Monday, February 24, 2020

Saturday Makan Day

Edit Posted by with 2 comments
Sabtu lepas adalah hari makan-makan untuk Cik Pya 😅

Bermula dengan wedding kawan se-excercise yang bertempat
di Institut Latihan DBKL Cheras.
Cik Pya ke sana dengan Ain. Tapi janji berjumpa dengan
Jo, Diva dan Kak Fyda di tempat kenduri.


Meriah juga makanan nye. Ni antara yang kami makan..





Bergambar dengan pengantin sebelum pulang.



Dari Cheras, Cik Pya dan Ain meneruskan perjalanan ke
Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
Ada jemputan majlis hari jadi anak Zack.

Kat sini pun tak kurang meriah juga makanan nye.
Ada bakso, mee kari, roti jala, pelbagai jenis kuih dan desert.
Hajat hati nak makan macam-macam tapi disebabkan
tadi dah makan nasi kenduri, perut masih kenyang.


Ini je yang Cik Pya makan. Tu pun ada yang dikongsi dengan Ain.







Sebelum balik, bergambar dengan tuan rumah dan birthday girl.



To Yana dan pasangan, 
Selamat Pengantin Baru. Semoga ikatan yang dibina ni
kekal bahagia hingga ke syurga.

To Shahadatul,
Happy Birthday. Aunty doakan Shahadatul menjadi anak
yang berjaya dunia akhirat dan membanggakan keluarga.


Terima kasih to both tuan rumah yang sudi jemput kami.


Friday, February 21, 2020

KFC 20-02-2020

Edit Posted by with 3 comments
Semalam kecoh sana sini viral gambar-gambar
orang ramai beratur kat KFC gara-gara offer RM20 untuk
2 pinggan set snack plate.


Sehari sebelum tu, Cik Pya pun ada plan gak dengan office-mate
nak pergi makan KFC sebab promo tu.. konon nya nak pergi petang lah
lepas habis waktu kerja. Tapi last last kami cancel sebab tak sanggup
nak beratur panjang 😅

Tapi petang semalam Cik Pya pergi juga ke IOI City Mall ni.
Cik Pya dan Aween ada nak beli barang sikit.
Dah alang-alang ke IOI tu kami jenguk ke KFC kejap.. hehehe
Kot le mana tau orang tak ramai kan.. saje cuba nasib 😁

Fuhh!!! Orang berbaris sampai keluar KFC tu 😅


Tengok barisan panjang, kami terus blah dari situ.
On the way nak ke Watsons, terserempak dengan kawan lama.
Kawan masa di Kolej MARA Kulim dulu... Rayme nama nye.


Oh ya! Rayme ada buat single. Video nye dah di upload di Youtube



Berbual kejap je sebab Rayme pun ada hal dengan kawan-kawan dia.
Lepas tu Cik Pya dan Aween terus ke Watsons.
Dah selesai beli barang, kami singgah minum di Chizu.
Dah lama Cik Pya teringin nak minum air kat Chizu ni.

Semalam Cik Pya order air Purple Rice + Yogurt + Cheese Pudding.
Ni antara best seller kat Chizu ni.
Sedap air nye.. tak manis. Rasa masam-masam yogurt dan
masin-masin cheese..


Pastu kami makan kek Almond Tiramisu share berdua.
Kek ni pun sedap.. tak manis. Meriah dengan almond.


Aween order air Haw Flakes Purple Rice + Yogurt



Okay dah mula jatuh cinta dengan Chizu ni
Lepas ni boleh datang lagi. Nak try air dan kek lain pula 😁



Wednesday, February 19, 2020

WW#109 Birthday Gifts

Edit Posted by with 2 comments
Antara hadiah birthday yang Cik Pya dapat untuk tahun ni

Tudung bawal chiffon hadiah daripada Hetty; anak sedara Cik Pya.
Special tudung ni sebab batu-batu dia jahit sendiri.


Handbag hadiah daripada Teh; kakak Cik Pya yang ke-6.


Shawl bersulam kan nama Darling Pya.. hadiah daripada Elmi.
Ni pun special sebab sulaman tu dibuat sendiri oleh bff Cik Pya ni.


Teddy bear cute daripada my ex-boss; Pn. Maziah


Backpack jeans dari Krabi. Hadiah daripada anak sedara Cik Pya; Anuar dan wife.


Sling bag hadiah daripada abang Cik Pya; Lang.
Ni Cik Pya pilih sendiri di Parkson Plaza Merdeka Kuching Sarawak.


Haa... yang ni terlebih special sebab yang ni Cik Pya yang hadiahkan untuk diri sendiri.
First time Cik Pya beli botol Starbucks. Ni gara-gara terpikat dengan warna pink 😅


Karpet penuh bunga-bunga cinta daripada Cik dan family.
Dari awal lagi Syikin dah cakap tahun ni nak hadiahkan karpet.
Nak gantikan karpet yang Cik Pya buang sebab penuh dengan kaca
gara-gara cermin meja kopi pecah [sini]


Cik Pya hargai semua hadiah yang diberi.
Kecil, besar, murah atau mahal bukan ukuran.
Terima kasih banyak-banyak.
Sayang korang semua ketat-ketat 💜


Terima kasih daun keladi
Tahun depan jangan lupa bagi lagi 😁





Friday, February 14, 2020

Food Walk:: Tail & Fin

Edit Posted by with 2 comments
Korang penah makan kat Tail & Fin ni tak?


Cik Pya dan Ain first time makan kat sini.
Kami makan di restoran cawangan MyTown.

Restoran berkonsepkan layan diri.
Cuma beza nya kita kena key in menggunakan ipad yang disediakan.
Tak payah order di kaunter macam restoran layan diri yang lain.



Ada juga disediakan buku menu untuk rujukan kita.


Selepas confirm dan submit order, kita akan diberi table locator ni.
Kat situ ada tulis nombor meja. Nak bayar nanti kena bawa table locator ni
ke kaunter bayaran.


Cik Pya order T&F Poke Ultimate... ada ikan salmon dan ikan tuna.
Pastu ada campuran sayur seaweed salad, romaine lettuce,
kobis purple, tomato dan bawang. Kat bawah sekali ada nasi.


Ain pula order The Omega.. boleh pilih samada nak ikan salmon atau tuna.
Ain pilih ikan salmon. Pastu ada campuran surimi crab, romaine lettuce,
tomato, bawang, jagung dan toasted multigrain. Sama macam menu Cik Pya,
kat lapisan bawah ada nasi.


Kedua-dua kami pilih set. Set nya ada sup dan air green tea.


Ada rajah yang menunjukkan cara nak makan poke bowl.


Dua-dua menu kami pilih ni sedap...!!
Cuma menu Cik Pya tu tak berapa pedas.
Ain punya ada rasa pedas-pedas sikit.


Masa kami pergi tu kan, orang tak ramai pun.
Walau pun, masa tu weekend.
Emm.. mungkin orang belum familiar kot dengan restoran ni.



Boleh google kalau nak tahu kat mana lagi location Tail & Fin.




Thursday, February 13, 2020

Bercuti Empat Hari Tiga Malam Ke Kuching Sarawak

Edit Posted by with 2 comments
Bertolak ke Kuching pada pagi Jumaat 07-02-2020.
Ahli rombongan seramai 12 orang + Mimi yang dah menunggu di sana.
Seperti biasalah menggunakan perkhidmatan Air Asia 😁



Disebabkan masalah coronavirus sekarang ni
jadi, semua penumpang perlu isi satu borang untuk
declare kan keadaan kesihatan kita.


Antara tempat yang sempat kami lawat sepanjang 3 hari di sana.
Sebab hari keempat kami bertolak balik flight pagi.

Kedai Kek Lapis Warisan.
Pertama kali Cik Pya ke sini. 
Dapat juga pengalaman buat kek lapis.. walau pun cuma selapis je 😄




Berjalan di sekitar Waterfront siang dan juga malam.






Kalau waktu malam, ada pertunjukan musical fountain.
Depan Dewan Undangan Negeri Sarawak.




Kampung Budaya Sarawak.
Harga tiket masuk ke Kampung Budaya ni dah naik.
RM85 untuk harga tiket biasa. Tiada diskaun lagi untuk warga emas.
Harga tiket student pula RM60 tapi hanya untuk pelajar di Negeri Sarawak je.









Damai Beach.. ambil angin pantai.
Kuat ombak nya. Ada naik bendera merah.
Mungkin sebab tu tak ada orang mandi kot.



Pasar Kubah Ria.
Abang dan kakak-kakak borong ikan terubuk masin kat sini.
Serta beli gula apong dan pes laksa untuk di bawa balik ke Semenanjung.



Pasar Serikin.
Pasar yang dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Hari Sabtu buka sampai petang kalau Ahad sampai pukul 2 petang je.
Panas gile wei... 😅



Mira Cake House.
Cari kek yang tak ada di kedai Kek Lapis Warisan.


Bergambar di tugu Kuching.



Antara makanan Sarawak yang sempat dicuba.

Mee kolok.
Pelbagai variasi mee kolok. Lain restoran lain cara hidangan nye.




Lupa la ayam masak apa ni.
Makan di Kampung Budaya Sarawak.


Lempeng Sagu Gula Apong.
Ni dijual di Rumah Melanau kalau tak salah Cik Pya dalam
Kampung Budaya tu. 


Laksa Sarawak.
Kami makan laksa ni di Pekan Bau.
MasyaAllah sedap gile..!!


Nasi Goreng Ikan Terubuk.


Ular Panas
Haa...!! Yang ni nama nye agak mengerikan sikit.
Bukan la makan ular betul tu tau..
Sebenarnya ni air herba.
Tapi scary kan nama dia? 😅


Pelbagai jenis roti di Kedai Kopi O Corner.
Antara nya Roti Canai Moon, Roti Robin Hood dan Pratha Roll.




Terbang balik ke Kuala Lumpur pagi Isnin 10-02-2020.



Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA2 jam 12.10 tengahari.
Tamat sudah percutian 4 hari 3 malam kami sekeluarga.
InshaAllah nanti kita plan ke tempat lain pula ye 😁