Thursday, July 23, 2020

Single.. Happy Or Lonely?

Edit Posted by with 16 comments
Tajuk yang dibincangkan dalam rancangan Syariah Meja Bulat
di TV3 hari Selasa (14-07-2020) minggu lepas ialah Tolak Jodoh.
Dua orang perempuan yang belum berkahwin menjadi tetamu jemputan.
Sorang umur 26 tahun dan sorang lagi 31 tahun.

Cik Pya tak nak cerita pasal diaorang.
Cuma Cik Pya tertarik dengan dua keping gambar yang Ally Iskandar
tunjuk kan pada skrin dan suruh mereka berdua pilih.
Mana satu yang menggambarkan diri diaorang.

Satu gambar ni...


Dan satu lagi gambar ni...


Both gambar sumber dari Pakcik Google.
Kedua-dua mereka memilih gambar yang kedua.

Jika Cik Pya diberi pilihan antara dua gambar tersebut,
Cik Pya pun pilih gambar yang kedua juga 😊

Happy...!!!

Yes..!! I am happy hidup bujang 😊

Orang selalu je tanya soalan-soalan ni...

"Bila nak kahwin?"

"Umur dah bla.. bla.. bla.. tak kan tak mau kahwin?"

"Hang nak jadi anak dara tua ka tak mau kahwin?"

"Tunggu apa lagi yang tak mau kahwin ni?"

"Hang ni tak mau kahwin ke?"

Aduii... 😅

Ada ke orang tak nak kahwin?
Rasa nya majoriti manusia atas muka bumi ni
mengimpikan sebuah keluarga bahagia.
Punya suami, isteri dan anak-anak yang comel.

Tapiiiiiiiiiii...

Kita ni mampu merancang.
Allah yang menentukan. Dan Allah sebaik-baik perancang.
So, Cik Pya tak ada jawapan untuk soalan-soalan kat atas.

Jawapan cliche yang selalu diberi..

"Belum sampai seru"

"Jodoh belum sampai"

So, sementara masih single ni.. Cik Pya enjoy kan diri.
Buat apa yang Cik Pya suka dan minat.
Aiyooo.. buat apa nak pening kepala fikir pasal kahwin.
Kahwin atau tidak.. hidup tetap kena teruskan... betul tak??

Kalau satu ketika dulu, minat Cik Pya lebih kepada kereta.
Cik Pya ubahsuai enjin kereta, make over kereta.
Dulu Cik Pya pakai kereta Proton Satria.
Enjin biasa Cik Pya tukar ke enjin turbo.

Best oooooo.... 3 jam drive dah sampai ke Kedah 😁



Almost every year Cik Pya ke Sepang untuk event F1 dan juga Super GT.





Tapi since arwah mak meninggal tahun 2014, Cik Pya tak pernah ke sana lagi.
Minat pada bidang permotoran tu terkubur macam tu je..

Cik Pya dah hilang minat. Kereta Satria tu pun Cik Pya dah jual.
Honda City ni pemberian daripada kakak sulong dan arwah mak.
Lebih selesa guna kereta standard je sekarang ni.
Dah takde nak bikin-bikin macam dulu dah 😅



Hobi lain Cik Pya ialah melancong 😁
Cik Pya start melancong ni pada tahun 2004.
Tempat pertama yang Cik Pya jejak Paris, France.


Lain tempat yang Cik Pya dah pergi selain semua negeri dalam Malaysia ni kecuali Labuan
ialah Indonesia, Thailand, Singapore, Vietnam, Holland, Belgium, Austria, Switzerland, Germany, Turkey, Australia, Czech Republic, Hungary, Slovakia, Dubai, Bahrain, Sri Lanka dan China.













Sempat teman arwah mak dua kali pergi umrah.. tahun 2011 dan 2012.
Tahun 2013 tak pergi sebab abang Cik Pya busy dengan projek baru.
Kalau nak ke sana kan Cik Pya kena ada mahram.. tak boleh pergi sesuka hati.



So,janji nak bawa arwah umrah sekali lagi hujung tahun 2014.
Kira nak merasa umrah musim sejuk.
Tapi tak kesampaian. Allah lebih sayang kan arwah mak.
Bulan Jun 2014 arwah mak pergi meninggalkan Cik Pya untuk selamanya 😢

Lepas tu, bila arwah mak meninggal tahun 2014 Cik Pya stop travel.
Cuma pergi umrah je. Takde melancong ke negara-negara lain.



Tahun lepas baru Cik Pya mula melancong semula.
Bermula dengan Mauritius kemudian ke  South Africa,
Egypt, Banda Aceh dan Ho Chi Minh.






Bohong la kalau kata tak sunyi tu kan..
Sesekali tu datang juga perasaan sunyi tu.
Bila tengok kawan-kawan sebaya happy dengan family masing-masing
time tu mula terfikir gak la nak kahwin... hahahaha

Tapi Cik Pya bukan jenis yang suka nak pening kan kepala.
Hadap je apa yang ada depan mata.

Cik Pya bersyukur sebab family dan kawan-kawan rapat
sentiasa ada di saat Cik Pya perlukan bantuan dan teman.
Alhamdulillah family pun tak pernah pressure Cik Pya.

Sampai masa, ada rezeki, ada jodoh inshaAllah Cik Pya akan kahwin juga.
Eh... tapi kita tak tau pun yang mana akan sampai dulu kan?
Samada jodoh dengan manusia atau jodoh dengan ajal 😉


So, sekarang ni just enjoy dengan kehidupan kita ni.
Fikir dari sudut positif. Tak payah stress-stress.
Yang penting.. kita happy...!!! 😁



16 comments:

  1. saya akan pilih gambar kedua juga.. happy saja enjoy2 diri kan.. buat apa nak termenung sedih2. jodoh ni urusan tuhan.. ada jodoh adala.. jangan pening2..

    mari kita sambung bergumbira =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Hadap je apa yang ada depan mata ni :)

      Delete
  2. Hello!!
    What beautiful photografy all!!
    Are your nice!!
    I follow you to follow your blog !!
    Kisses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Gra.
      Thanks.
      Done follow you back.
      Kisses.

      Delete
  3. Rezeki cik pya di bahagian lain walau tak berumahtangga, tetap bahagia dan happy tu yang paling penting ;)

    ReplyDelete
  4. cik pya.,
    kawen sonok tauu.,
    nk jaga perkawenan tuh yg x brape nak sonoknyer., hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wak.
      Macam-macam dugaan Allah bagi untuk menguji :)

      Delete
  5. Gaambar konsert matallica tak masok? Sejarah penting tu! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa.. lupa lak nak masuk kan..
      Kenangan sangat tu uncle

      Delete
  6. Tu semua rezeki..percaturan Allah..Apa-apa pun menarik gambar-gambar tu

    ReplyDelete