Tuesday, November 23, 2021

Food Walk:: Brahim's Bihun Sup Daging Tempatan, Alor Setar

Edit Posted by with 8 comments
Suka makan bihun sup utara? 

Bihun yang berwarna kuning dimakan dengan sup daging panas. 
Dilengkapkan dengan sambal cili pekat merah... 

Perghhh...!!! Mantap gitu 😁 

Salah satu kedai bihun sup utara yang sedap di Kedah ialah 
Brahim's Bihun Sup Daging Tempatan. 
Terletak di Pekan Simpang Empat Alor Setar.


Pilihan menu yang ada di sini ialah bihun sup, kue teow sup, mee sup, 
moi sup atau bubur nasi dan juga sup kosong. 
Dah nama pun Brahim's Bihun Sup Daging Tempatan 
so, memang tak ada pilihan sup ayam.



CP pergi dengan family kakak. 
Kami order bihun sup biasa dan juga bihun sup special.



Apa beza bihun sup biasa dengan bihun sup special?

Bukan pada cili merah tu ya... 

Tu sebab bihun sup biasa tu CP lupa letak cili dulu masa ambil gambar 😅 

Beza pada saiz. Mangkuk dan isi bihun sup special besar sikit berbanding yang biasa.


Antara bihun sup terbaik kat Kedah ni. 
Sup nya mantap. Daging tempatan nya fresh. 
Rasa tak cukup semangkuk tau 😅 

Selain bihun sup, kalau ke sini jangan lupa order ABC. 
ABC nye simple tapi sedap sebab ais dia halus je bak Salju. 
Meriah dengan jagung ditabur kat atas.


Satu lagi air special kat sini, air oren. 
Nama air ni air Oren Mexico. 

Kenapa Mexico, CP pun takde jawapan. 
Air oren Sunquick dicampur dengan susu. 
Not bad rasa dia.




Nak ke sini kalau ke Alor Setar ikut highway, boleh exit kat Tol Pendang. 
Kemudian follow signboard ke Alor Setar ikut jalan biasa. 
Kedai dia terletak di sebelah kiri jalan berdekatan dengan Balai Polis Simpang Empat. 

Jangan lupa singgah try noooo...






8 comments:

  1. Alamak Acuuuu....sedapnyaaa....bila la nak ber jjcm ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh jalan ke kedah.. acu bawa along jjcm kat kedah.. hehehehe

      Delete
  2. suka bihun sup utara..nasibaik area opis ada yg jual..area umah pn ada juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa yang memenuhi citarasa kat area CP

      Delete
  3. sup pon nmpk sedapp sangat tuu 😅😅

    ReplyDelete
  4. makanan & minumannya semua mantap2!!Tambah2 air bandung tu...Dia punya wana blackpin tu lain maciam

    ReplyDelete