Tarikh:: 14-04-2012 (Sabtu)
Cuma lebih kurang sepuluh minit perjalanan
dari Masjid Quba' [sini] untuk ke kebun kurma nie
Bumi Madinah memang tak dapat dipisahkan dengan kurma
ada yang mengatakan terdapat beratus-ratus jenis kurma
Pokok kurma yang sekali imbas seperti pokok kelapa sawit je
Nampak tak putik warna kuning kat atas tu???
masa acu pergi nie kebanyakan pokok kurma masih berputik
mungkin sapa yang pergi hujung bulan Mei nie dapat tengok
buah yang masak kat pokok nya kot..
Nie kunjungan kali kedua acu ke kebun kurma nie
tapi tetap juga ada perasaan teruja macam pertama kali je
macam budak-budak kan??? hahahahaaa :p
Pilih sahaja kurma mana yang kena dengan selera kita
Selain kurma, aneka coklat, kacang dan buah-buah kering lain
turut dijual di sini
Satu rahsia yang acu nak bagitau pada semua
sebenar nya harga buah kurma yang dijual kat kebun nie
tidak lah murah seperti yang kita bayangkan pun
Murah lagi kalau kita beli di kedai luar
cuma mungkin psikologi manusia
bila datang ke ladang mesti harga murah..agak nye la kot
sebab tu lah acu tengok jemaah borong sakan
tak kira lah jemaah Malaysia, Indonesia mahu pun Brunei
Tak cukup riyal??? jangan risau
matawang yang tersenarai di bawah nie diterima di sini :)
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Tuesday, May 8, 2012
Monday, May 7, 2012
Ganjaran Pahala Sunat Dua Rakaat Seperti Pahala Umrah
Edit Posted by Darling Pya with 12 commentsTarikh:: 14-04-2012 (Sabtu)
Hari Sabtu yang penuh ketenangan nie rombongan di bawa
melawat beberapa tempat di sekitar Madinah
Lawatan pertama kami ke Masjid Quba'
Merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat ini
Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan
mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah
secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’
berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Rasulullah SAW ada bersabda :
untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti
pahala menunaikan umrah” - (HR Ibnu Majah).
Bayangkan betapa besar nya pahala kalau kita solat sunat dua rakaat di sini
tahun lepas [sini] acu tak dapat pahala nie sebab tak buat sunat kat sini
syukur...tahun nie ada rezeki untuk acu :)
Persekitaran masjid dipenuhi dengan peniaga-peniaga yang menjual
pelbagai jenis barang...dari makanan hingga lah pakaian
Permandangan biasa kita lihat dengan peniaga-peniaga nie semua
yang luar biasa nya yang acu lihat ialah ramai budak-budak
jadi penjaja...menghimpit orang ramai "memaksa" orang
untuk membeli barangan yang dijual
Ada yang berani ikut hingga ke atas bas
driver halau suruh turun pun tak nak turun
driver dah jalan pun dia boleh buat selamba
Nampak tak muka driver bas acu marah???
Firasat acu mungkin ada sindiket yang hantar budak-budak nie
sama macam kita kat Malaysia...sindiket peminta sedekah
cuma beza nya diaorang nie berniaga bukan minta sedekah
Nasihat acu, cuma berhati-hati saja dengan diaorang nie semua
kalau tak bernasib baik, hilang duit yang dibawa
sebab ada antara nya "cepat" tangan
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Friday, May 4, 2012
Keajaiban Di Kebun Syurga Masjid Nabawi..Syukur Ya Allah
Edit Posted by Darling Pya with 19 commentsTarikh:: 13-04-2012 (Jumaat)
Sebaik urusan selesai di Airport Madinah [sini]
kami dibawa menaiki bas terus ke hotel
tahun nie acu menginap di Rehanah Mubarak Hotel
Sama seperti tahun lepas [sini] hotel nie dekat dengan Masjid Nabawi
tapi agak jauh untuk ke pintu ruang solat wanita
kesian juga kat emak acu kena jalan jauh
yang untung orang lelaki sebab dekat :)
Maghrib ada lah solat pertama acu di Masjid Nabawi
Zohor dan Asar cuma jamak di bilik saja
Uiks...siap bertutup litup muka acu
jangan terkejut...acu pakai macam tu sebab tak tahan dengan cuaca sana
masa acu pergi nie cuaca nya panas kering
hidung acu tak selesa nak bernafas...sebab tu acu tutup macam nie
Usai solat isyak, acu, mak, kakak dan kakak ipar
terus menziarahi Makam Rasullullah S.A.W
ramai nya manusia...Subhanallah...
suasana terasa seperti di medan tempur...heheheee
Nie suasana dalam Raudah di bahagian lelaki
acu ambil gambar nie dari salah seorang kenalan kat FB
yang kebetulan menunaikan umrah baru-baru nie
Walau pun terpaksa bersesak tapi syukur Alhamdulillah
kami dapat masuk Raudah hingga ke depan
Satu keajaiban yang acu nak kongsikan kat sini
kalau ikut kan acu tak dapat nak bersolat pun kat Raudah nie
sebab terlalu ramai manusia
Tapi, sebaik saja acu nak mula berdoa dengar kakak panggil acu
acu paling, tengok mak kat sebelah tengah nak sujud
acu terus berdiri belakang mak..ala-ala perisai la untuk mak
nak lindung mak takut kena pijak dengan orang yang tengah
bertolak antara satu sama lain sebab nak ke depan
Sebaik mak selesai sujud kedua pada rakaat pertama
ruang sebelah mak yang tadi nya sesak penuh orang
tiba-tiba jadi kosong...lapang dan selesa untuk solat
acu terus mencelah masuk...dan solat sunat
Masa acu dan mak tengah solat kami dilindungi
oleh petugas wanita berkulit hitam yang berbadan besar
mereka menghalau orang ramai dari menghampiri kami
jadi, kami berdua dapat solat dengan selesa sekali
Sujud syukur acu masa tu...mungkin "rezeki" sebab
acu tolong lindungkan mak tadi kot
kan Allah dah cakap besar pahala kalau berbakti pada ibu
dan kat sini segala-gala nya di"bayar" dengan cash :)
Berkali-kali ucapan "Alhamdulillah" keluar dari mulut acu
acu sangat-sangat bersyukur sebab tahun lepas [sini]
acu tak dapat solat cuma dapat berdoa saja...syukur Ya Allah :)
Oh ya..salam dari kawan-kawan kepada Nabi
Alhamdulillah acu dah sampaikan :)
Usai ziarah, kami terus balik ke hotel
Kesian mak sebab lapar...time tu dah pukul 10 lebih dah
Alhamdulillah rezeki untuk mak masih ada
sebab pekerja catering belum kemas lagi
so, ada lagi nasi dan lauk untuk mak..syukur
Malam tu acu tidur dengan senyuman penuh kepuasan
sebab dapat solat kat Raudah..terima kasih Ya Allah!
p/s:: saat menulis entri nie bergenang air mata acu
bila terkenang kan semula "keajaiban" tersebut
walau pun nampak macam kecil tapi besar impak nya dalam diri acu
hingga sekarang hati acu tak henti-henti bersyukur dengan
apa yang berlaku di sana :)
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Thursday, May 3, 2012
Syukur...Masih Ada Rezeki Untuk Acu
Edit Posted by Darling Pya with 18 commentsSeawal jam 5.30pagi acu dan keluarga bertolak ke KLIA dari rumah kakak di BTHO sesampai saja di KLIA terus cari surau...nak solat subuh
Ramai juga sebenar nya jemaah yang berlepas ke Tanah Suci pagi tu
rombongan yang bersama dengan acu seramai 44 orang
acu sama seperti tahun lepas [sini] bersama dengan 4 orang ahli keluarga
mak, kakak, abang dan kakak ipar
Dalam pukul 8.30pagi kami mula masuk ke balai pelepasan
Berbeza dengan tahun lepas [sini]..tahun nie acu naik flight MAS
MH8002 terus ke Madinah
flight berlepas dari KLIA jam 11 pagi...lewat dari jam yang sepatut nya
penerbangan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 7 jam 50 minit
Benda alah nie la yang menemani acu sepajang 7 jam lebih dalam flight
Nak layan movie...movie nye tak best la pulak
Alhamdulillah hampir jam 7 malam waktu Malaysia kami selamat sampai
di Airport Madinah....bersamaan dengan jam 2 petang waktu Saudi
Nie pertama kali acu datang Airport Madinah...2 kali sebelum nie semua nya
turun di Jeddah....tak besar mana pun airport nie...kecil je....
Sebenar nya kan sepanjang hampir 8 jam terbang tu kan cuaca sangat berangin....
flight memang asyik bergoyang je....gerun!!!
ayat kursi memang tak lepas dari mulut acu...takut wooooo.......
macam-macam terbayang dalam pala otak nie
Tapi syukur lah kami dapat mendarat dengan selamat :)
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Wednesday, May 2, 2012
Acu Kembali
Edit Posted by Darling Pya with 14 commentslama acu cuti...blog pun ikut cuti lama juga :)
