Thursday, November 25, 2021

Food Walk:: Ruma Puteh, Titiwangsa Kuala Lumpur

Edit Posted by with 3 comments
Sudah dua kali CP makan di Ruma Puteh ni. 
Kali pertama CP ke sini dengan Ain dan Diva. 
Kali kedua CP pergi dengan family. 

Lokasi Ruma Puteh ni di Taman Tasik Titiwangsa 
bersebelahan dengan Istana Budaya.



Ruang makan di Ruma Puteh...





Makanan kat sini gabungan masakan Asia dan Barat.
Ini makanan yang CP cuba masa kali pertama pergi...


Kacang Phool

Lontong Darat

Bakes Chicken with Creamy Mushroom Truffle Sauce

Chicken Wing

Muka tak sabar nak makan semua yang ada atas meja 😉


Ada juga beberapa jenis kek yang dijual di sini sebagai pemanis mulut.


Ini pula makanan yang CP cuba masa kali kedua pergi dengan family...


Nasi Kerabu Ayam Percik

Spaghetti Seafood Aglio Olio

Spaghetti Chicken Carbonara

Spaghetti Bolognese

Kacang Phool

Dua kali pergi, dua kali juga order Kacang Phool. 
CP suka Kacang Phool kat sini.. sedap!! 

So, CP recommend la untuk family CP cuba. 
And yes.. diaorang pun suka juga.

Kalau suka bergambar atau photo shoot, kat sini memang banyak port
yang menarik untuk bergambar.

Paling famous laluan masuk ni lah..


Erk... CP pun tak nak lepaskan peluang bergambar kat tempat viral ni juga 😁


Ada lagi beberapa tempat yang menarik di bahagian belakang.
Tapi CP tak pergi pun.. malas nak berebut sebab ramai yang menunggu giliran
nak bergambar kat situ. Bagi je lah laluan kat anak-anak muda.. hehehe

Sedap sangat ke makanan kat situ? 

Emm.. pendapat CP makanan kat sini biasa-biasa je. 
Tak ada yang "boom" sangat kat sini.

Kenapa CP pergi lagi sekali sebab memenuhi keinginan anak-anak sedara CP.
CP puas bila nampak muka anak-anak sedara semua happy.


Tapi korang kena try sendiri.
Sebab tekak masing-masing kan tak sama 😊



3 comments:

  1. wah dh 2 x pegi ye..tp tu la baca review katanya mknanan biasa2 je dan servis slow...kwn aritu pegi lebih sejam tgu makanan...tp tmpt cantik ootd ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu mama. Memang slow pun. Kami pun almost sejam gak menunggu makanan. Pegi kali kedua pun sebab anak-anak sedara yang teringin..

      Delete