Memulakan pagi raya ni dengan mandi sunat Aidilfitri.
Sebelum solat sunat, kami bersarapan dahulu.
Dalam 9.30 pagi baru kami solat sunat Aidilfitri.
Dalam pukul 11 kami siap-siap untuk keluar beraya.
Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah kakak Cik Pya
di Bandar Tun Hussien Onn Cheras.
Tahun ni kakak tidak menerima tetamu luar melainkan family terdekat sahaja.
Sebab kakak pernah terkena virus Covid-19 jadi, kakak mengambil langkah
berjaga-jaga. Risau terkena balik jangkitan tu.
Meriah makanan kat rumah kakak.
Menu feveret kat sini Mee Nyonya 😋
Dan juga swiss roll yang sedap ni.
Selain kami, tetamu lain ialah family Habib; anak sedara Cik Pya.
Semasa di rumah kakak, sempat juga lah kami vc dengan family di kampung.
Hilang sekejap rindu dapat berbual dengan diaorang.
Bergambar kenangan sebelum bergerak ke lokasi lain.
Yeaayyy...!! Dapat duit raya..!!!
Thank you Teh yang tak pernah missed bagi duit raya setiap tahun.
And thank you Amzar bagi acu duit raya 😁
Dari Cheras kami ke Kelana Jaya pula.
Beraya di rumah Habib.
Cik Pya suka rendang ayam yang mak mertua Habib masak.
Sedap sangat makan dengan nasi impit.
Sempat juga lah Cik Pya ber OOTD kat rumah Habib 😅
Baju Cik Pya hari ni dari Butik Mis Claire.
Hari ni mood nak ber OOTD ni ke laut sikit.
Sebab baju yang sepatut nye Cik Pya pakai untuk hari raya pertama ni
sebenarnya baju lain.. baju kebaya yang sebenarnya.
Tapi tak ada rezeki. Parcel tu masih tersangkut di Pos Laju Bangi 😭
Baju yang Cik Pya pakai hari ni sebetulnya tak ada dalam list baju raya pun 😞
Baju ni Cik Pya beli untuk dipakai bila start masuk pejabat nanti.
Emmm... sedehhhhh...!!!
Tak lama lepas tu, family Teh pula sampai.
Tadi masa kat Cheras tak habis berborak, sambung pula berborak kat sini 😅
Malam nye usai solat Isyak berjemaah, sesi bermaafan sesama kami
yang berada di rumah abang ni.
Dannnnnnnn... Cik Pya dapat lagi angpau... yeeayyy..!!!
Thank you Lang sebab tahun ni bagi duit raya lebih.
And thank you Fazmil bagi acu duit raya.
Empat angpau untuk hari ni... alhamdulillah...rezeki 😁
0 xoxo:
Post a Comment