Cik Darling selitkan sikit cerita raya semalam
Pertama kali Cik Darling beraya di perantauan
tahun ni Cik Darling tak balik ke kampung di Kedah
temankan kakak Cik Darling beraya di rumah anak dia
sebab menantu dia baru je bersalin sabtu lepas (03-09-2016)
Selepas solat sunat Aidil Adha, Cik Darling dan Syikin
terus ke Bukit Jalil.. nak beraya di rumah Abg Yeh
On the way ke sana, singgah beli lemang dan rendang
Alhamdulillah lembut dan sedap lemang nye
rendang ayam dan daging pun sedap
Seronok dapat beraya dengan cucu-cucu sedara Cik Darling
Seharian Cik Darling kat sana melayan cucu-cucu
petang dalam 6.30 Cik Darling balik ke Kajang
Tahun ni kira raya yang paling simple
tapi Alhamdulillah tetap happy bersama dengan family tersayang :)
0 xoxo:
Post a Comment