Friday, December 20, 2019

Food Walk:: Kluang Rail Coffee Station

Edit Posted by with No comments
"Cik, acu teringin nak makan kat kedai kopi Kluang Station tu."

Jadi, kesempatan diambil untuk singgah makan di sini semasa
Cik Pya ke Johor hari Sabtu lepas [sini].
Ini kali kedua Cik Pya datang makan di sini.
Kali pertama datang dengan EE tahun 2014 kalau tak silap.
Lama gile kan?? Hahaha

Gambar kedai tak ada sebab hujan jadi, Cik Pya ambil gambar
signboard stesen keretapi je. Tu pun snap dari dalam kereta 😁


Masa sampai tu, kedainya full house.
Terpaksa jadi pak pacak menunggu meja kosong.
Dalam 10 ke 15 minit juga lah berdiri kat tepi tu.
Sempat juga lah snap gambar sambil menunggu.




Menu yang ada kat sini...



Let's check it out menu yang kami order...


Nasi lemak bungkus - walaupun ikan bilis cuma ada 3 ekor
tapi sambal dia sedap.


Lontong - Sedap..!! Kuah nya cukup lemak dan pekat. Sambal pun sedap.


Bun majerin gula - bun yang dibakar disapu majerin  dan ditabur gula.
Cicah air kopi sedap lah.


Bun majerin kaya - bun yang dibakar disapu majerin dan kaya.


Dry Law Xu Fen - ni menu yang Cik Pya agak teruja nak makan.
Sebab tak tau apa sebenarnya menu ni. Main order je.. hahaha.
Sekali bila sampai, rupa-rupanya laksa dicampur dengan kicap.
Di makan dengan fishball soup.



Cucur ikan bilis - cucurnya sangat lembut. Sos dia pun sedap.


Rojak tauhu - Sedap! Kuah kacang ni sedap. Yang ni Cik Pya suka sangat.


Ni air yang kami order.

Kopi ais


Coco Dinosaur 


Honey Lemon Ais


Hot Lemon Juice


Nak ke sini senang je.. just waze Stesen Keretapi Kluang.
InshaAllah tak akan sesat punye 😊



0 xoxo:

Post a Comment