Tuesday, October 15, 2019

Konsert Otai Goes Campus

Edit Posted by with 2 comments
Jumaat malam lepas (11-10-2019), Cik Pya dan Ain pergi ke
Konsert Otai Goes Campus bertempat di Panggung Experimental
Aswara, Kuala Lumpur. Selain untuk berhibur, kami ke sana sebab
nak sokong event yang di organize oleh kawan kami; Diva.


Konsert tersebut berlangsung selama 2 hari.. Jumaat dan Sabtu.
Penyanyi yang terlibat pada malam tersebut ialah Jay Jay,
Fairuz Hussein, Nash, Rahmat Mega, Ali Tera Rosa/ XPDC,
Aju Success dan Haiza.

Konsert bermula jam 9 malam. Menampilkan 3 segmen.
Segmen pertama persembahan oleh pelajar Aswara
dan juga alumni Aswara.

Segmen kedua menampilkan persembahan duet antara
pelajar Aswara dan penyanyi jemputan menyanyikan lagu-lagu
popular artis tersebut.








Oh abaikanlah suara yang annoying dalam video-video tu ye ๐Ÿ˜†
Layan sungguh lah wei.. rasa macam pergi karaoke je.. hahahaha

Segmen ketiga adalah segmen penyanyi jemputan menyanyi solo.
Setiap penyanyi mendendangkan 2 buah lagu pilihan mereka.

Penyanyi Jay Jay memilih lagu Belaian Jiwa dan Rindu Bayangan.



Penyanyi Aju dari kumpulan Success menyanyikan 3 lagu secara
medley iaitu lagu Sambutlah Kasihku, Kejam dan
Kerana Cinta Ku Turutkan. Power lah suara Aju ni.. 
sama macam dalam kaset je.



Fairuz Hussein memilih lagu Kali Pertama dan lagu apa ntah satu lagi.
Tak rakam pula lagu kedua dia ๐Ÿ˜…


Ali mendendangkan lagu Semangat Yang Hilang dan Sakinah yang pernah
dipopularkan oleh kumpulan XPDC suatu ketika dulu.



Lagu Dag Dig Dug dan Suaramu Syairku pilihan penyanyi Haiza.
Seronok betul penonton bergelek dengan Haiza. Sporting!!



Penampilan adik Putera dari rancangan Bintang Kecil RTM
dan dari rancangan Ceria Megastar terbitan Astro menyanyikan lagu
Jampi yang dipopularkan oleh penyayi Hael Husaini.


Kemudian Rahmat dari kumpulan Mega memilih lagu Nina Karina dan
semestinya lah lagu popular kumpulan Mega iaitu Takdir Dan Waktu.



Menutup konsert pada malam tu adalah lagu nyanyian Nash.
Memilih lagu Debunga Wangi yang dinyanyikan semasa bersama
kumpulan Lefthanded dan juga lagu Pada Syurga Diwajahmu.



Memang enjoy gile malam tu. Puas hati dapat menyanyi bersama-sama.
Penonton pun sporting je layan nyanyi ramai-ramai.

Habis konsert dalam pukul 11.30 atau 11.40 malam macam tu.
Sebelum balik sempat le bergambar dengan diaorang.
Tapi tak dapat bergambar dengan Nash dan Jay Jay sebab
diaorang terus masuk ke bilik rehat. Kata Diva diaorang nak makan.
Lapar agak nya.. mungkin tak sempat makan sebelum show tadi.






Tahniah untuk Diva dan team berjaya organize konsert yang best ni.
Cuma satu je lah yang nak komen.. microphone dan sound system tu
lepas ni kena make sure bagi padu. Make sure takde gangguan
sepanjang konsert berlangsung. Supaya tak mengganggu mood ๐Ÿ˜Š




2 comments:

  1. Mak tengok Jay Jay menyanyi (Kat TV) di konsert Payung Mahkota. Tak berubah macam dulu juga... :)

    ReplyDelete
  2. Kakcik:

    Ye mak.. suara diaorang tu semua tak berubah. Sama je macam dulu :)

    ReplyDelete