Friday, July 10, 2020

Terkenangkan Bandung

Edit Posted by with 5 comments
Dua hari lepas Cik Pya ada tengok rancangan kat TV1.
Tajuk dia Gitar Dalam Beg... kalau tak salah Cik Pya la.
Rancangan yang menjejaki orang belakang tabir
yang menjadi orang penting dalam kejayaan seseorang artis.

Masa Cik Pya tengok tu, pengacara nye ke Bandung Indonesia.
Tapi Cik Pya bukan lah nak cerita pasal rancangan tu sebenarnya.
Cuma bila tengok rancangan tu, Cik Pya teringat pasal Bandung.

Dah lama sangat Cik Pya tak ke sana.
Last ke sana tahun 2018.
Pergi dengan 2 anak sedara dan kakak ipar.


Kami ke sana selama 4 hari 3 malam.
Tujuan nya nak cari kain untuk kenduri Habib; anak sedara Cik Pya
dan juga untuk majlis pertunangan Aina.

Suka shopping kain di Bandung.
Sebab harga nya jauh lebih murah dari Malaysia.
Puas hati shopping di sini.




Dah alang-alang ke sana, Cik Pya bawa diaorang jalan-jalan juga.
Tidak lah semata-mata beli kain je kan.. hehehe
Lagi pun Aina first time datang Bandung.
Kak Ta dan Noni dah kali kedua ke sini.
Cik Pya.. emmm.. entah dah berapa kali dah.. tak ingat dah.. hehehe

Antara tempat yang kami pergi...

Kawasan kawah gunung berapi iaitu Kawah Putih.
Kalau dulu orang selalu ke Tangkuban Perahu tapi disebabkan
tiket masuk dah mahal jadi, sekarang orang ramai ke Kawah Putih.




Kemudian singgah bergambar di Kebun Teh.
Deretan kebun teh di sepanjang jalan ke Kawah Putih.



Kami juga ke Situ Patenggang.
Sebuah tasik yang terletak di Ciwidey.
Ada kisah dongeng di sebalik tasik Situ Patenggang ni.
Kisah cinta antara Santang dan Dewi Rengganis.



Farm House yang terdapat Rumah Hobbit kat sini.
Tak payah terbang jauh-jauh ke New Zealand.
Bandung pun ada Rumah Hobbit.. hehehe

 



Menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan tempatan
di Floating Market Lembang.
Rambang mata kalau datang sini.
Semua benda nak di makan nye 😋



Kami juga ke Dusun Bambu.
Emm.. Cik Pya tak berapa minat sangat kat sini.
Rasa macam tak ada yang menarik kecuali tempat makan
yang macam dalam sarang burung tu.



Cik Pya juga bawa diaorang makan di The Stone Cafe.
Terletak di pinggir kota Bandung. Di tanah tinggi.
Dari atas ni boleh nampak permandangan kota Bandung.




Makan sambil dengar live band.


Banyak lagi sebenar nye tempat menarik lain.
Tapi kami kesuntukan masa. Tak sempat nak pergi.
InshaAllah lepas border di buka nanti, Bandung antara
dalam list untuk Cik Pya pergi.

Semoga virus Covid-19 cepat pergi...
Dah rindu sangat nak terbang tengok negara orang.




5 comments:

  1. Tampak sangat berbahagia difoto selama berada di Bandung 😃 ..

    Ayok kapan ke Jawa Tengah, kak ?.

    ReplyDelete
  2. Terkenang mee bandung aje
    sebab tak pernah sampai Bandung

    ReplyDelete
  3. Himawan:

    One fine day pasti aku akan sampai ke Jawa Tengah :)

    ReplyDelete
  4. Warisan Petani::

    Uishhh... sedap tu mee bandung.. nyum nyum!

    ReplyDelete
  5. tak pernah sampai lagi sana.. tpai kalo baca cerita orang.
    mesti bab shoppin yang best..

    ReplyDelete