Batik Fun Walk 2019 di Balai Seni Negara. First time kami join event ni.
Kami sampai di Balai Seni jam 7 pagi. Orang dah ramai dah masa kami
sampai. Sebaik sampai, kami terus ke kaunter online pre-register untuk
ambil kain batik. Biasanya fun run atau fun walk, peserta akan diberi tshirt
tapi yang ni setiap peserta yang berdaftar dapat kain batik seorang sehelai.
Ye lah dah nama pun Batik Fun Walk kan, mestilah dapat kain batik 😁
Kemudian gayakan lah ikut kreativiti masing-masing. Ada hadiah untuk
yang kreatif pakai kain batik ni.
Dah siap... simple je Cik Pya gayakan.
Tengok orang lain, macam-macam fesyen ada. Ni antara yang Cik Pya
rasa kagum. Gigih betul dia jahit baju untuk diri dia dan anak dia.
Untuk sarapan, setiap peserta diberi muffin, roti bun dan sebotol air mineral.
Peserta dilepaskan dalam pukul 8.30 pagi.
tak ada rezeki nak jumpa dengan dia.
Yeaaayyyy!!! Berjaya sampai ke garisan penamat 😁
Nasi Lemak Saleha. Sedap! Tapi Cik Pya cuma makan suku je nasi tu,
selebihnya anak sedara yang habiskan. Cik Pya ni jenis
kalau lepas exercise, tak boleh nak terus makan berat.
Kena rehat dulu lepas tu baru boleh makan.
Seperti di event fun run yang lain, van milo pasti menjadi tumpuan.
Selain van milo, booth air 100 Plus pun menjadi tumpuan juga.
Tengoklah air yang kami ambil 😅
kategori yang dipertandingkan dan juga hadiah cabutan bertuah.
Grand prize cabutan bertuah ialah peti ais 2 pintu jenama LG.
Rezeki ibu mengandung.
Pukul 11 pagi macam tu baru kami gerak balik dari Balai Seni Negara.
Tahun depan kalau umur panjang, ada rezeki lagi inshaAllah
kami akan join lagi event ni 😀
wah menarik sangat ni. terbaik aktiviti ni.
ReplyDeleteKisah Tatie:
ReplyDeleteBest.. try la join next year :)