Wednesday, December 18, 2019

Dua Hari Satu Malam Di Johor

Edit Posted by with 2 comments
14-12-2019

Sabtu lepas Cik Pya, Cik dan 2 anak sedara pergi ke Johor.
Tujuan kami nak ke rumah adik beradik arwah suami Cik.
Dah lama Cik tak balik ziarah diaorang. Last ke sana 2 tahun lepas.
Kebetulan anak-anak Cik sekarang ni tengah bercuti jadi, Cik
ajak lah Cik Pya sekali teman diaorang ke Johor.

Kami bertolak dari rumah Cik Pya di Kajang pukul 6.30 pagi.
Awal kan? hahahaha..
Kenapa kami bertolak awal tu kan sebenarnya kan
kami nak nak singgah sarapan di Kluang Rail Coffee Station 😋
Hujan lebat mengiringi perjalanan kami. 
Bermula dari Seremban hinggalah kami sampai ke Kluang.

Nak ambil gambar kedai tak boleh sebab hujan.
Signboard Kluang station pun boleh lah kan.. hehehehe


Okay! Hilang ngidam nak makan kat sini.


Dari Kluang kami terus ke Johor Bharu.
Kami ke Taman Mutiara Rini untuk zia kawan Syikin
yang baru kehilangan ayah bulan lepas.

Lepas tu kami ke Danga Bay. Kekonon nya nak bergambar kat sana.
Tapi.......

Hujan...!!!

Tak berhenti langsung hujan nya.
Akhirnya ambil keputusan nak balik ke Ayer Hitam.
Masa on the way nak keluar tol Skudai, tiba-tiba nampak signboard
tulis Universiti Teknologi Malaysia. Cik Pya ajak diaorang lencong sekejap.
Nak ambil gambar depan gate UTM 😅


Saja nak down to memory lane kat sini.
Imbas balik kenangan masa belajar kat sini dulu.. hehehehe

Sebelum masuk tol Skudai kan, jalan  jam teruk.
Tak bergerak kereta kat situ. Emm... dasyat betul jam nye.
So, kami buat u-turn. Tak jadi masuk highway.
Kami ikut jalan lama Kulai - Ayer Hitam.
Hampir Maghrib jugalah kami sampai di Ayer Hitam.

Kami bermalam di rumah Mak Usu. Adik bongsu kepada 
arwah abang ipar Cik Pya. Ada juga kakak-kakak yang lain
kat rumah Mak Usu ni menyambut kedatangan kami.

Sebaik sampai kami dhidangkan dengan air teh panas
dan juga pisang tanduk goreng ni.
Nikmatnya dapat makan pisang goreng cicah sambal kicap.


Sambil makan sambil berbual. Macam-macamlah yang diaorang
bualkan. Maklumlah dah 2 tahun tak jumpa kan...
Lepas solat, Mak Usu hidangkan makan malam.
Dia dah siap masak sebelum kami sampai lagi.
Makan lauk-pauk masakan orang Jawa kami malam tu 😋







Lepas makan, diaorang sambung berbual lagi.
Hampir tengah malam juga lah diaorang berbual 😅


Tidur kat kampung dengan di luar hujan
memang sejuk nya terasa hingga ke tulang.
Tak perlu nak buka kipas. 



**********************************************************************************

15-12-2019

Dari semalam hujan turun tak berhenti hingga ke hari Ahad.
Cuaca memang sejuk je pagi hari.
Kalau kat rumah sendiri ni confirm tak bangun lagi.. hahahaha


Sarapan pagi tu Mak Usu dah siap masak nasi lemak
dengan rendang ayam kampung. Sedap..!!
Lupa nak ambil gambar. Gelojoh sangat nak makan 😅

Pagi tu lagi ramai adik beradik arwah abang ipar yang datang.
Memang meriah lah kami bersarapan pagi tu


Kemudian dihidangkan pula buah nanas madu.
MasyaAllah.. manis nyeee... sedap..!
Siap bekalkan untuk kami bawa balik lagi


Bukan setakat bekalkan nanas je tapi kerepek pisang tanduk
dan rempeyek pun ada dibekalkan sekali.
Ni special sebab air tangan Mak Usu. Cik Pya suka sebab
rempeyek dia sedap.



Terima kasih yang tak terhingga Mak Usu.


Dalam pukul 12.30 kami keluar dari rumah Mak Usu.
Singgah sebentar di rumah Pak Long.
Pak Long ni abang sulong kepada arwah abang ipar Cik Pya.
Suami isteri ni jugalah ayah dan mak angkat Cik Pya
semasa Cik Pya belajar di UTM Skudai dulu.


Lepas Zohor kami bergerak ke Pekan Ayer Hitam.
Singgah beli jajan dan juga putu bambu sedap 😋




Bertolak dari Ayer Hitam dalam pukul 3 petang.
Kami selamat sampai Kajang dalam pukul 9 malam.
Allah.. jam teruk sepanjang jalan 😖



2 comments:

  1. teringin jugak nak pi ke kluang railway tu. hehe. tergoda tengok menu dia ^_^

    ReplyDelete