Wednesday, October 6, 2021

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 3

Edit Posted by with 6 comments

13-05-2021

Hari Raya Aidil Fitri

Untuk pertama kalinye CP raya sorang-sorang.
Sedih weiiii....!!!! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Pagi raya video call dengan semua family.


Tapi CP tak boleh nak cakap sangat sebab batuk.
Badan tak sihat... jadi tak larat nak duduk lama-lama.
Rasa nak baring je tapi gagahkan juga diri
sebab tak nak family semua risau.

Family tanya keadaan CP.. CP tetap jawab CP okay.
Family memang suruh pergi buat swab test.
Jawapan nya tetap sama

"Okay nanti acu pergi.."

Tapi hakikatnya tetap tak pergi juga ๐Ÿ˜”

Tahun ni tak ada hashtag OOTD Darling Pya.
Lepas ber video call, CP terus baring kat sofa.

Tapi sebelum tu sempat lah selfie sekeping gambar kat balkoni.
Whatsapp gambar tu untuk wish raya kat kawan-kawan.

Tiba-tiba masuk mesej...

"I ada gantung food sikit kat luar. Nanti u ambil tau."

Jiran depan rumah mesej. Dia gantung juadah raya kat grill.

Nampak makanan menyelerakan tapi CP tak lalu nak makan.
Sebab dah tau dah kalau makan pun tak ada rasa apa-apa.

Kembali terbaring kat sofa.
Kira nya Aidil Fitri pertama tahun 2021 ni dihabiskan dengan baring je ๐Ÿ˜ข



To be continue...





Monday, October 4, 2021

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 2

Edit Posted by with 2 comments

 10-05-2021

Hari ni dah mula rasa tak larat.
Nak masak pun dah tak daya rasanya.

Masa ni teringin sangat nak makan KFC.
So, CP order makanan menggunakan Foodpanda.
Oh..! CP tak puasa masa ni... hari kedua period.
Tu agaknya selera makan tu lain macam kot ๐Ÿ˜

KFC sampai je terus hidang.. suap je masuk mulut

"Erk.. kenapa ayam KFC ni tak sedap???"

Suap lagi...

"Eh..!! Sama juga. Kenapa tak ada rasa ni??"

Ahh..!! Sudah..!!

Terfikir.. hilang deria rasa ni salah satu simpton Covid-19 ni.

Masuk dalam bilik.. cuba sembur perfume.
Tak bau...!!!!

Makna nya bukan setakat deria rasa takde tapi deria bau pun sama 
Macam confirm kena Covid je ni.. ๐Ÿ˜จ

Hari ini juga orang datang sanitize pejabat.
Bos arahkan seorang staf yang tiada dalam senarai contact rapat pergi ke office
untuk pantau diaorang tu buat kerja.

Ni antara gambar proses sanitize yang dihantar ke dalam group whatsapp office





11-05-2021 hingga 12-05-2021

Masa ni dah langsung tak makan.
CP hanya boleh minum susu je.
Itu je lah sebagai pemberi tenaga untuk CP bertahan.

Batuk pun dah mula meriah. Badan pun dah makin panas.
CP telan je panadol dan ubat batuk yang CP beli [sini].
Walau pun dah macam tu, tetap juga CP tak pergi buat swab test ๐Ÿ˜ฅ


To be continue…





Friday, October 1, 2021

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 1

Edit Posted by with 6 comments
Seperti yang CP tulis dalam entri lepas [sini]
ada sesuatu yang menimpa CP
So, nah kita start dengan part 1 dulu...

08-05-2021

Dah mula rasa tak sedap badan. 
Tapi tak terfikir pasal kena covid sebab masa tu 
memang CP takde ke mana-mana...
Just ulang-alik rumah dan office je. 


09-05-2021 

"Assalamualaikum wbt. Dukacita dimaklumkan bahawa saya, isteri
dan anak-anak disahkan positif Covid-19 pagi tadi selepas
swab test di An-Nur. Sekian makluman."

Mesej yang diterima daripada salah seorang officemate CP pada
waktu tengahari 09-05-2021.

Ahh..!! Sudah…!! Tak kan CP pun positif juga? 

Hati dah mula risau. Doktor dari Pusat Kesihatan Universiti called. 
CP dikira salah sorang contact rapat sebab kami sama-sama datang 
ke pejabat sebelum tu ๐Ÿ˜ฐ 

But…. 

CP tipu doktor bila doktor tanya ada simpton apa-apa tak? 
CP cakap CP okay.... Tak ada any simpton pun. 

Tapi doktor suruh juga pergi buat swab test walaupun takde simpton. 
CP just cakap “okay"..

Hakikat nye CP tak pergi pun...!!
That was my BIG MISTAKE ๐Ÿ˜” 

CP called a few friends yang ada pengalaman kena covid ni. 
Tanya diaorang ubat apa yang nak kena standby and apa yang perlu dibuat. 
So, CP order ubat melalui Grab Mart. 

Antara ubat yang CP beli

CP tak bagitau sesiapa pun yang CP tak sihat. Termasuklah family. 
Kat jiran depan rumah pun CP just cakap CP self-quarantine sebab 
ada officemate positif. 

I’m so sorry jiran ๐Ÿ˜” 

Lagi pun CP tak pergi buat swab sebab CP fikir CP kan tinggal sorang.
Boleh je kuarantin sorang-sorang kat rumah..
Dan kebetulan pula masa tu kan dah dekat nak raya...
CP tak mau raya kat mana-mana pusat kuarantin.. ๐Ÿ˜ข 




 To be continue…





Tuesday, September 21, 2021

Penuh Sawang ๐Ÿ˜

Edit Posted by with 6 comments

Ya ampun...!!!
Lama nye CP biar blog ni kesepian.
Penuh bersawang dah ni... ๐Ÿ˜

Ada sesuatu yang menimpa CP...

InsyaAllah nanti CP tulis cerita nye ya....





Thursday, April 1, 2021

Hello April

Edit Posted by with 4 comments

 Good bye March...

May all our days in this month be awesome..!!

Assalamualaikum and Good Morning everyone ๐ŸŒท