Destinasi pertama ialah Masjid Quba
masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat ini
di mana Nabi Muhammad S.A.W sendiri turut serta
dalam pembinaan masjid ini
Barang siapa yang solat dua rakaat di sini ganjarannya
sama seperti pahala mengerjakan satu kali umrah
Destinasi kedua kami ialah Jabal Uhud
lokasi yang pernah menjadi medan perjuangan
dan menyaksikan para syuhada gugur pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah
juga merupakan salah satu bukit terbesar dan terpanjang di Madinah
Di sini juga tempat persemadian Sayyidus Syuhada Hamzah Abdul Muttalib
bersama dengan 70 orang syuhada yang lain
Di sini juga terdapat satu bukit kecil yang dipanggil Bukit Memanah
Nabi pernah mengarahkan 50 orang pemanah mengambil tempat
di puncak bukit ini untuk melindungi bahagian belakang tentera Islam
Di sini juga terdapat ramai peniaga yang berniaga di kaki bukit
dan juga sepanjang jalan menuju ke bukit Uhud
harga yang ditawarkan di sini juga berpatutan
tapi bargain skill tetap memainkan peranan yang penting
Oh! ya jangan lupa makan ais krim sedap ni
kalau berkunjung ke sini.. harga sama saja SR3
Destinasi terakhir kami ialah ke Kebun Kurma
macam-macam jenis kurma ada di sini
pilih saja mana yang mau ikut harga yang kita mampu
selain kurma, pelbagai jenis buah kering yang lain,
kacang-kacang dan coklat turut di jual di sini
Dari Kebun Kurma kami terus balik ke hotel
nak siap-siap untuk solat Jumaat di Masjid Nabawi pula
Berlatarbelakangkan suasana selepas solat Jumaat
dan keadaan payung di luar Masjid Nabawi berkembang
Aktiviti bebas selepas solat Jumaat hingga ke malam hari
selepas isyak kami berlima pergi shopping
sebab esok kami dah nak bertolak ke Mekah
Balik dari shopping, busy packing beg
malam terakhir di kota Madinah
air mata gugur satu persatu
entah bila berpeluang lagi ke sini
...to be continue...
0 xoxo:
Post a Comment