group keluarga.
Allah! kenapa dengan Bang Mat?
Sakit perut. Pukul 2 pagi tadi Kak Mi bawa ke hospital.
Agak sibuk whatsapp group family pagi tu. Cik Pya kat sini pun dah mula
tak keruan dah nak buat kerja. Hati dan fikiran melayang ke kampung.
Petang Rabu tu terus Cik Pya cari tiket bas untuk balik ke kampung
Jumaat malam. Plan nak ke Port Dickson dengan Ain terpaksa Cik Pya
cancel last minute. Abang sakit kat hospital, tak kan lah Cik Pya masih
nak bersuka-suka kat sini 😥
Jadi, Jumaat malam tu Cik Pya naik bas pukul 11.15 malam di TBS.
Alhamdulillah selamat sampai kat Kedah jam 5 pagi.
Kami keluar dari rumah untuk ke hospital pukul 12 tengahari.
On the way ke hospital tu singgah belikan kuih keria gula melaka.
Abang suka. Beli nak bawa bagi abang makan.
Bila sampai kat hospital, abang tengah tidur. Kakak ipar cakap,
abang masih sakit. Antibiotik yang doktor bagi, tak kurangkan apa-apa pun.
Abang tahan sakit sampai demam. Abang pun tak boleh nak makan.
Katanya bila abang telan makanan, dia rasa sakit sebab tu abang tak nak
makan. Maknanya kuih kami beli tu, kami sendiri jugalah yang makan 😅
Sebaik abang bangun, doktor datang jumpa abang. Doktor cakap,
pukul 5 petang nak terus buat operation. Abang terus setuju
tanpa banyak soal. Tak tahan sakit sangatlah tu.
Oh! Lupa nak bagitau apa sakit abang kan?
Sebenarnya, kata doktor ada nanah di luar usus abang. Bila tanya apa
punca, doktor tak ada jawapan. Kena operation dulu baru boleh dia bagitau punca.
Pukul 4.30 petang abang ditolak ke bilik bedah. Semasa abang di bilik
bedah, kami keluar cari makan tengahari. Perut tak berbunyi ni..lapar 😁
Cafe hospital tutup, terpaksa keluar makan kat restoran yang
berdekatan dengan hospital.
Balik ke hospital pukul 5.30 petang balik semula ke hospital.
Tunggu je lah kat luar bilik bedah. Lama juga lah kat dalam tu.
Pukul 7 malam baru selesai operation.
Sempat jumpa doktor. Kata doktor ada darah beku kat luar usus abang.
Darah beku tu kena infection sebab tu bernanah. Doktor kata kemungkinan
abang ada jatuh atau pun perut dia terlanggar benda.
Darah beku yang dikeluarkan dari perut abang akan dihantar ke makmal
untuk tahu punca sebenar.
Sebab abang belum sedar dan belum ditolak ke wad lagi, kami minta izin
daripada kakak ipar untuk balik ke rumah dulu.
Hingga balik ke KL hari Ahad Cik Pya tak jumpa dengan abang
sebab bas Cik Pya pukul 11.30 pagi.
Cuma bercakap kat telefon je dengan abang semasa tunggu bas sampai.
Kata abang alhamdulillah perut dia dah tak sakit.
Cuma pedih kesan operation je. Syukur, dapat Cik Pya balik ke KL
dengan hati yang tenang. Semoga abang cepat sihat dan
dapat kembali ke rumah.
Tolong doakan abang Cik Pya ye kawan-kawan 😃
Alahai kesiannya, semoga abang Acu terus sihat seperti biasa..
ReplyDeleteSA:
ReplyDeleteAmeen.. thanks SA.
Alhamdulillah abang dah discharge semalam.