Followers

All The Best Mimiot

Thursday, September 8, 2016

Balik dari Serikin [sini]
selesai angkut beg masuk dalam kereta
kami terus bergerak ke UNIMAS yang terletak di Kota Samarahan
lebih kurang 45 minit juga perjalan dari hotel ke sana

Inilah tujuan utama kami ke Sarawak
anak sedara Cik Darling; Mimi dapat tawaran sambung belajar
dalam jurusan perakaunan di sini

Pendaftaran bermula dari jam 8 pagi hingga jam 4.30 petang
kami pilih untuk mendaftar waktu petang sebab nak bawa dia
jalan-jalan ke Serikin dulu

 photo Picture1_zpsm1kxafzv.jpg
 photo Picture2_zpsmoe9yvqk.jpg

Besar UNIMAS ni tapi sorry gambar tak ada
banyak snap gambar hari tu
tapi ingat kan snap guna camera
rupanya Cik Darling snap guna aplikasi Snapchat je
memang tak ada dalam simpanan memori phone la

Selesai urusan pendaftaran, dah ambil kunci asrama
terus hantar Mimi ke sana
kami tinggalkan dia untuk kemas barang-barang
kemudian kami keluar cari makan dan beli barang keperluan dia

Bukan sengaja nak tinggalkan dia tapi sebab program dia
bermula seawal jam 4.30 petang
jadi tak nak kelam kabut maka, kami tinggalkan dia saja
kami beli makanan tapau kan untuk dia

Kami ke Summer Mall.. satu-satu nya mall yang terhampir dengan UNIMAS
sebelum cari barang-barang Mimi, kami singgah food court dulu
perut dah macam-macam bunyi dah.. angin bersimpang siur dalam perut tu

Yang kami order untuk kami berempat.. nasi udang butter dan nasi cheese

 photo Picture3_zpskipktzdy.jpg
 photo Picture4_zpsuisqu2mb.jpg
 photo Picture5_zpskuabbjbp.jpg

Selesai makan, kami ke kedai DIY beli segala keperluan untuk Mimi
masa ni, kawan kakak Cik Darling berpisah dengan kami
dia dan adik dia pergi kedai lain cari barang diaorang
jadi, kami jalan berempat je

 photo Picture6_zpsguwy9f0d.jpg

Dalam pukul 7 malam kami sampai semula ke asrama Mimi
call dia minta dia turun kejap untuk ambil barang
dapat jumpa dia kat bawah asrama dia je

 photo Picture7_zpsi1fkpggb.jpg

Dalam pukul 7.40 kami beredar dari situ
masa ni sedih sebab dah nak tinggalkan dia sorang
lambat lagi nak jumpa dia

Jaga diri kat tempat orang ye
all the best untuk mimi

Sebelum balik hotel, kami singgah makan malam di Restoran Kopi O Corner
makan sambil layan live band

 photo Picture8_zpsrno4jxn4.jpg
 photo Picture9_zpsfs7xc9ym.jpg
 photo Picture10_zpsp2v2tqla.jpg
 photo Picture11_zpsvwxupshq.jpg
 photo Picture12_zpsjjhrmgli.jpg
 photo Picture13_zpsi8ujnzph.jpg
 photo Picture14_zpsiasifcuc.jpg

Lepas makan, terus balik ke hotel
bersih apa yang patut... tunaikan apa yang wajib
kemudian zzzzZZZZZZZZzzzzzzzz

Dikesempatan ini, Cik Darling nak ucapkan jutaan terima kasih
kepada Syaikah dan adik dia (lupa nama)
atas segala pertolongan untuk hari ni
daripada pagi bawa kami ke Serikin hinggalah
hantar kami balik ke hotel di malam hari
hanya Allah yang mampu balas segala budi baik Syaikah
terima kasih.. terima kasih.. terima kasih

 photo Picture15_zpsdpjmjuc4.jpg




..to be continue...










Photobucket

0 xoxo: