Followers

Food Walk:: Restaurant Halal Amin Ho Chi Minh

Friday, December 13, 2019

Restoran Halal Amin merupakan satu lagi restoran halal
yang terletak di lorong Nguyen Ah Nihn.


Kami singgah makan di sini selepas Lala cari kat Google.
Banyak yang review kata makanan kat Restoran Halal Amin ni
sedap dan murah. So, malam tu kami dinner di sini sebab nak tahu
betul ke apa yang orang tulis.


Kalau dibandingkan menu di Restoran Halal Amin dengan
Restoran Haji Idris [sini] banyak lagi pilihan di Restoran Haji Idris.

Menu yang kami order hari tu..


Pho Daging atau bihun sup daging - pada Cik Pya biasa-biasa je sup dia.
Sebab Cik Pya pernah makan pho yang lagi sedap.
Harga semangkuk pho ni VND50,000 (RM9.15)


Mee Goreng Mamak - haaa.. kat sini pun ada mee goreng mamak tau 😆
Walaupun hakikatnya tak sama dengan Malaysia tapi rasanya not bad.
Harga mee ni sepinggan VND50,000 (RM9.15)


Air semestinya kami cuba air kopi ais.
Harga segelas kopi ais ni VND20,000 (RM3.66).


Kalau dibandingkan harga makanan antara Halal Amin dan Restoran Haji Idris,
murah lagi di Halal Amin ni. So, next time kalau datang sini
Restoran Haji Idris dah boleh keluar daripada list 😊




2 xoxo:

Umi Nazrah said...

nyummmm sedapnya makanan tu. kalau kat sini, boleh makan kuew teow/bihun sup ja lah ^_^

Darling Pya said...

Umi Nazrah:

Sup dia not bad lah