Monday, October 4, 2021

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 2

Edit Posted by with 2 comments

 10-05-2021

Hari ni dah mula rasa tak larat.
Nak masak pun dah tak daya rasanya.

Masa ni teringin sangat nak makan KFC.
So, CP order makanan menggunakan Foodpanda.
Oh..! CP tak puasa masa ni... hari kedua period.
Tu agaknya selera makan tu lain macam kot 😁

KFC sampai je terus hidang.. suap je masuk mulut

"Erk.. kenapa ayam KFC ni tak sedap???"

Suap lagi...

"Eh..!! Sama juga. Kenapa tak ada rasa ni??"

Ahh..!! Sudah..!!

Terfikir.. hilang deria rasa ni salah satu simpton Covid-19 ni.

Masuk dalam bilik.. cuba sembur perfume.
Tak bau...!!!!

Makna nya bukan setakat deria rasa takde tapi deria bau pun sama 
Macam confirm kena Covid je ni.. 😨

Hari ini juga orang datang sanitize pejabat.
Bos arahkan seorang staf yang tiada dalam senarai contact rapat pergi ke office
untuk pantau diaorang tu buat kerja.

Ni antara gambar proses sanitize yang dihantar ke dalam group whatsapp office





11-05-2021 hingga 12-05-2021

Masa ni dah langsung tak makan.
CP hanya boleh minum susu je.
Itu je lah sebagai pemberi tenaga untuk CP bertahan.

Batuk pun dah mula meriah. Badan pun dah makin panas.
CP telan je panadol dan ubat batuk yang CP beli [sini].
Walau pun dah macam tu, tetap juga CP tak pergi buat swab test 😥


To be continue…





2 comments: