Monday, December 28, 2020

Sepetang Di Pantai Merdeka

Edit Posted by with 11 comments
Sepatutnya pagi semalam kami merancang nak ke Cameron Highland.
Tapi last minute cancel sebab memikirkan traffic jam kat Cameron tu.
Rasa malas nak habiskan masa dalam kereta je.

Lepas sarapan pagi tu CP ajak kakak ke Pantai Merdeka.
Dah lama CP tak ke sana.
Alhamdulillah kakak semua setuju.

"Kita pergi lepas zohor. Bawa telekung siap-siap. Nanti solat asar dan maghrib kat sana."

"Okay"

Kami bertolak dari kampung dalam pukul 3 petang.
Mula-mula perjalanan lancar je.
Tapi sebaik je memasuki simpang ke jalan Pantai Merdeka di Tikam Batu,
kereta dah mula slow. Beratur panjang.

Pukul 4.30 kami masih di atas jalan.
Belum nampak rupa pantai lagi.
Jadi, kami ambil keputusan untuk singgah solat asar dulu.

Usai solat, kami teruskan lagi perjalanan.
Alhamdulillah dah nampak batu tanda Pantai Merdeka.


Rezeki kami dapat parking dengan mudah dan dekat dengan pantai.
Tak jauh nak kena jalan.


Oh! Kami datang ni bukan nak mandi air laut pun, just nak ambil angin
and nak makan-makan je ๐Ÿ˜
Ramai betul manusia datang ke pantai ni.



Favourite kakak-kakak CP suka makan di gerai no 13 ni.
Dan gerai ni memang selalu ramai orang.


Favourite CP kalau datang gerai ni ialah ABC Gunung Jerai ๐Ÿ˜‹


Sementara menunggu makanan yang kami order sampai, anak sedara CP belikan
keropok leko dan juga rojak buah.



Makanan lain yang kami makan semalam...

Nasi Goreng Udang

Nasi Goreng Ayam

Char Kuey Teow Udang

Kuey Teow Goreng Udang

Mee Bandung

Nasi Goreng Sotong


Habis makan, kami ke tepi pantai... layan anak-anak sedara bergambar.




Tengah syok bergambar tiba-tiba hujan rintik.
Kelam kabut lari ke kereta ๐Ÿ˜…

Mula-mula ingat nak solat maghrib kat rumah je.
Tapi bila check waze, kami akan sampai dekat nak masuk isyak dah.
So, ambil keputusan singgah solat dulu kat masjid.


Sampai kat rumah dah dekat pukul 9 malam sebab jam kat highway.










11 comments:

  1. makk aih ramainyaaaa manusiaa.. kalau kat CH tu gamak dia macam mana pula ya ? hahaha.. sy pun batalkan trip nak ke Pantai Timur sbb macam dapat agak jugak ni ramai umat manusia. xpela kasi depa jalan2 dlu. penah juga singgah Pantai Merdeka beberapa kali lepak2 santai hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan CP cancel nak ke Pantai Timur sebab risau tersangkut banjir

      Delete
  2. seronok ke pantai ..dpt mkn mcm2 tu...tp riso juga sbb ramai org skarang kn...kalo ke cameron tu jammed tgk org update

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tengok orang ramai macam tu, kita jadi risau.
      Tu lah. CP pun tengok kawan update, jammed kat sana.

      Delete
  3. Boa tarde minha querida amiga, viajo sempre com as suas viagens. Tudo lindo e gostoso, deu รกgua na boca.

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan sesak juga dengan manusia kat sini. Pantai Merdeka mengingatkan saya lagu Pantai Merdeka.Tak pernah jejak sini jugak. huhu

    ReplyDelete