuk
sebalik nya kena terus pergi ke Pusat Kesihatan Universiti atau pun
ke mana-mana klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Sepatut nya, guard akan menembak suhu di pintu pagar tapi tadi
disebabkan thermometer sampai lambat, Cik Pya terus ke 
pejabat pentadbiran untuk ambil suhu di situ.
Bacaan suhu tersebut kami perlu key in ruangan kenyataan
dalam kenyataan di sistem Punch.

Alhamdulillah hari ni bacaan suhu Cik Pya 35.4..
Emm... mungkin sebab sejuk kena aircond kereta kot 😅
Yang penting dapat masuk ke ofis tanpa ragu.. hehehehe

Gigih tau ber ootd di perkarangan parking ofis.


Hari ni Cik Pya bawa cookies ni untuk team-mate Cik Pya sebagai 
buah tangan raya. Cookies sedap ni semesti nya dari Bebuncit Kitchen [sini]


Petang tadi, lepas waktu kerja Cik Pya ke IOI City Mall dengan Awin.
Dah rindu bau IOI ni maklum lah dah 75 hari tak masuk sini 😆
Sebelum ni, ni lah dapur kedua Cik Pya.. hahahaha.

Lalu je kat parking tengah tu, ya ampun... kosong okay..!!


Sebaik je masuk pintu dekat kedai emas Wah Chan kena isi maklumat diri
dan check suhu badan.


Kat dalam pun lengang je.. tak ramai orang.


Cik Pya nak cari escential oil ni. 


Awin pula nak beli produk penjagaan muka kat Innisfree.


Cik Pya tak masuk pun, tunggu kat luar je sebab malas nak 
scan and isi maklumat semua tu.


Dah dapat yang dicari kami terus gerak balik ke ofis.
Tak nak lama-lama kat sini sebab Awin tinggal dengan family.
Mak ayah dia dah tua. Kira tergolong dalam golongan berisiko.

Emm... rindu nye nak lepak makan-makan kat sini.
Semoga virus Covid ni cepat lah lenyap dari muka bumi ni 😩




4 comments:

  1. Melihat situasi sesepi seperti itu ..., ikut deg-degan juga melihatnya.
    Hal yang sama juga terjadi seperti di Indonesia.
    Dimana - mana jadi tampak seperti kota matii tak berpenghuni.

    Ngong-ngoming, kemasan Bebuncit bagus desain cupnya 🙂

    ReplyDelete
  2. Himawan::

    Sepatut nya aku ke Aceh Indonesia hujung bulan ini tapi terpaksa batal.
    Keadaan tak mengizinkan untuk ke sana. Rindu makanan Indonesia

    ReplyDelete