pagi tu kami cuma habis kan segala makanan yang ada kat rumah
maklum lah pukul hari ni dah nak check out dah
Dalam pukul 12 tengahari kami check out dari situ
teksi datang ambil kat rumah tapi bukan terus ke jeti
Kami pusing-pusing melawat sekitar Pulau Pangkor dulu
bayaran yang dikenakan untuk satu teksi RM100
kalau waktu normal bukan hari cuti umum cuma RM80 sahaja
Tempat pertama kami singgah di puncak (rasa nya puncak kot..hahaha)
untuk ambil gambar nampak permandangan laut dari atas
Kemudian kami dibawa ke Kilang Ikan Satay Hai Seng Hin
kakak-kakak dan abang ada lah membeli kat sini
Cik Darling tak beli apa pun sebab malas nak bawa.. hahaha
Dari kilang satay kami ke Kuil Fu Lin Kong
sebuah kuil lama di Pulau Pangkor ni
ramai orang sebab hari ni hari raya Tahun Baru Cina
Lepas tu kami dibawa ke Galeri Pangkor
banyak artifak sejarah dipamerkan di galeri ni
Destinasi terakhir sebelum ke jeti
kami dibawa ke Kota Belanda yang terletak di Teluk Gedung
tak jauh pun dari jeti
Kami naik bot dalam pukul 2 lebih untuk balik ke tanah besar
Tamat lah sudah percutian kami sekeluarga di Pulau Pangkor
selama empat hari tiga malam
lagi bertambah best kalau dua orang abang dan dua orang kakak ipar
Cik Darling dapat join kami semua
sampai rumah semua dah kepenatan
Cik Darling nak ambil kesempatan kat sini
nak ucap terima kasih pada abang yang belanja kami semua makan besar
semasa di Restoran Abe Tomyam
terima kasih juga pada anak sedara Cik Darling; Noni yang belikan
kek tiramisu yang sedap untuk birthday kami malam tu
terima kasih juga untuk kakak yang beli kan pavlova yang comel dan sweet
Dan Cik Darling juga nak mohon ampun dan maaf
andai ada yang terkurang atau ada yang tak berpuas hati
maklum lah I ni kan organizer tak bertauliah.. hehehehe
InsyaAllah panjang umur nanti kita pergi bercuti kat tempat lain pula
ada rezeki kita ke Sabah pula baaa :)
Seronok cuti ramai2 kan. Tapi penat juga nak plan tu. Kalau semua bekerjasama senang.
ReplyDelete