Monday, February 15, 2016

Beraya Di Pulau Pangkor

Edit Posted by with 4 comments
Sabtu lepas (06-02-2016) masa cuti CNY
Cik Darling ke Pulau Pangkor

Cik Darling pergi berempat dulu pada Sabtu tengahari tu
sebab ahli keluarga yang lain belum sampai lagi


Kami naik bot pukul 1 tengahari dari Jeti Marina
ni Cik Darling sertakan jadual bot untuk rujukan
kalau ada kawan-kawan yang nak ke sana


Dari Jeti Marina ke Jeti Pulau Pangkor
perjalanan cuma mengambil masa 15 minit saja

Dari jeti, kami terus ambil teksi (van pink)
ke homestay yang Cik Darling booking


Homestay kami ni letak nya di Pasir Bogak
so, tak jauh pun dari jeti
tambang untuk satu teksi cuma RM10

Rumah teres dua tingkat ni menjadi penginapan kami
selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor
sewa di sini RM700 sehari.. harga mahal sikit untuk hari cuti
tapi sangat sangat selesa untuk ahli rombongan Cik Darling yang ramai
ahli rombongan Cik Darling semua nya seramai 27 orang dewasa :)










Selesai rehat dan solat, perut kami berempat minta diisi
memandangkan ahli yang lain belum sampai
so, kami pun ambil teksi ke Teluk Nipah
hajat hati sambil makan sambil survey harga bot
untuk island hoping dan shopping sikit-sikit
tambang teksi ke Teluk Nipah RM15 untuk satu teksi


Lepas survey harga dan shopping sikit, masa untuk makan..!!
makanan-makanan yang selamat masuk ke perut kami berempat






Ingatkan lepas makan kami nak terjun laut kat Teluk Nipah ni
tapi kami batal kan hajat.. kami naik teksi balik ke pantai Pasir Bogak
pantai yang letak nya cuma lima minit jalan kaki dari homestay kami
balik mandi laut dekat dengan rumah je






Sampai jam 6.30 petang baru kami balik ke rumah
best.. dah lama sangat tak berendam dalam laut

Sampai je rumah, ada sebahagian ahli keluarga Cik Darling dah sampai
dah mula riuh rendah dengan suara anak-anak sedara dan cucu sedara


Tiada aktiviti apa malam tu cuma kami keluar makan je
sorry lupa nak snap gambar makan beramai-ramai
sebab masing-masing stress makanan lambat sampai
orang ramai.. pelayan sikit dan tukang masak pun lambat
hampir dua jam baru kami dapat makan.. huhuhu


Selesai makan, singgah mini market dekat kawasan rumah
beli jajan dan stok air mineral

 photo Picture27_zpsyaryqkfo.jpg

Sampai rumah, berborak dengan kakak-kakak
lepas tu zzzzZZZZZZZzzzzzzzzz.....









Photobucket

4 comments:

  1. Seronoknya dapat bercuti beramai-ramai bersama keluarga.

    Lempeng kelapa tu sangat menggoda. Sabtu lepas mak buat, dapat rasa sikit je...:)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya ramai2 kan. Lambat dapat makan memang geram je...

    ReplyDelete
  3. Kakcik Nur:

    lempeng tu memang sedap mak..beli satu rasa nak lagi
    hehehee...

    ReplyDelete
  4. Anis abdullah::

    Betul2..kena lak kalau time pegi memang tengah kebuluran lagi tambah membara la dalam hati tu

    ReplyDelete