memang tak akan Cik Pya lupakan sampai bila-bila.
Trauma pada barang berkaca masih terkesan hingga
ke hari ni 😩
Pagi Sabtu lepas bangun tidur, masa Cik Pya nak bangun berdiri
Cik Pya tekan coffee table di ruang tamu untuk support diri
(malam tu Cik Pya tidur bentang toto kat ruang tamu).
Nak dijadikan cerita, coffee table tu pecah..!!
Badan Cik Pya pula masa tu tak stabil so, terus terjatuh kena tepi meja.
Leher Cik Pya tersagat pada kaca meja (tengok anak panah).
Melihat darah meleleh banyak
"Allah..!! Kena urat nadi ke??"
Terus bangun masuk ke bilik air. Cik Pya buka air shower, berdiri di bawah
shower biarkan air mengalir. Satu bilik air penuh dengan air darah.
Tengok kat cermin nampak kulit terkoyak.
Ya Allah! Dalam hati takut hanya Allah saja yang tahu.
Keluar bilik air, Cik Pya ambil towel tekupkan kat tempat luka.
Cik Pya duduk kat sofa sambil mulut tak henti sebut "Allah".
Dalam hati berdoa semoga kaca tersebut tak kena pada urat nadi.
Masa duduk tu tengok kat lantai penuh dengan darah.
Lepas Cik Pya buka towel tu, tengok darah macam dah berhenti.
Masa tu terasa lega sikit. Capai tudung terus gerak pergi ke klinik.
Cik Pya ke Klinik As Salam di Seksyen 7 Bangi.
Sampai klinik, doktor tak nak terus jahit katanya sebab luka tu dalam.
Lepas cuci dan tampal untuk cover tempat luka tu, doktor buat surat
suruh refer ke hospital.
Cik Pya balik rumah. Tukar baju pakai baju yang mudah untuk
doktor kat hospital rawat luka kat leher tu nanti.
Kemudian Cik Pya terus ke bahagian Emergency Hospital Serdang.
Ya..! Cik Pya uruskan semua sorang diri.
Cik Pya tak call bagitau sapa-sapa pun termasuk family atau jiran sebelah.
Cik Pya tak nak orang risau. Dalam hati berdoa semoga urusan
di hospital dipermudahkan.
Alhamdulillah urusan pagi tu memang mudah.
Cik Pya tak kena tunggu lama untuk dibawa ke bilih rawatan.
Bila doktor check dia bagitahu tak ada yang serius. Kaca tu tak kena
pada mana-mana urat atau mana-mana otot yang ada di leher.
Katanya cuma lapisan kulit je yang koyak.
Allah! Syukur sangat-sangat. Rasa nak menangis.
Doktor minta MA jahitkan kulit yang terkoyak.
Muka happy lepas tahu tak ada yang serius.
Masa ni dah selesai kena jahit kat leher dan dah nak balik.
Erk.. ter show off muka tak mandi pagi kat public 😁
Masa kat parking, barulah Cik Pya hantar mesej pada
whatsapp group family ceritakan hal yang berlaku.
Dan tak lupa juga upload gambar tu kat dalam Instagram dan FB.
Lepas pada tu bertalu-talu mesej masuk 😅
Kat Whatsapp, kat FB dan kat Instagram. Ada juga yang call.
Cik Pya nak ucap terima kasih pada family dan kawan-kawan
yang sudi mesej atau call untuk bertanya khabar.
Dan terima kasih juga yang mendoakan kesembuhan Cik Pya.
Isnin dan Selasa Cik Pya ke Klinik As Salam untuk cuci luka.
Hari Rabu Cik Pya dah tak pergi sebab Cik Pya bagitau
nak cuci sendiri je kat rumah.
Esok (13-12-2019) inshaAllah kalau tak ada apa-apa
jahitan dileher ni akan dibuka. Mohon kawan-kawan tolong doakan
kulit leher Cik Pya ni dah bercantum ya dan luka ni cepat sembuh 😊
semoga cepat sembuh, aamiin ^_^
ReplyDeleteUmi Nazrah:
ReplyDeleteAmeen. Alhamdulillah luka dah kering.
Cuma ada a few part yang tak bercantum