Tuesday, May 12, 2020

Rezeki Dapat Berbuka Di Kampung

Edit Posted by with No comments
Khamis lepas (07-05-2020), rezeki Cik Pya dapat balik ke Kedah ๐Ÿ˜Š

Uiks... macam mana boleh sampai ke Kedah time PKPB ni?
Bukan ke tak boleh merentas negeri??

Cerita dia macam ni...

Kan kerajaan keluarkan arahan boleh merentas negeri
untuk orang-orang yang terkandas masa PKP fasa 1.
Dengan syarat kena buat permohonan melalui apps Gerak Malaysia.
Dapat kelulusan baru boleh balik.
Dan perjalanan mesti dilakukan di antara tarikh 7hb hingga 10hb.
Kena ikut jadual perjalanan yang dah ditetapkan ni.


Mengikut jadual, perjalanan dari Kuala Lumpur adalah pada 7hb.
So, Cik Pya saje cuba nasib... isi maklumat permohonan kat apps.
Alhamdulillah.. tanpa banyak soal, terus dapat kelulusan ๐Ÿ˜



Terus lah called anak sedara Cik Pya di Kelana Jaya.. ajak dia balik sekali.
Dia pun buat permohonan dan alhamdulillah lulus juga.
So, lepas zohor Cik Pya terus gerak ke rumah dia.
Parked kereta kat sana and gerak balik ke Kedah naik kereta dia.


Allah je yang tau betapa happy nye kami dapat balik ke kampung.
Last balik sana masa cuti CNY bulan Januari hari tu.
Nampak tak muka riang tu bila dah sampai kampung??


Esok nya 8hb Cik Pya keluar dengan kakak dan anak sedara cari juadah berbuka.
MasyaAllah very the meriah lah kat Kedah ni.
Lupa pula nak ambil gambar, yang ada gambar beli buah je..


Petang tu dapat berbuka beramai-ramai. Walaupun tak semua balik,
tapi yang ada ni pun tetap meriah.


Dapat makan ayam golek special dari Rimba Rasa.
So sedappppppp!!!


Kakak ipar pula masakkan kurma kambing.
Ya Allah! sedap sangat tau ๐Ÿ˜‹


Yang lagi best tu, dapat makan murtabak feveret.
Beli kat bazar. Tapi tahun ni dah naik harga.
Selama ni harga dia RM1 je sekeping, kali ni dah harga RM2.


Lepas berbuka, malam nya kami bertarawih bersama-sama.
Abang Cik Pya jadi imam.
Allah.. nikmat yang tak dapat dibeli. Syukur ๐Ÿ˜


Hari Sabtu 9hb adalah hari pergerakan balik dari Kedah ke KL.
So, pagi tu sekali lagi isi semula permohonan.
Alhamdulillah tak ada masalah. Terus lulus je.


Kami bertolak balik lepas solat Zohor.
Tapi sebelum balik tu singgah ziarah kubur arwah GulaHati.


Perjalanan lancar je.. kereta tak banyak pun.


Alhamdulillah walaupun dapat balik sekejap je tapi Cik Pya tetap rasa happy.
Terubat rindu pada family di kampung.




0 xoxo:

Post a Comment