Tuesday, January 7, 2020

Happy Birthday EE

Edit Posted by with 2 comments
Birthday nya dah lepas.. hari Ahad (05-01-2020)
Tapi baru semalam berpeluang untuk belanja dia makan.
EE nak makan nasi arab so, Cik Pya bawa dia makan di Restoran Al Diafah.





Takde kek sebab EE tak nak kek.
So, Cik Pya order cheese tart comel ni dari Bebuncit Kitchen [sini]


To Mr. EE,

Happy Birthday. May Allah bless you with good health,
wealth and happiness. May all your dreams come true ❤




Monday, January 6, 2020

Kenduri Burger King

Edit Posted by with 2 comments
Eh! korang tahu tak Burger King tengah ada promo sekarang ni?
Cik Pya dapat gambar promo ni daripada Whatsapp. Ada orang foward.

Ada 4 set yang boleh dipilih.. harga satu set RM20 sahaja.


Cik Pya dah pergi makan hari Jumaat lepas kat Burger King Alamanda.
Cik Pya dating dengan kawan-kawan sekolah.



Tiga set kami order. Kenyang makan. Siap tapau lagi bawa balik.


Masih sempat lagi kalau korang nak pergi.
Promo ni berakhir 14/01/2020.



Friday, January 3, 2020

Food Walk:: Restoran Hameediyah Nasi Kandar

Edit Posted by with 2 comments
Dah lama Cik Pya teringin nak makan nasi kandar kat sini.
Kan katanya ni restoran nasi kandar tertua di Penang.
Jadi, kesempatan diambil semasa pergi bercuti ke Penang
hujung tahun lepas [sini].


Restoran Hameediyah terletak di Campbell Street.
Tak susah pun nak cari restoran ni. Tepi jalan je.
Cuma parking la agak susah kalau nak parking dekat dengan restoran.

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Tapi hari Jumaat dia tutup kejap antara pukul 1 hingga 3 petang.


Senarai menu yang ada di sini..



Selain menu yang disenaraikan dalam gambar di atas,
ada menu special yang ditukar setiap hari.
Ini menu special semasa Cik Pya pergi hari tu..


Tapi harga untuk menu-menu special tu kan.... Masya-Allah..!
Ceq mampu tengok je la.. hahahaha





Deretan lauk pauk yang menanti untuk dipilih.



Untuk penggemar kari kepala ikan.. besar gile kepala ikan nye..!
Kalau nak pilih tu, pilih lah ikut kemampuan nak bayar ye 😁


Sotong goreng apollo.. besar kan?
Yang dalam pinggan tu harga seekor RM60 😁


Udang dan ketam menanti untuk dipilih.
Besar-besar udang nye.. Cik Pya tak sure berapa harga.


Ni pinggan kami berlima...


Cik Pya masih setia dengan ayam madu dan telur sotong.
Selalu Cik Pya ambil sayur kobis kalau makan nasi kandar
tapi kali ni Cik Pya pilih peria goreng.
Harga sepinggan nasi kandar Cik Pya ni RM26.40.
Ni nasi briyani suku je tau.. bukan penuh 😅


Selain daripada nasi kandar, kat sini juga ada dijual murtabak.
Kalau tengok tagline "Best Murtabah In Penang"



Disebabkan tagline tu, maka kami pun order lah satu.
Bungkus bawa balik. Kami order murtabak ayam cheese.
Tapi sorry.. Cik Pya lupa ambil gambar 😅

Semua muka happy sebab tercapai hajat nak makan kat sini 😋


Kalau tanya pendapat Cik Pya tentang nasi kandar di sini..
emmm.. Cik Pya lagi suka Nasi Kandar Pokok Ketapang di Butterworth.
Tapi selera tekak masing-masing tak sama kan 😊



Thursday, January 2, 2020

Happy Birthday Abe Lan

Edit Posted by with 2 comments
Hari pertama di tahun 2020, Cik Pya keluar dengan kawan-kawan.
Plan asal Cik Pya nak keluar lunch dengan anak-anak sedara.
Tapi cancel sebab restoran yang diaorang pilih tu jauh sangat
untuk Cik Pya pergi 😅

Jadi, lepas Asar Cik Pya ke Stadium Bola Sepak Cheras.
Parking kereta kat sana. Ain datang ambil Cik Pya kat situ.
Kami ke Restoran Secret Recipe Bandar Pemaisuri.
Joe dan Abe Lan dah siap sedia menanti.

Hari ni kami berkumpul untuk raikan birthday Abe Lan.
Birthday yang jatuh pada 01-01-2020.






Lepas hi tea di Secret Recipe, kami ke MyTown Cheras.
Adik Ain nak beli kasut dan nak dinner sekali kat situ.
Tapi cancel bila tengok jam dah 9.30 malam, kedai dah tak banyak nak tutup.



Keluar dari MyTown kami ke Stadium Bola Sepak Cheras semula.
Kami makan di Tapak Urban Street Dining je.






Tak sedar berborak kat situ sampai pukul 11 lebih malam.
Malam tadi sampai rumah pukul 12 lebih.
Alhamdulillah pagi ni tak liat nak bangun pagi datang kerja 😅



Wednesday, January 1, 2020

Satu Satu Dua Puluh Dua Puluh

Edit Posted by with 2 comments
Hari pertama di tahun 2020.
Semoga di tahun ini tercapai segala impian kita.
Semoga di tahun ini kita sentiasa istiqomah dalam melakukan kebaikan.
Semoga di tahun ini keimanan kita kepada Allah semakin berkualiti.


Selamat Tahun Baru 2020 😘