Tuesday, July 28, 2020

Food Walk:: Korean Eggu Sandeuwichi Hanbing Cafe

Edit Posted by with 11 comments
Dah beberapa kali lalu depan Cafe Hanbing di dalam IOI City Mall ni.
Setiap kali lalu mesti terpandang poster berwarna kuning ni..

Sumber dari FB Hanbingmy

Khamis lepas Cik Pya ikut Awin beli barang di Tesco.
Tapi sebelum ke Tesco, Cik Pya ajak Awin makan di Hanbing Cafe.
Kebetulan hari tu kami lunch awal. So, petang tu agak kelaparan sikit.

Belek punya belek menu, tak tau nak pilih yang mana satu.
Panggil adik waiter tu.. tanya dia mana yang selalu orang order.
So, kami pilih ikut yang dia bagitau.

Let's see apa yang kami makan..

Awin makan Beef Bulgogi Sandeuwichi.
Cik Pya cuit sikit. Rasa dagingnya not bad.
Cuma yang tak best nya, daging tu sedikit liat.


Cik Pya pula makan Umami Sandeuwichi.
Atau dalam bahasa lain nya Octopus Sandiwch.
Memula rasa tu macam makan takoyaki.
Mungkin sebab ada fish flakes kat atas tu kot.


Untuk air kami order segelas Manggo Smoothie.
Order satu je sebab selalu nya air kami tak pernah habis minum pun.
So, baiklah kami share je.. jimat ๐Ÿ˜Š
Itu pun tak habis minum gak...


Let's ambil gambar dulu sebelum mula makan.


Ni konon-konon nak gigit terus sandwich tu.
Tak sedar diri yang mulut tu tak luas bukaan nya ๐Ÿ˜…


Okay mengalah.. terpaksa potong dengan pisau.



Nampak macam kecil je tapi Alhamdulillah... kenyang...!!

Selain daripada beef dan octopus tu, ada lagi 5 pilihan lain.
Antaranya ialah Inkigayo Sandeuwichi, Korean Fried Chicken Sandeuwichi,
Tuna Mayo Sandeuwichi, Seafood Sadeuwichi dan Cheese Pull Sandeuwichi.

Okay next time datang nak try sandiwch lain pula ๐Ÿ˜‹




11 comments:

  1. Yuuuum ... look at the delicious appearance of Beef Bulgogi Sandeuwichi, wriggle my stomach ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. rupa dan rasa nya emang enak. Kalau datang ke Malaysia, nanti aku bawa Mas makan ini :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sila ke kedai Hanbing yang terdekat dengan anda.. hehehe

      Delete
  3. Fuyooo... uncle suka betol telor macam tu... Kuning dia lembik!

    ReplyDelete
  4. kawan sblh tu menjeling semcm je., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kena paksa bergambar dulu sebelum makan.. hehehe

      Delete