Thursday, October 3, 2019

Kacau Bubur Asyura

Edit Posted by with No comments
Bila berkumpul semua adik beradik kecuali kakak no 2 kerana masih dalam edah 
selepas kematian suami bulan Ogos hari tu, kami gotong royong kacau bubur asyura. 
Walau pun hari Asyura dah lama lepas 😊

Dah lama kami tak bergotong royong macam ni. Dulu masa arwah GulaHati masih ada,
tiap-tiap tahun mesti kacau bubur asyura berjemaah. Seronok sangat!

Kesempatan yang ada ni, kami tak lepaskan peluang. Bahan-bahan dibeli oleh
Long dan Ndak. Petang selepas Asar, kami mulakan operasi. 

Mula-mula kaum ibu dulu yang mengambil tempat. Ye lah.. resepikan diaorang je yang tau.
Jadi, kena diaorang lah yang mulakan dulu.. hehehehe




Bila bubur dah semakin pekat, giliran kami pula untuk mengacau 😁




Happy sangat dapat masak sama-sama macam ni. Kalau arwah GulaHati ada, mesti
dia suka tengok anak-anak dia happy macam ni. Al Fatihah untuk kedua-dua arwah
GulaHati Cik Pya 😢


Pukul 7.30 malam baru bubur betul-betul masak. Bubur diisi dalam container plastik untuk diagihkan kepada adik beradik dan saudara mara terdekat. 


Lupa pula Cik Pya nak ambil gambar bubur yang dah siap diisi.







Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment