tak dapat lah kami solat subuh di Masjid Nabawi
jadi, pagi tu kami solat kat hotel saja
suasana bilik kami empat beradik.. abaikan keadaan bilik tu ye
Lepas sarapan, dalam pukul 7 pagi kami semua berkumpul
untuk pergi ziarah di Masjid Nabawi
Alhamdulillah jarak hotel dengan masjid cuma 150 meter sahaja
Tempat pertama yang dituju semestinya Makam Nabi Muhammad S.A.W
di belakang Cik Darling tu ialah jalan masuk ke Raudah
Beza sangat dengan Cik Darling pergi sebelum ni
kalau sebelum ni Cik Darling pergi bulan Mac [sini] dan April [sini]
pergi bulan Disember ni mudah.. jemaah tak ramai
Alhamdulillah tak teruk nak berebut bersolat di Raudah
mengalir air mata terkenangkan arwah emak
teringat kenangan terakhir Cik Darling bersama arwah di sini
Usai, solat sunat dan berdoa di Raudah
kami keluar untuk beri laluan kepada jemaah lain pula
Bergambar sebagai tanda kenangan kami empat beradik
belakang kami tu lah laluan keluar dari Raudah
Ni gambar Cik Darling bersama Ustazah Fazilah
ustazah yang menjadi ketua untuk lawatan kami ni
Keluar dari Raudah, Ustaz Nasri yang menjadi mutawif kami dari Malaysia
minta kami semua berkumpul di dataran Masjid Nabawi
Di sini kami diberi ceramah ibadah mengenai Kelebihan Bumi Madinah
kemudian kami mengabadikan kenangan bergambar bersama ahli rombongan
Cik Darling pun tak lepaskan peluang bergambar bersama ahli keluarga
Selesai lawatan di Masjid Nabawi, kami berjalan menuju ke muzium
muzium yang menceritakan sejarah bumi Madinah, kisah Nabi
dan juga muzium nama-nama Allah
kedudukan muzium cuma bersebelahan dengan Masjid Nabawi
tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ni
Habis melawat muzium kami terus balik ke hotel
nak rehat sebelum datang semula untuk solat zohor
petang nya acara bebas sehingga waktu solat Asar
Selepas solat Asar, kami semua berkumpul di tempat makan
ada ceramah ibadah kedua.. ulangkaji ibadah umrah
Selesai ceramah, Cik Darling bersama Kak Leeza dan Habib
keluar jalan-jalan ke mall sementara nak tunggu waktu Maghrib
dua orang lagi kakak berehat kat bilik je.. tak nak ikut
Singgah ke butik... survey jubah.. rambang mata
semua nya cantik-cantik.. siap duit je laaaaaaa
Sempat juga kami mencuba pizza Arab.. Kak Leeza belanja
Sebaik habis makan, terdengar azan Maghrib
kami bertiga terus bergegas ke masjid
janji nak datang semula bersama dengan dua orang lagi kakak
Berlatarbelakangkan suasana orang ramai keluar dari masjid
Allah.. syahdu sangat dengan cuaca yang dingin
Kami berlima pusing-pusing dalam mall
survey harga untuk barang apa yang berkenan
kemudian berjalan kaki balik ke hotel
Lepas dinner, naik ke bilik.. rehat
kemudian tak sedar jam berapa semua dah zzzZZZZzzzzzz...
...to be continue...
Acu beli tak jubah yang Acu gayakan tu? Cantik... :)
ReplyDelete