Tuesday, March 10, 2020

Mohon Doa Daripada Semua

Edit Posted by with 4 comments
"Mohon doa untuk Kak Mide kau.
Semoga yang terbaik dan dipermudahkan untuk dia.
Sekarang dia bla.. bla.. bla.."

Allah.. tak sanggup nak tulis habis mesej panjang lebar
yang Cik Pya terima daripada Dr Tim mengenai kesihatan Kak Mide.

Jadi nya, hari Ahad tu sebelum keluar dating [sini]
Cik Pya ke Hospital Putrajaya dulu dengan Kak Ju.
Kak Ju ni salah seorang pegawai di ofis Cik Pya.

Cik Pya ambil Kak Ju kat rumah.
Asalnya nak terus ke hospital tapi risau pula takut tak ada parking.
Maklum le.. hujung minggu kan. Mesti ramai pelawat kan..
dan mesti tak ada parking kosong kan..

Jadi, Cik Pya parking kereta kat ofis pastu ambil grab ke hospital.
Sekali kan, tengok parking hospital.. KOSONG..!! 😅
Emm.. takpe lah.. rezeki untuk abang grab lah.


Masuk je kat lobi utama hospital tu kan.. Mak oi..!! Lengang..!!
Ada 3-4 orang je kat lobi tu.
Kaunter pertanyaan kosong. Tak ada petugas.
Tak tahu lah kot masa tu staf keluar rehat sebab tu kosong.

Gambar diambil selepas ziarah Kak Mide

Kami terus ke wad ICU yang terletak di tingkat satu.
Jumpa 2 orang staf ofis yang sedia menanti untuk masuk.


Wad ICU kan tak boleh masuk beramai-ramai kan
so, diaorang tengah tunggu giliran sebab kat dalam tu
dah ada saudara Kak Mide.

Lepas 2 orang staf tu keluar baru Cik Pya dan Kak Ju masuk.
Belum pun sampai ke katil Kak Mide, air mata dah berderai.
Tengok Kak Mide terbaring kaku tak bergerak.. Allah..!!
Tak tau nak cerita macam mana perasaan yang Cik Pya rasa 😢

Assalamualaikum Kak Mide.

Ni Pya datang dengan Kak Ju nak ziarah akak.

Akak, saya tahu akak kuat. Akak kena lawan.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk akak.

Akak, saya mohon maaf atas semua salah silap saya pada akak.

Minta halalkan semua makan minum selama kita kenal.

Saya maafkan semua salah silap akak pada saya.

Saya halalkan semua makan minum dan pemberian saya pada akak.

Semoga akak terus kuat...


Tak boleh nak cakap banyak dan tak boleh nak tunggu lama.
Tak sanggup nak tengok keadaan Kak Mide macam tu.
Air mata tak henti mengalir. Hingga ke saat ni pun,
bila teringat mesti automatik air mata akan turun 😢

Siapa Kak Mide ni?

Kak Mide ni salah seorang pegawai di ofis Cik Pya.
Tapi pada Cik Pya, dia bukan setakat pegawai je.
Dia teman travel dan Cik Pya dah anggap dia macam kakak sendiri dah.

Seorang kakak yang banyak beri Cik Pya nasihat dan tunjuk ajar.
Selalu nasihatkan Cik Pya pasal agama.
Seorang kakak yang sangat ceria.
Ada saja cerita lucu yang akan keluar daripada mulut dia.

Kami mula travel bersama masa tahun 2005 ke Perth Australia.
Tapi masa ni Cik Pya belum kenal rapat lagi sebab kami berlainan pejabat.



Kami mula rapat masa ke Phuket tahun 2007.
Sebab dalam trip tu cuma kami berdua je perempuan yang joined.
Bila dah jadi roommate, barulah saling kenal mengenali.. cewaahh!!



Haa.. start daripada tu, merata la juga tempat yang kami travel sama.
Ke Jakarta, Bandung, Turkey, Eastern Europe, Taipei, Vietnam (untuk pertama kali).






Yang terakhir kami travel sama ke Bukittinggi Indonesia tahun 2017.



Hujung tahun lepas Kak Mide dah mula sakit.
Dia ada masalah dengan kulit dia.
So, Cik Pya memang dah lama tak jumpa dia.
Last Cik Pya jumpa dia bulan November 2019.
Masa tu ada event Sambutan Maulidur Rasul kat ofis.
21 November 2019.. tu lah last day Cik Pya jumpa dia.
Masih boleh bergelak ketawa.. bersembang macam-macam hal.

Kemudian Cik Pya dah tak jumpa dia sehinggalah Ahad lepas
Cik Pya jumpa dia dalam keadaan terbujur kaku.
Dia ditidurkan oleh doktor untuk sementara waktu.

Suami Mide dah dimaklumkan oleh doktor Putrajaya
yang Mide dah disahkan Lymphoma Cancer stage 3-4.

Mesej yang dihantar oleh Dr Tim hari Jumaat lepas (06-03-2020)
ke group Whatsapp ofis.

Dikesempatan ini, Cik Pya mohon jasa baik kawan-kawan semua
untuk mendoakan yang terbaik untuk Kak Mide.
Mungkin ada di antara doa kawan-kawan yang diangkat tanpa hijab.
Thank you in advance 😘



4 comments: