Followers

Jom Balik Semenanjung

Thursday, September 15, 2016

Hari terakhir bersarapan di Hotel Dormani




Lepas sarapan terus check out
tunggu Zul datang ambil kami



Pagi ni rancangannya nak jalan-jalan di kedai-kedai souvernir
berhadapan dengan Waterfront
Cik Darling ingat nak cari tikar Sarawak
dan juga nak tambah koleksi fridge magnet kat rumah

Dalam pukul 9.30 Zul sampai kat hotel
muka ceria je semua sebab dah nak balik



Tak lama pun jalan-jalan kat Waterfront tu
sebab tikar yang di cari tak ada
Zul bawa kami ke Kampung Boyan semula
tapi melalui jalan darat
anak-anak sedara Cik Darling nak tambah kek lapis

Dari Kampung Boyan kami terus ke airport
sampai airport dalam pukul 11.30 pagi macam tu
flight kami pukul 2.35 petang
jadi, masih ada masa untuk kami berpeleseran.. hehehe

Sebelum check in, Cik Darling wrap bag dulu
sebab beg ni padat sangat maklum lah sumbat selagi boleh



Selesai urusan check in dan drop bag
kami terus je masuk.. nak rehat kat dalam je
sementara menunggu flight



Kami pilih Marrybrown untuk lepak
chit chat sementara nak tunggu flight





Okay!! Masa untuk fly




Panjang umur insyaAllah Cik Darling datang semula
jumpa Mimi sambil ambil stok kain songket untuk dijual

Untuk Zul, thank you so much for everything
kami semua enjoy dengan lawak jenaka Zul
semoga persahabatan kita ni kekal selama nya



Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA pukul 4.20 petang
Amzar; anak sedara Cik Darling dah sedia menunggu



Percutian ke Sarawak 4 hari 3 malam yang tak dirancang
dengan betul tapi kami tetap enjoy!!

3 xoxo:

anis abdullah said...

Tak pernah sampai Sarawak lagi..

Darling Pya said...

Anis Abdullah:

Ni kali kedua I ke Sarawak :)

mamawana said...

Bestnyer gi Sarawak...