Tuesday, July 21, 2020

Food Walk:: Early Dinner Di Sopoong

Edit Posted by with 6 comments
Minggu lepas Cik Pya dinner di Restoran Korea Sopoong
yang terletak di aras 2 IOI City Mall.


Cik Pya pergi dengan dua orang lagi office-mate.. Awin dan Apek.
Early dinner gitu sebab time tu baru pukul 6 petang.
Tu pun gara-gara Apek kelaparan sebab tak lunch.

Ke restoran makanan Korea sebab Apek teringin nak merasa jajangmyeon.
Kata nye dia belum pernah sekali pun makan jajangmyeon.

Kenapa pilih Restoran Sopoong?

Sebab ketiga-tiga kami ni belum pernah lagi makan kat sini.
So, ni first time lah kami nak mencuba makanan di sini.
Harap-harap tu kena lah dengan anak tekak kami πŸ˜‰

Cik Pya suka deco restoran.. nampak tenang je.
Kebetulan masa kami sampai tu, orang tak ramai.



Apa yang kami order?

Walaupun pada asalnya Apek yang nak makan Jajangmyeon
tapi kesudahannya Cik Pya yang oder makanan tu 😁


Set Jajangmyeon yang Cik Pya order ni datang sekali dengan 1/2 Topokki.


Apek oder set Dosirak. Dosirak ni pun dia belum pernah makan.


Set Dosirak ni dapat sekali dengan Gyeranjjim (telur kukus).


Apek teruja nak cuba Dosirak ni sebab sebelum makan
kan kena goncang-goncang dulu bekas tu supaya semua bahan dalam
tu bergaul sebati...


Tapiiii.... nan hado... Apek goncang tak kuat.
Bahan-bahan tu tak bersatu pun πŸ˜…
Cik Pya lupa pula nak ambil gambar Dosirak selepas digoncang Apek.

Awin pula order set Bokkeum Udon.
Boleh pilih tahap kepedasan udon tu.. nak mild atau spicy.
Awin ni seorang yang tak tahan pedas so, dia pilih mild.
Banyak gile udon dia.. memang sesuai la kalau perut tengah lapar.


Order set ni akan dapat sekali dengan Gimbap.


Semua set tu dapat sekali dengan air Ice Green Tea.
So, tak payah pening-pening nak fikir air apa nak minum.


Dan juga dapat salad dan kimchi.


Sebagai penutup, kami order Manggo Bingsu.
Kata waitress kat situ, Manggo Bingsu ni antara best seller.
So, kami order satu share tiga orang 😊


Emmm.... lumayannnnn... πŸ˜‹


Muka masa ni masing-masing tak sabar nak makan.


Habis makan.. masyaAllah.. cekang perut.. Kenyang gile..!!! πŸ˜…

Over all makanan kat sini kira ok lah.. not bad rasa nye.
Boleh lah kalau nak repeat lagi next time 😊



6 comments:

  1. Mostly banyak yang tak pernah makan. kimchi, kimchi jjigae, tteokbokki je lah yang biasa order pun. Teringin nak rasa Jajangmyeon tu. macam mee kicap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm.. tak juga. Sebab sos dia tu campuran black beans dan daging. Kalau suka makan pedas, jajangmyeon ni mesti tak kena dengan tekak.. hehehe

      Delete
  2. Mak nak sebut nama-nama makanan tu pun tergheliat lidah...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. sama la mak. Ada juga yang acu tak reti nak sebut

      Delete
  3. Acuuuuuu...sedapnyaaaa...lagi sedap tgok Mango Bingsu tu...siyes menyelerakan...

    ReplyDelete